Rabu, 16 Januari 2019 [ 1:12:03 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Kenyataan Tender Bil. 01/2019

Tarikh Iklan Tender : 3 Januari 2019

 

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih berkuatkuasa dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

 *Ralat Kenyataan Tender Bil. 01/2019

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2019/A001

Kerja-Kerja Mereka Bentuk, Menanggal, Mencetak Dan Memasang Pelekat Iklan ‘Program Bantuan Bas Sekolah Percuma’ Serta Kerja-Kerja Mengecat Dan Mengilat Semula Badan Bas Sekolah 2019 Bagi Tempoh Satu (1) Tahun

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

221603 Atau 221604 Atau 221615

Tarikh Tender Dibuka

03 Januari 2019 (Khamis)

 

Tarikh Tender Ditutup

16 Januari 2019 (Rabu)
RM300.00
2019/A002

Tawaran Penyewaan Kerja-Kerja Persiapan Teknikal Bagi Maksud Aktiviti Sosial Seperti Sistem Siaraya, Peralatan Elektrik, Kelengkapan Perabot, Khemah Serta Peralatan Lain Yang Berkaitan Bagi Tempoh Dua (2) Tahun

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

221304 Dan 221305 Dan 221511 Dan 221501 Dan 221615 Dan 130201

Tarikh Tender Dibuka

03 Januari 2019 (Khamis)

 

Tarikh Tender Ditutup

23 Januari 2019 (Rabu)
RM300.00
2019/A003

Pembangunan Dan Perlaksanaan Sistem Aplikasi Mobile Handheld Bagi Kutipan Hasil Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

210101 Atau 210102 Atau 210104 Atau 210105

Tarikh Tender Dibuka

03 Januari 2019 (Khamis)

 

Tarikh Tender Ditutup

23 Januari 2019 (Rabu)
RM300.00
2019/A004

Cadangan Menaiktaraf Jalan Bellamy Sedia Ada, Bukit Petaling, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Untuk Tetuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Dan The Alice Smith Schools Association

Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB

Gred G3

Kategori CE

Pengkhususan

CE06 Dan CE21

Tarikh Tender Dibuka

03 Januari 2019 (Khamis)

 

Tarikh Tender Ditutup

23 Januari 2019 (Rabu)
RM350.00
2019/A005

Perkhidmatan Penyelenggaraan Landskap Kejur Termasuk Surau Dan Tandas Awam Di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur

Bumiputera Berdaftar Dengan KKM

Kod Bidang

221002 Dan 222102 Dan 222104

Tarikh Taklimat Tapak

08 Januari 2019 (Selasa)

9.30 Pagi – 10.30 Pagi

Kanopi Taman Botani Perdana

 

Tarikh Tender Ditutup

28 Januari 2019 (Isnin)
RM300.00

 

  1. Dokumen tender 2019/A005 hanya boleh dibeli secara atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2019/A005 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa :-

    1. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2019/A005

    2. Salinan Sijil Akuan Pendaftaran Syarikat Bumiputera yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) (2019/A005)

    3. Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender / wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian (online) di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.

  5. Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu di kaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian (online) dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi / rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran juapun.