Sunday, 15th December 2019 [ 8:09:04 AM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Print

Profil Jabatan

  • Tahun 1970 – ditubuhkan dan dikenali sebagai Urusetia Bandaraya.
  • 1 Januari 1996 – Bahagian Pentadbiran dan Urusetia Bandaraya bersama Jabatan Personel telah digabungkan dan diwujudkan Jabatan Pengurusan Organisasi (JPO).
  • 15 Ogos 2003 – Jabatan Pentadbiran berfungsi dengan gabungan empat (4) bahagian utama iaitu Bahagian Pentadbiran, Bahagian Perpustakaan, Bahagian Pengurusan Perolehan serta Unit Urus Bangunan dan Unit Jawatankuasa Tindakan.
  • Januari 2006 – Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa telah diletakkan di bawah Jabatan Pentadbiran.
  • Julai 2011 – Unit Komunikasi Korporat (dahulunya dikenali sebagai Unit Hal Ehwal Awam dan Antarabangsa), Unit Reprografi dan Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL) telah dipisahkan daripada Jabatan Pentadbiran.
  • Februari 2014 – PKL diletakkan semula di bawah Jabatan Pentadbiran.
  • 1 Ogos 2015 – PKL dipisahkan daripada Jabatan Pentadbiran.
  • 3 Disember 2018 - Bahagian Pengurusan Rekod juga telah dipindahkan ke PKL.

OBJEKTIF

Memastikan tadbir urus pengurusan perolehan, aset, bangunan, keurusetiaan majlis dan mesyuarat utama dilaksanakan mengikut dasar, perundangan/peraturan dan garis panduan semasa.

VISI

Menjadi penanda aras yang dapat memberikan perkhidmatan dan tadbir urus yang terbaik dan berkualiti.

MISI

Memenuhi ekspektasi pelanggan melalui perkhidmatan yang berteraskan integriti dan profesionalisme.