Ahad, 15 Disember 2019 [ 4:33:46 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Tempahan & Sewa

Panggung3

Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mempromosi Kuala Lumpur sebagai pusat dan destinasi kegiatan Seni & Budaya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjemput semua penerbit, kumpulan teater, syarikat dan penggiat budaya serta fakulti seni persembahan IPTA / IPTS untuk mengadakan pementasan yang berkonsepkan tradisional, kontemporari atau eksperimen, merangkumi sebarang bentuk seni persembahan termasuk teater, tarian atau muzik.

 

Tempahan untuk menggunakan Panggung Bandaraya ini boleh dibuat dengan mengemukakan cadangan persembahan pentas melalui borang permohonan penggunaan Panggung Bandaraya yang boleh dimuat-turun dari portal ini.

 

Muat turun Borang Permohonan Penggunaan Panggung Bandaraya di sini.

 

Panggung Bandaraya | Kadar Penyewaan

 

Kadar istimewa juga ditawarkan kepada penggiat-penggiat seni dan melalui usaha-usaha penggalakan dan strategi promosi yang dijalankan DBKL berharap mendapat sokongan yang menggalakan daripada penggiat-penggiat teater/tarian/muzikal.

 

Bagi memastikan acara-acara persembahan yang dijalankan mendapat publisiti yang baik yang dapat meningkatkan lagi imej dan seterusnya merealisasikan hasrat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai sebuah bandaraya berbudaya yang bertaraf antarabangsa, Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan dipertanggung jawabkan didalam kerja-kerja penyelarasan, pengurusan, pentadbiran, promosi, penempahan, pemilihan pementasan dan penggunaan Panggung Bandaraya.

 

Melalui jabatan ini juga, DBKL sendiri telah mengadakan beberapa pementasan Drama Tari, Tarian Kontemporari dan Teater Muzikal sebagai pengisian di Panggung Bandaraya ini.

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

Pengurus Kebudayaan dan Kesenian DBKL
Jabatan Kebudayaan, Kesenian dan Sukan,
Tingkat 15, Menara DBKL 3
Jalan Raja Abdullah
Kuala Lumpur.

 

Tel: 03-26176307
Fax: 03-28941393
Email: