Ahad, 15 Disember 2019 [ 7:17:42 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Notis Arahan Penggunaan Produk Biodegradasi

Selaras dengan hasrat Kerajaan untuk kelestarian Wilayah Persekutuan dan mengurangkan pencemaran alam sekitar serta warganya sihat dan sejahtera, berkuat kuasa mulai 1 September 2017 pemegang lesen hendaklah menggunakan produk biodegradasi.

Pemegang lesen dilarang menggunakan polisterina dan beg plastik bukan biodegradasi. Penetapan standard dan kriteria produk biodegradasi yang dibenarkan adalah jenis klasifikasi biodegradable atau compostable sahaja, yang telah mendapat pensijilan SIRIM Eco-001:2016 dan Eco-009:2016 daripada SIRIM Berhad. Pemegang lesen dibenarkan mengenakan 'caj pencemaran' RM0.20 kepada setiap beg plastik biodegradasi yang digunakan oleh pengguna semasa membeli-belah. Datuk Bandar akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana pemegang lesen yang gagal dan enggan mematuhi syarat-syarat tersebut, antaranya boleh menyebabkan pemegang lesen dikenakan kompaun sehingga RM1,000.00 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan didenda di bawah UUK Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, UUK Pelesenan Pasar (WPKL) 2016 dan UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016. Kerjasama semua adalah dipohon untuk mengambil maklum mengenai perkara tersebut.

Sekian, terima kasih.