Wednesday, 18th September 2019 [ 2:22:01 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Kenyataan Tender Bil. 20/2019

Tarikh Iklan Tender: 20 Ogos 2019

Datuk Bandar Kuala Lumpur mempelawa kontraktor/pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM) dan/atau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dalam Gred, Kategori, Pengkhususan atau Kod Bidang berkaitan dan yang masih dibenarkan membuat tawaran bagi kerja berikut:-

 

BIL. TENDER BUTIR-BUTIR TENDER KELAYAKAN PETENDER TARIKH TENDER DIBUKA, TAKLIMAT TAPAK DAN TENDER DITUTUP HARGA DOKUMEN
2019/A138 Membekal Toner, Ink Cartridge Dan Ribbon untuk Pelbagai jenis Pencetak Di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bagi Tempoh 1 Tahun (2019) Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang
210102 Atau 210101

Tarikh Tender Dibuka
20 Ogos 2019 (Selasa)

 

Tarikh Tender Ditutup
10 September 2019 (Selasa)

RM300.00
2019/A139 Membekal Dan Menghantar Makanan Siap Masak Di 24 Tadika Sang Kancil (TSK), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Untuk Tempoh Dua (2) Tahun Bumiputera
Berdaftar Dengan KKM Kod Bidang
040101 Atau 040102 Atau 040103

Tarikh Tender Dibuka
20 Ogos 2019 (Selasa)

 

Tarikh Tender Ditutup
10 September 2019 (Selasa)

RM300.00
2019/A140 Cadangan Mempertingkatkan Persimpangan Bertingkat Di Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru), Jalan Tun Razak, Jalan Tun Ismail, Jalan Ipoh Dan Jalan Di Sekitar Kuala Lumpur Berdaftar Dengan CIDB
Gred G7
Kategori CE
Pengkhususan
CE01 Dan CE02 Dan CE10 Dan CE21

Tarikh Tender Dibuka
20 Ogos 2019 (Selasa)

 

Tarikh Tender Ditutup
10 September 2019 (Selasa)

RM350.00
2019/A141 Cadangan Pembangunan Landskap Di Atas Lot 29099, Jalan Madrasah, Mukim Setapak, Kuala Lumpur Untuk Tetuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Bumiputera Berdaftar Dengan CIDB
Gred G4
Kategori CE
Pengkhususan
CE14 Dan
CE21

Tarikh Taklimat Tapak
22 Ogos 2019 (Khamis)

 

9.30 Pagi - 10.30 Pagi
Jalan Madarasah, Setapak (Berhampiran M3 Mall)

 

Tarikh Tender Ditutup
12 September 2019 (Khamis)

RM350.00
2019/A142 Cadangan Mempertingkatkan Laluan Basikal Dan Laluan Pejalan Kaki Di Seksyen 2 Dan Sebahagian Jalan 2/27A Dan Jalan 1/27A, Wangsa Maju, Kuala Lumpur Berdaftar Dengan CIDB
Gred G5
Kategori CE Pengkhususan
CE01 Dan CE21

Tarikh Taklimat Tapak
22 Ogos 2019 (Khamis)

 

11.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Bus Stop - Berhadapan Sekolah Menengah Sek.2, Wangsa Maju

 

Tarikh Tender Ditutup
12 September 2019 (Khamis)

RM300.00
2019/A143 Cadangan Mempertingkatkan Sistem Saliran Kawasan Tadahan Sungai Bunus Di Jalan Usahawan 5, Jalan Usahawan 6 Dan Sebahagian Jalan Usahawan, Kuala Lumpur Berdaftar Dengan CIDB
Gred G5
Kategori CE
Pengkhususan
CE08 Dan
CE10 Dan
CE11 Dan
CE12 Dan
CE14

Tarikh Taklimat Tapak
28 Ogos 2019 (Rabu)

 

9.30 Pagi – 10.30 Pagi
Persimpangan Jalan Usahawan / Jalan Usahawan 6, Setapak

 

Tarikh Tender Ditutup
19 september 2019 (Khamis)

RM350.00
2019/A144 Cadangan Kerja-Kerja Membaiki Tembok Penahan Tebing Tasik, Taman Tasik Manjalara, Kuala Lumpur Berdaftar Dengan CIDB
Gred G5
Kategori CE
Pengkhususan
CE08 Dan
CE10 Dan
CE11 Dan
CE12 Dan
CE14

Tarikh Taklimat Tapak
29 Ogos 2019 (Khamis)

 

9.30 Pagi – 10.30 Pagi
Kawasan Wakaf (Berhampiran Tandas Awam) Taman Tasik Manjalara, Kepong, Kuala Lumpur

 

Tarikh Tender Ditutup
11 September 2019 (Rabu)

RM400.00

 

  1. Dokumen tender 2019/A141, 2019/A142, 2019/A143 Dan 2019/A144 hanya boleh dibeli secara atas talian (online) dilaman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my selepas Sesi Taklimat Tapak.

  2. Kehadiran ke Sesi Taklimat bagi tender 2019/A141, 2019/A142, 2019/A143 Dan 2019/A144 adalah DIWAJIBKAN. PENAMA DALAM SIJIL SAHAJA yang dibenarkan hadir ke Sesi Taklimat dan DIWAJIBKAN membawa :-

    (i)  Sijil asal dan salinan Perakuan Pendaftaran dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan yang dikeluarkan oleh CIDB (2019/A141, 2019/A142, 2019/A143 Dan 2019/A144)

    (ii)  Sijil asal dan salinan Pengiktirafan Bumiputera oleh Bahagian Pembangunan Kontraktor Dan Usahawan (BPKU) (2019/A141)

    (iii)  Cop Syarikat (Rubber Stamp)

  3. Petender yang gagal mengemukakan perkara-perkara di atas tidak dibenarkan untuk mengikuti sesi taklimat.

  4. Bagi pembelian dokumen tender, petender atau wakil hendaklah mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang eperolehan.dbkl.gov.my. Petender hendaklah memastikan sijil yang didaftarkan di e-perolehan DBKL masih berkuatkuasa semasa memohon tawaran. Penjualan dokumen tender dijalankan secara atas talian sahaja.

  5. Pendaftaran kontraktor secara atas talian perlu disahkan terlebih dahulu dikaunter Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur. Petender hendaklah membawa sijil asal dan salinan Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (CIDB), Pengiktirafan Bumiputera dengan BPKU dan Sijil Kementerian Kewangan dan Taraf Bumiputera (KKM) bagi proses pengesahan.

  6. Petender DIBENARKAN mengemukakan surat “Kebenaran Khas Menyertai Tender Di Luar Bidang Pengkhususan” yang dikeluarkan oleh Pejabat CIDB mengikut negeri pendaftaran syarikat dan perlu dikemukakan terlebih dahulu di Kaunter Perolehan untuk disahkan sebelum pembelian dokumen secara atas talian dibuat. Surat kebenaran khas menyertai tender bagi Gred yang lebih tinggi atau rendah adalah TIDAK DITERIMA.

  7. Dokumen tender yang telah lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang dimeterikan dan ditulis di sebelah atas kiri sampul Nombor Tender dan tajuk kerja berkaitan dan dimasukkan ke dalam Peti Tender tersebut di Jabatan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan Perolehan, Tingkat 32, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah, 50300 Kuala Lumpur tidak lewat dari jam 12.00 tengahari pada tarikh tutup. Tawaran yang LEWAT TIDAK AKAN DIPERTIMBANGKAN sama sekali.

  8. Datuk Bandar Kuala Lumpur tidak terikat untuk menerima tawaran yang paling rendah atau mana-mana tawaran jua pun.