Ahad, 7 Jun 2020 [ 5:27:18 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Profil Jabatan

PENGENALAN

Pada 1 Ogos 2015 Jabatan Pengangkutan Bandar telah digabungkan dengan Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran dan dikenali sebagai Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar (JKPB).

Pihak pengurusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah melaksanakan penyelarasan semula fungsi Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar (JKPB) dan melibatkan penjenamaan semula serta pewujudan jabatan kepada Jabatan Pengangkutan Bandar (JPB) berkuatkuasa pada 3 September 2019.  

Jabatan ini bertanggungjawab dalam melaksanakan fungsi pengurusan, penyelenggaraan dan pembinaan projek kemudahan pengangkutan awam dan bandar, Integrated Transport Information System (ITIS), pengurusan lampu isyarat dan kawalan lalu lintas serta fungsi-fungsi lain yang berkaitan dengan pengurusan trafik dan kemudahan pengangkutan awam.

VISI

Mewujudkan Sistem Pengurusan Lalulintas di Kuala Lumpur setaraf dengan Bandaraya Utama dunia.

MISI

Menjadikan Sistem Pengurusan Lalulintas di Kuala Lumpur lebih efisien untuk keselesaan warga kota.