Ahad, 24 Mac 2019 [ 5:46:27 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Datuk Bandar Kuala Lumpur Menyampaikan watikah perlantikan ahli lembaga Penasihat Kuala Lumpur yang baharu

             lp2       

YBhg. Dato' Nor Hisham bin Ahmad Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur menyampaikan watikah perlantikan Ahli-Ahli Lembaga Penasihat Kuala Lumpur yang baharu dan seterusnya mempengerusikan Mesyuarat Ahli Lembaga Penasihat Kuala Lumpur.



Pelantikan tersebut menyaksikan Setiausaha Bahagian Pendaftar Agensi Pelaporan Kredit Kementerian Kewangan, Suhara Husni yang dilantik pada 23 Februari lalu sehingga tamat tempoh perkhidmatannya di kementerian itu.



Turut dilantik, YBhg Dato' Ismail Bin Ngah, Presiden International Federation of Landscape Architects (IFLA); Jurutera Awam, Zahir Hassan; Pengurus Kesihatan dan Keselamatan Persekitaran APEX Communication Sdn. Bhd., Abdul Rahman H. Hussein dan Rakan Pengurusan SN Nair & Partners, S. N. Sankara Narayanan.



Turut dilantik, Pengarah Bersekutu Iktisas Ignenieurs Sdn. Bhd., Ir. Ahmad Thamby Kadir; Pengarah Urusan KW Associate Planners Sdn. Bhd., Khairiah Talha dan Pengarah Urusan Cosmo Human Resource Bhd., Sally Sian Keng Eng serta Azli Bin Yusof, Pengurus Kanan Dexion Asia Sdn Bhd.



Tiga ahli lembaga penasihat sedia ada dari Kerajaan Negeri Selangor, YAD Dato' Setia Diraja Dato' Abdul Ghani bin Hj. Pateh Akhir, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Glomac Bhd, Datuk Seri Fateh Iskandar Mohamed Mansor dan arkitek, Ar. Ezumi Harzani Ismail.