Selasa, 12 November 2019 [ 10:20:05 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Program Derma Darah Sempena Sambutan Jubli Emas Hari Penguatkuasa Tahun 2019

             dermadarah1 dermadarah2   

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Pusat Darah Negara, KPJ Tawakal Kuala Lumpur dan Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-Anggota Wilayah Persekutuan (MAKSWIP) telah melaksanakan Program Derma Darah Sempena Sambutan Jubli Emas Hari Penguatkuasa Tahun 2019 yang disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Nor Hisham bin A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur bertempat di Lobi Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut.

 

Program derma darah ini merupakan program tahunan yang diadakan setiap kali sambutan hari penguat kuasa sebagai salah satu langkah mengamalkan sikap gaya hidup sihat dan keperihatinan dikalangan wargakerja DBKL terhadap keperluan serta tanggungjawab sosial kepada masyarakat diluar sana melalui Pusat Darah Negara.

 

"Kita akan meneruskan program dan khidmat murni ini pada tahun akan datang di lokasi yang berbeza pula, di samping dengan adanya program sebegini ianya dapat meningkatkan hubungan baik wargakota dengan DBKL secara amnya, ” menurut kenyataan Tuan Osman bin Hj. Ismail, Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Penguatkuasaan DBKL.