Selasa, 16 Oktober 2018 [ 10:49:20 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Kenyataan Tender Bil. 15/2018

Tarikh Iklan Tender : 27 September 2018

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2018/A132

Perkhidmatan Kerja-Kerja Pembersihan Di Stadium Titiwangsa Dan Kompleks Sukan Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur Bagi Tempoh Dua (2) Tahun

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

221001 Atau 221002 Atau 221003

Tarikh Tender Dibuka

27 September 2018 (Khamis)

 

Tarikh Tender Ditutup

16 Oktober 2018 (Selasa)
RM300.00
2018/A133

Membekal Dan Menghantar Petrol Dan Bio-Diesel Ke Stesen Minyak Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Dan Elektrikal Untuk Tempoh Dua (2) Tahun

Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

060399

Tarikh Tender Dibuka

27 September 2018 (Khamis)

 

Tarikh Tender Ditutup

16 Oktober 2018 (Selasa)
RM300.00
2018/A134

Tawaran Membekal, Menghantar Dan Mengambil Semula Tong/Bekas Racun Serangga Untuk Kawalan Nyamuk (Fogging) Di Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

070102 Atau 060102 Atau 050202

Tarikh Tender Dibuka

27 September 2018 (Khamis)

 

Tarikh Tender Ditutup

16 Oktober 2018 (Selasa)
RM300.00
2018/A135

Tawaran Membekal, Menghantar Dan Mengambil Semula Tong/Bekas Racun Serangga Untuk Kawalan Nyamuk (Larviciding) Di Jabatan Kesihatan Dan Alam Sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

070102 Atau 060102 Atau 050202

Tarikh Tender Dibuka

27 September 2018 (Khamis)

 

Tarikh Tender Ditutup

16 Oktober 2018 (Selasa)
 RM300.00
2018/A136

Penyewaan Perkhidmatan Talian Komunikasi Internet Untuk Projek Pemasangan Sistem Kawalan Berpusat (Command Centre) CCTV Bagi Memantau Projek-Projek Di Tapak Bina Sekitar Kuala Lumpur Untuk Jabatan Kawalan Dan Pengawasan Bangunan (JKB), Menara DBKL 3, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

210105 Dan 210202

Tarikh Tender Dibuka

27 September 2018 (Khamis)

 

Tarikh Tender Ditutup

16 Oktober 2018 (Selasa)
 RM300.00

 



  1. Bagi pembelian dokumen tender, petender/wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.

  2. Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  3. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  4. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.