Jumaat, 24 Mei 2013 20:02:55
- Details
- Category: Info DBKL
- Last Updated on Monday, 04 February 2013 09:41
PERUTUSAN DATUK BANDAR

|
Selamat datang ke Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). |
|
Portal Rasmi DBKL ini tidak hanya berfungsi sebagai satu cara penyampaian maklumat kepada para pelanggan tetapi ia juga menjadi salah satu saluran penerimaan maklum balas yang cepat dan efektif. Ia memudahkan interaksi di antara DBKL dengan pelanggannya, terutama dalam membantu mereka memahami secara lebih jelas tentang perkhidmatan yang diberikan serta aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan oleh DBKL. DBKL akan terus berusaha memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti Portal Rasmi ini demi memudahkan urusan para pelanggannya. Oleh yang demikian DBKL amat mengalu-alukan sebarang maklum balas dan pandangan yang membina bagi memantapkannya. Sekian, terima kasih. Datuk Seri Hj. Ahmad Phesal bin Hj. Talib Datuk Bandar Kuala Lumpur |
|













