Selasa, 7 April 2020 [ 1:20:51 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Majlis Pelancaran Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040)

             PSKL1 PSKL2   

Majlis Pelancaran Draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL 2040) yang telah berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) petang tadi.

 

Majlis ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat (YB) Tuan Hj Khalid Abd. Samad, Menteri Wilayah Persekutuan. Turut hadir bersama YB Datuk Dr Shahruddin bin Md Salleh, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan; YB Ahli - ahli Parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, YBhg. Dato' Nor Hisham A. Dahlan, Datuk Bandar Kuala Lumpur; Pengarah - pengarah Eksekutif DBKL, Ketua - ketua Jabatan DBKL dan mantan - mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

 

PSKL 2040 adalah kesinambungan dari PSKL 2020 yang perlu disemak kerana perubahan pembangunan dan ekonomi yang pesat. Wawasan dan dasar PSKL 2040 menggariskan misi bagi memacu pembangunan Kuala Lumpur bagi 20 tahun akan datang.

 

Pembangunan di masa hadapan akan menumpukan kepada kesejahteraan warga kota, kualiti hidup, kesaksamaan, kemampanan serta ekonomi yang berdaya saing.

 

Wargakota dan pihak yang berkepentingan adalah dijemput untuk menyertai dalam penyediaan deraf pelan ini.