Isnin, 16 Disember 2019 [ 1:42:58 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Cetak

Perkhidmatan Kami

Objektif

Memupuk budaya kerja yang efisien dan efektif dalam merancang, merekabentuk, melaksana, mengoperasi dan menyenggara perkhidmatan kejuruteraan mekanikal merangkumi:

  1. Perkhidmatan logistik kenderaan & jentera berat serta peralatan kerja.

  2. Perkhidmatan mekanikal dan elektrikal dalam bangunan (pejabat) seperti sistem lif, sistem pencegah kebakaran, sistem bekalan air, bekalan kuasa elektrik, pencahayaan dan sistem penyaman udara.

  3. Perkhidmatan mekanikal dan elektrikal kemudahan awam seperti Rumah Pam Kawalan Banjir, Krematorium, Pancutan Air.

  4. Perkhidmatan pengurusan pelupusan sisa pepejal.

Fungsi 

  1. Merancang, menganalisa keperluan, mengurus perolehan serta pelupusan semua kenderaan, jentera dan peralatan mekanikal jabatan-jabatan DBKL.

  2. Menyelaraskan dan mengurus pembekalan kenderaan / jentera untuk kegunaan kepada jabatan-jabatan DBKL.

  3. Menyelia, mengawasi, mengawal dan memantau kerja penyenggaraan kenderaan / jentera dan pelbagai kemudahan Mekanikal di dalam bengkel jabatan atau secara kontrak / kontrak berpenggal.

  4. Merancang perolehan dan penyelenggaraan semua alatganti, peralatan kerja dan pelbagai bahan keperluan kerja jabatan-jabatan di Stor Pusat DBKL.

  5. Memberi khidmat perundingan bagi merekabentuk, tender, memasang dan menyenggara perkhidmatan mekanikal dan elektrikal bangunan seperti sistem lif, eskalator, pencegah kebakaran, penyaman udara, rektikulasi, bekalan kuasa elektrik, pencahayaan dan lain-lain bagi projek-projek pembangunan dan aset bangunan DBKL.

  6. Merancang, menyelaras serta memantau operasi dan senggaraan sistem pelupusan sisa pepejal.

  7. Merancang, menyelaras serta memantau senggaraan lampu jalan awam di bandar raya Kuala Lumpur.

  8. Memberi khidmat nasihat teknikal.