Saturday, 30th August 2014 [ 12:00:32am ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

KL Tourism Master Plan 2014 – 2025 – DBKL bincang di Mesyuarat KLTDC Ke 6

on . Posted in News

 

Mesyuarat kali keenam KL Tourism Development Council (KLTDC) telah diadakan di Sasana Kijang, Bank Negara pada 3 Mei 2013 (Jumaat) dan dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Phesal Hj. Talib, Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Mesyuarat kali ini diadakan bertujuan bagi membincangkan mengenai perancangan KL Tourism Master Plan 2014 – 2025 dan sebanyak empat perunding telah dijemput bagi memberi penerangan dari syarikat masing-masing. Menurut Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Phesal, adalah penting bagi Kuala Lumpur mempunyai pelan tindakan (Blueprint) dalam menjayakan sektor pelancongan Kuala Lumpur. “Blueprint ini perlu mempunyai tiga strategi utama iaitu perancangan jangka pendek, pertengahan dan panjang. Selepas ketiga-tiga perancangan itu dilaksanakan, pihak perunding perlu menjayakan pelan ini bersama-sama penggiat sektor pelancongan lain di Kuala Lumpur dalam masa 12 bulan,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, dalam mesyuarat KLTDC akan datang, pihaknya akan mengumumkan perunding yang berjaya dipilih untuk menggalas tanggungjawab sebagai penggerak Master Plan yang menyeluruh untuk 11 tahun akan datang.