Tuesday, 20th November 2018 [ 10:46:05 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Perkhidmatan Kami

1: SKUAD PENYELAMAT

Perkhidmatan yang diberikan :-

  1. Menjalankan kerja-kerja bantuan menyelamat apabila berlakunya kejadian bencana banjir, tanah runtuh, kebakaran kawasan setinggan, pokok tumbang dan lain-lain;
  2. Menyelaraskan kerja-kerja bantuan pemindahan mangsa-mangsa yang terlibat dengan kejadian bencana alam seperti banjir, tanah runtuh, kebakaran kawasan setinggan dan lain-lain;
  3. Berkerjasama dan memberi bantuan kepada agensi-agensi penyelamat yang lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, JPAM, PDRM, SMART, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan lain-lain;
  4. Memberi bantuan kemahiran untuk operasi penguatkuasaan;
  5. Mengerakkan bilik bantuan bencana pusat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur apabila sesuatu kejadian bencana; dan
  6. Menyelaraskan bantuan logistik apabila berlakunya bencana

Masa Operasi: 24 Jam 

Alamat: Skuad Penyelamat
Jabatan Penguatkuasaan DBKL,
Jalan Tun Ismail,
50450 Kuala Lumpur
Telefon: 603 - 4026 7222
603 - 4024 4424

 

2: PERSEMBAHAN PANCARAGAM

Perkhidmatan yang diberikan:- 

  1. Mengadakan persembahan semasa majlis-majlis rasmi atau acara-acara yang dianjurkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL), lain-lain agensi kerajaan/swasta dan juga NGO.

Kadar bayaran perkhidmatan Pasukan Pancaragam.

Alamat:

Pasukan Pancaragam
Jabatan Penguatkuasaan DBKL,
Jalan San Peng,
55200 Kuala Lumpur

Telefon:

603 - 9221 9077

 

 Kadar bayaran perkhidmatan Pasukan Pancaragam:

pancaragam1

 kombo

drum

rebana

fanfare

kompang

 

3: TUNTUTAN KE ATAS KENDERAAN YANG DITUNDA

Perkhidmatan: 

Menunda kenderaan yang menghalang kelancaran lalulintas melalui rondaan dan aduan awam

Masa Urusan:

24 Jam

Alamat Tuntutan:

Unit Pengurusan Sitaan Dan Tunda
(Kenderaan ditunda),
Jabatan Penguatkuasaan,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Lot 456 (Bersebelahan Perumahan Awam Sri terengganu),
Jalan Sentul, Sentul Selatan,
51000 Kuala Lumpur

Telefon: 03 - 4041 7705 / 4041 7706
No Whatsapp: 013 - 666 3255

 

Mengikut Pindaan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 2012, Akta Pengangkutan Jalan 1987, Fi bagi Pengapitan, Pengalihan dan Penahanan Kenderaan Motor adalah seperti berikut:-

 

 BIL JENIS KENDERAAN  PENGAPITAN (CLAMPING) PENGALIHAN (REMOVAL)  PENAHANAN (DETANTION)
SEHARI / PER DAY
KOMPAUN
 1. Motosikal & Motosikal beroda tiga  RM 20.00  RM 30.00 RM 50.00 RM 100.00
(Mengikut kesalahan)
 2. Motokar  RM 50.00  RM 100.00  RM 100.00 RM 100.00
RM 150.00
(Mengikut kesalahan)
 3. Bas, lori yang berat tanpa muatan tidak lebih daripada 3000 kilogram  RM 100.00  RM 300.00  RM 200.00 RM 100.00
RM150.00
(Mengikut kesalahan)
4. Tanker, treler dan jenis kenderaan yang lain yang berat tanpa muatan lebih daripada 3000 kilogram RM 150.00 RM 400.00 RM 300.00 RM 100.00
RM 150.00
(Mengikut kesalahan)

 

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Tuntutan :

  1. Kad pendaftaran asal kenderaan(Geran)
  2. Cover note (insurans) asal kenderaan
  3. Wakil – Sila bawa surat perwakilan dari pemilik dan salinan kad pengenalan pemilik

 

Sekiranya Tiada Perkara (a) – (c), sila bawa :

  1. Salinan kad pendaftaran kenderaan atau cover note (insurans)
  2. Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah.
  3. Mengisi Borang Akuan Menuntut Kenderaan.

 

Sekiranya kenderaan bersabit dengan Kes Polis perlu dikemukakan:-

  1. Salinan Laporan Polis
  2. Salinan daripada Pegawai Penyiasat berkenaan
  3. Surat Perintah Mahkamah

 

4: TUNTUTAN KE ATAS KENDERAAN BURUK / TERSADAI

Perkhidmatan: 

Menunda kenderaan buruk/tersadai melalui rondaan dan aduan awam

Masa Urusan:

Isnin - Khamis

: 8.00 pagi - 10.00 malam

 

Jumaat

: 8.00 pagi - 12.15 t/hari
  Sabtu - Ahad
Cuti Am
: 8.00 pagi - 10.00 malam
Alamat Tuntutan: Depoh Kenderaan Tersadai Salak Selatan,
Jabatan Penguatkuasaan,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Lot 4428 Jalan Besar Salak Selatan,
57100 Kuala Lumpur
 
Telefon: 603 7982 1010  

 

Mengikut Pindaan Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan 2012, Akta Pengangkutan Jalan 1987, Fi bagi Pengapitan, Pengalihan dan Penahanan Kenderaan Motor adalah seperti berikut:-

 BIL JENIS KENDERAAN  ANGKUT PENAHANAN (DETANTION)
SEHARI / PER DAY
KOMPAUN
 1. Motosikal / Roda 3 RM 50.00  RM 10.00 RM 100.00
 2. Kenderaan Kereta RM 100.00  RM 10.00 RM 100.00
 3. Bas / Lori / Treler / Kontena RM 250.00  RM 10.00 RM 100.00

 

Dokumen Yang Diperlukan Semasa Tuntutan :

  1. Kad pendaftaran asal kenderaan(Geran)
  2. Cover note (insurans) asal kenderaan
  3. Wakil – Sila bawa surat perwakilan dari pemilik dan salinan kad pengenalan pemilik

Sekiranya Tiada Perkara (a) – (c), sila bawa :

  1. Salinan kad pendaftaran kenderaan atau cover note (insurans)
  2. Surat Akuan Sumpah dari Pesuruhjaya Sumpah.
  3. Mengisi Borang Akuan Menuntut Kenderaan.

Sekiranya kenderaan bersabit dengan Kes Polis perlu dikemukakan:-

  1. Salinan Laporan Polis
  2. Salinan daripada Pegawai Penyiasat berkenaan
  3. Surat Perintah Mahkamah

 

5: SITAAN BARANG PENJAJA DAN PINDAH HALANGAN TEMPAT AWAM

Perkhidmatan: 

Tempat Penyimpanan barang-barang sitaan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 dan Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja dan Gerai (WPKL) 1989.

Masa Urusan:

Isnin - Khamis

: 8.00 pagi - 10.00 malam

 

Jumaat

: 8.00 pagi - 12.15 t/hari
  Sabtu - Ahad
Cuti Am
: 8.00 pagi - 10.00 malam
Alamat Tuntutan: Unit Pengurusan Sitaan dan Tunda,
Jabatan Penguatkuasaan,
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,
Jabatan Lombong Off Jalan Cheras,
56100 Kuala Lumpur
 
Telefon: 603 9282 2540  

 

1. Tempoh Tahanan :

Ketetapan tempoh tahanan berdasarkan kepada kasalahan mengikut pertuntukan undang-undang seperti berikut:-

1.1 Seksyen 46 Akta Jalan , Parit dan Bangunan 1974

 

jadual 1

 

1.2 Undang-Undang Kecil Pelesenan Penjaja dan gerai (WPKL) 1989

 

jadual 2

 

2. Tuntutan :

2.1 Bagi aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh bukan warganegara, semua peralatan yang berkaitan tidak dibenarkan untuk dituntut dan        terus dirujuk kepada Lembaga Pelupusan.

2.2 Kenderaan yang disita hanya boleh dituntut oleh pemilik berdaftar, walaupun digunakan oleh bukan warganegara semasa tindakan diambil. Tempoh tuntutan adalah selepas 24 jam setelah bayaran dijelaskan.

 

3. Tuntutan Barang Tidak Tahan Lama/Mudah Rosak:

 

 

Barang-barang yang dipindah/sita dan tidak tahan lama/mudah rosak boleh dituntut dalam tempoh 24 jam. Walaubagaimanapun, sekiranya tidak dituntut, Jabatan berhak melupuskan terus barangan tersebut selepas 24 jam dalam tahanan.

 

4. Caj Penahanan Dan Kadar Kompaun Terhadap Barang Dipindah/Sita:

4.1 Caj Penahanan dan kadar kompaun barang-barang yang dipindah mengikut Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974

 

jadual 3

 

4.2 Caj Penahanan dan kadar kompaun terhadap barangan yang disita mengikut jadual kedua UUK Pelesenan Penjaja Dan Gerai (WPKL) 1989

 

kompaun