Ahad, 23 Februari 2020 [ 10:22:10 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Kuala Lumpur Chinese New Year Celebration 2020 @ Dataran Merdeka

             cny1 cny2   

Kuala Lumpur Chinese New Year Celebration 2020 @ Dataran Merdeka telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Mustafa bin Mohd Nor, Pengarah Eksekutif Pengurusan DBKL. Hadir sama adalah Yang Berhormat (YB) Tuan Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras; YB Tuan Fong Kui Lun, Ahli Parlimen Bukit Bintang, YB Tuan Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Kepong; dan ketua - ketua jabatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

 

DBKL melalui Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan (JKPS) telah menjayakan Kuala Lumpur Chinese New Year Celebration 2020 ini dan diserikan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan masyarakat Cina.

 

Persembahan seperti Chinese Music Ensemble, Acrobatic Lion Dance dan Multiracial Drum Performance juga turut mewarnai sambutan ini.

 

Kepelbagaian budaya dan perayaan di Malaysia ini mampu menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke Malaysia khususnya Kuala Lumpur.