Rabu, 29 Januari 2020 [ 3:42:40 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Notis Pemberitahuan Penggunaan Produk Biodegradasi

  • Penggunaan produk biodegradasi di Wilayah Persekutuan telah dikuatkuasakan pada 1 September 2017. Pemegang lesen perniagaan adalah dilarang menggunakan polisterina, beg plastik sekali guna dan hendaklah menggunakan produk biodegradasi.  Produk biodegradasi yang dibenarkan adalah jenis klasifikasi biodegradasi atau compostable yang telah mendapat pensijilan SIRIM ECO-001:2018 atau ECO-009:2016 daripada SIRIM Berhad.

  • Pemegang lesen perniagaan adalah dibenarkan mengenakan caj 20 sen terhadap pembungkusan klasifikasi biodegradasi atau compostable kepada pengguna.

  • Penggunaan straw plastik atau penyedut minuman plastik adalah dilarang.

  • Mulai 1 Januari 2020, tindakan tegas akan diambil kepada pemegang lesen yang gagal untuk mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan apabila disabitkan, dikenakan tindakan penguatkuasaaan di bawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja (WPKL) 2016, Undang-Undang Kecil Pelesenan Pasar (WPKL) 2016, Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian (WPKL) 2016, Undang-Undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016; atau kompaun mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].


          Sekian, terima kasih.