Selasa, 12 November 2019 [ 9:39:41 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Taman Tasik Ampang Hilir

Taman Tasik Ampang Hilir meliputi keluasan keseluruhan seluas 16 hektar dengan keluasan tasik adalah seluas 12 hektar. Pembangunan Taman Tasik Ampang Hilir ini berlandaskan Konsep Pembangunan Lestari yang menyediakan kemudahan rekreasi dan riadah yang berintegrasi dengan alam sekitar untuk orang ramai di sekitar kawasan Ampang, Kg.Pandan dan kawasan-kawasan yang berdekatan. Selain itu, kawasan ini juga menyediakan pelbagai fasiliti yang dapat memenuhi keperluan sama ada aktif ataupun pasif bagi pelbagai golongan sama ada diperingkat warga emas, belia dan termasuklah kanak-kanak.

Bagi mereka yang ingin mengadakan aktiviti secara 'indoor', taman ini menyediakan sebuah dewan yang menyediakan kemudahan sukan seperti badminton dan bola jaring. Dewan ini juga terbuka untuk mereka yang ingin mengadakan majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan aktiviti sosial juga. Tempahan dewan boleh dibuat dengan melayari laman web https://appsys.dbkl.gov.my/kl-spef atau menghubungi Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan di talian 03-26176289.

 

Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara 'outdoor' seperti aktiviti Hari Keluarga, Senamrobik, penggambaran dan aktiviti lain-lain aktiviti sosial, boleh membuat tempahan dengan menghubungi Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 012-2987030 (En. Kamarul Zaman bin Ajid) atau 014-2394473 (En. Amirul Syukri bin Mohd Zabidi)

 

Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.



tmn-amp-hilir-01tmn-amp-hilir-02tmn-amp-hilir-03tmn-amp-hilir-04tmn-amp-hilir-05tmn-amp-hilir-06