Isnin, 16 Disember 2019 [ 2:05:17 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Piagam Pelanggan

  1. Mengemukakan kertas perakuan Pelan Kerja Tanah dan Pelan Jalan & Perparitan bagi projek yang berskala besar dan sederhana kepada Urusetia Pusat Setempat (OSC) dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan diterima daripada OSC.

  1. Meluluskan Pelan Kerja Tanah dan Pelan Jalan & Perparitan dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

  1. Memproses dan mengeluarkan surat pengesahan bagi Borang G17 dalam tempoh 7 hari bekerja bagi projek berisiko rendah dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.

  1. Memproses dan mengeluarkan surat pengesahan bagi Borang G17 dalam tempoh 14 hari bekerja bagi projek berisiko sederhana dan tinggi dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dan pemeriksaan akhir dijalankan.

  1. Menyediakan Pelan Ukur Kejuruteraan bagi keluasan pengukuran 0.5 hektar pertama dalam tempoh 15 hari dan tambahan 10 hari lagi bagi setiap 0.5 hektar berikutnya.

  1. Menyediakan Pelan Pengambilan Tanah untuk ulasan awal kepada JKPTG dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan maklumat hakmilik dan carian rasmi daripada Pejabat Tanah dan Galian.

 

Dikemaskini pada: 8.6.2018