Selasa, 12 November 2019 [ 10:35:10 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Majlis Perasmian Perumahan Bandar disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan

             Perumahan Bandar  Perumahan Bandar  

Majlis Perasmian Perumahan Bandar disempurnakan Menteri Wilayah Persekutuan YB Tuan Haji Khalid bin Abdul Samad, Menteri Wilayah Persekutuan yang turut diiringi oleh YBhg. Dato' Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan ketua-ketua jabatan DBKL.

 

DBKL mengambil inisiatif untuk mewujudkan Perumahan Bandar yang mensasarkan golongan muda yang baru berhijrah ke bandaraya Kuala Lumpur. Berkonsepkan penempatan sementara, tujuan perumahan ini dibina adalah untuk meringankan beban anak muda yang baru mula memasuki alam pekerjaan buat pertama kali. Perumahan Bandar ini terdiri daripada dua buah blok berasingan yang menempatkan kediaman lelaki dan wanita serta boleh menampung keseluruhan 311 penyewa. Setakat ini, Perumahan Bandar sudahpun menerima 34 penyewa yang terawal, terdiri daripada 14 penyewa wanita dan 20 penyewa lelaki.

 

Golongan muda yang memenuhi syarat - syarat kelayakan, bolehlah membuat permohonan bagi penyewaan Perumahan Bandar melalui laman sesawang http://eperumahan.dbkl.gov.my