Sunday, 23rd February 2020 [ 6:40:30 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Makluman Kepada Pemilik Dan PSP/SP Bagi Sistem Kuala Lumpur Integrated Submission (KLIS)

Pihak DBKL telah memutuskan untuk menguatkuasakan sepenuhnya penggunaan tandatangan digital bagi pihak pemilik berkuatkuasa pada 1 Oktober 2019. Hal ini bagi menyelaraskan semua pelan permohonan yang dihantar menerusi sistem KLIS ditandatangani secara digital sepenuhnya oleh PSP/ SP serta Pemilik.
 
Permohonan yang mempunyai seorang (1) pemilik hendaklah menggunakan tandatangan digital sepenuhnya. Bagi permohonan yang mempunyai lebih dari seorang (1) pemilik, pemilik – pemilik tersebut disarankan menggunakan wakil kuasa / power attorney (PA) ke atas individu / pemilik yang akan menandatangani secara digital ke atas pelan permohonan berkenaan.
 
Untuk maklumat lanjut berkenaan tandatangan digital, tuan/puan boleh berhubung dengan pihak MSC Trustgate atau layari https://www.msctrustgate.com/.