Tuesday, 29th July 2014 [ 12:23:10am ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Sesi ‘Teach-In’ Kul Submission 2013

on . Posted in News

Bagi memantapkan lagi kefahaman orang ramai mengenai pelaksanaan sistem Online Kul Submission, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi mengadakan langkah positif dengan menganjurkan Sesi ‘Teach-In’ Kul Submission...

 


 

Bagi memantapkan lagi kefahaman orang ramai mengenai pelaksanaan sistem Online Kul Submission, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekali lagi mengadakan langkah positif dengan menganjurkan Sesi ‘Teach-In’ Kul Submission kepada Principal Submitting Person / Submitting Person (PSP/SP) yang diadakan di Dewan Mestika, Institut Latihan DBKL, Bandar Tun Razak, Cheras. Sesi selama 10 hari bermula dari 7 Januari hingga 18 Januari 2013 telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Hj. Ahmad Phesal Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur, 7 Januari 2013 (Isnin).

 

Dalam ucapan perasmiannya, Yang Berbahagia Datuk Hj. Ahmad Phesal berkata, sesi ini diadakan bertujuan untuk memberikan kefahaman dan juga kemahiran insentif kepada PSP/SP supaya bersedia menggunakan sistem KUL Submission. “Ianya selaras dengan pelaksanaan memandatorikan kaedah pengemukaan permohonan cadangan pembangunan secara online kepada DBKL. Pelaksanaan memandatorikan penggunaan Kul Submission ini bermakna sistem ini telah bersedia untuk menerima permohonan kebenaran pembangunan secara online dan pihak DBKL dan agensi teknikal luaran DBKL juga telah bersedia dan yakin untuk mengurus dan memproses permohonan cadangan pembangunan secara online”, katanya lagi.