Ahad, 25 Ogos 2019 [ 10:18:12 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Perkhidmatan Kami

 

OBJEKTIF

Memastikan kawalan bangunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dilaksanakan secara teratur serta mematuhi kehendak undang-undang/ dasar /polisi yang berkuatkuasa.

 

FUNGSI

Melaksanakan kawalan dan penguatkuasaan terhadap bangunan yang akan / sedang / telah dibina di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

 

  1. Mengeluarkan Kelulusan Pelan Bangunan / Kebenaran Mendirikan Bangunan / Permit selaras mengikut keperluan Akta / Undang-undang / Polisi dan Garis Panduan yang dikuatkuasakan.

  2. Melaksanakan pemantauan dan kawalan tapak bina dari aspek keselamatan, kesihatan dan waktu bekerja bagi memastikan kehendak undang-undang dan peraturan dipatuhi.

  3. Mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap bangunan / struktur yang dibina menyeleweng atau permit.

  4. Memantau dan megesan ketidakpatuhan dalam pembinaan serta mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap sebarang ketidakpatuhan dan terhadap bangunan yang diduduki / digunakan tanpa CF/CCC.

  5. Memastikan pemeriksaan bangunan secara berkala dilakukan oleh pemilik bangunan-bangunan yang melebihi lima (5) tingkat selepas sepuluh (10) tahun CF/CCC dikeluarkan.

  6. Mengenalpasti, memantau dan mengambil tindakan terhadap bangunan usang, terbiar dan kotor.

     

  7. Mengeluarkan kelulusan permit telcoselaras dengan keperluan Akta/undang-undang/Polisi dan Garis panduan yang dikuatkuasakan.

  8.  

  9. Membuat pengesyoran lesen premis bagi yang telah mematuhi undang-undang kecil bangunan WPKL.