Isnin, 26 Ogos 2019 [ 7:40:02 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Lokasi

map

 

Panggung Bandaraya terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, di persimpangan antara Jalan Tun Perak dan Jalan Raja, bersebelahan dengan Bangunan Majistret Kuala Lumpur dan Mahkamah Seksyen. Kedudukan Bangunan Moorish 1896 ini yang banyak menempatkan persembahan teater juga terletak di pepenjuru Dataran Merdeka dan Kelab Diraja Selangor.



Terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan awam ke tempat ini, iaitu dengan hanya mengambil masa selama 5 minit sahaja berjalan kaki dari Masjid Jamek, STAR dan Stesen LRT PUTRA. Teater ini juga mudah sampai melalui beberapa jalan raya dan terdapat tempat letak kereta di jalan-jalan yang ada di sepanjang sungai atau merentasi jalan di Bangunan DBKL.