Sabtu, 11 Julai 2020 [ 8:06:55 PM ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

W3C : Web Content Accessibility Guidelines (Disability Access)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menyediakan kemudahan untuk capaian Orang Kurang Upaya (OKU) / Disability Access berpandukan standard W3C.

Web Accessibility Initiative (WAI) mengikut tatacara garis panduan Web Content Accessibility Guidelines 2.0.

A) Pengguna cacat penglihatan

Dapatkan perisian percuma komponen (extension) ChromeVox untuk pelayar web Google Chrome di sini untuk tujuan kandungan teks portal ini dibacakan dalam bentuk bunyi (audio) pertuturan (dalam Bahasa Inggeris).

  1. Sebelum anda boleh menggunakan komponen ini, anda perlu memasangnya pada Google Chrome sebagai extension dan sebelum itu harus memuat turun dan pasang (install) terlebih dahulu perisian pelayar web (Web Browser) Google Chrome.

  2. Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila klik di sini.

  3. Sebagai alternatif, anda juga boleh menggunakan sekurang-kurangnya satu perisian jenis Speech Engine atau Text/Screen Reader atau Text-to-speech (TTS). Speech engine adalah 'suara' yang dilontarkan oleh seseorang lelaki atau perempuan, yang akan bertutur dalam Bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain mengikut pilihan anda. Contoh perisian lain yang boleh digunakan ialah Microsoft Narrator yang tersedia dalam Windows 8/7/Vista dan komponen (Chrome extensionMicrosoft.

B) Pengguna buta warna

Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna disediakan di ruangan atas setiap halaman Portal Rasmi DBKL. Pengguna boleh memilih warna daripada pilihan warna yang disediakan dan warna tulisan pada Portal Rasmi DBKL akan berubah mengikut pilhan anda.

Screen Shot 2020-01-22 at 11.14.03 AM

C) Pengguna warga tua atau mempunyai rabun dekat / jauh

Bagi kategori ini, Portal Rasmi DBKL menyediakan kemudahan pilihan saiz teks yang berbeza. Pilihan saiz teks tersebut dipaparkan di ruangan atas setiap halaman Portal Rasmi DBKL. Pengguna boleh memilih samada untuk memilih saiz teks yang lebih besar atau lebih kecil, mengikut kesesuaian.

Screen Shot 2020-01-22 at 11.14.22 AM

 

D) Pengguna cacat anggota tangan dan kaki atau masalah kawalan motor saraf / deria sentuhan (motor and dexterity impairments)

  1. Portal ini boleh dilayari dengan tanpa menggunakan peranti tetikus (mouse), iaitu hanya menggunakan papan kekunci (keyboard) dengan menekan butang Tab dan anak panah (arrows) untuk bergerak di sekitar ruang dan elemen antaramuka portal dan menekan butang Enter atau Spacebar untuk memilih satu elemen antaramuka untuk berinteraksi atau sebagai pautan ke halaman kandungan portal yang lain.

  2. Portal ini juga boleh dilayari dengan menggunakan peranti tetikus (mouse) sahaja, dibantu dengan perisian tersedia Windows On-Screen Keyboard.

  3. Portal ini juga boleh dilayari dan diakses secara bunyi (audio) menggunakan alat microphone, dalam bentuk arahan pertuturan Bahasa Inggeris dengan cara jenis perisian (tools) Speech Recognition atau sekurang-kurangnya Speech-to-text menggunakan Teknologi Alat Bantuan (assistive technology) seperti perisian Windows Speech Recognition dan perisian komponen (Chrome extension) Speech Recognition Online Speechpad.pw

 

  • Dasar E-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan E-Penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). DBKL sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan DBKL untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

  • Objektif E-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Antara Saluran komunikasi yang digunakan adalah seperti Survei Atas Talian, Maklum Balas Pertanyaan, Undian, Emel dan Media Sosial DBKL.

  • Oleh yang demikian, DBKL amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

    1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
    2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
    3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
    4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
    5. Topik dan pautan ke laman web lucah adalah dilarang sama sekali.
    6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘Copyright Law’, ‘Trademark’, ‘Patent’ dan lain-lain.
    7. Dilarang menggunakan ruangan E-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, emel sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
    8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
    9. Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan E-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
    10. Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
    11. Pihak pentadbir ruangan E-Penyertaan berhak meminda Polisi E-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
    12. Sebagai peserta ruangan E-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat E-Penyertaan.

PENAFIAN :

Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan nanti selepas alih bahasa telah dibuat pengalihbahasaan secara automatik yang disediakan oleh Google. Ada kemungkinan proses penterjemahan tersebut berbeza dari maksud sebenar.

 

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada kandungan yang telah dialih bahasa menggunakan perisian pengalihbahasaan secara automatik.

 

Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

 

Sila pilih bahasa pilihan anda:

 

1. Bahasa Arab

 

2. Bahasa Cina (Ringkas)

 

3. Bahasa Tamil

Dasar Privasi

Privasi Anda

Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung.

 

Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

Maklumat Yang Dikumpul

Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari Portal Rasmi DBKL kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel atau pendaftaran yang merupakan bahagian yang dilindungi dalam Portal ini.

Apa Yang Berlaku Jika Saya Membuat Pautan Ke Laman Web Yang Lain

Portal Rasmi DBKL mempunyai pautan ke laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk Portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan Portal ini mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.

Dasar Keselamatan

Perlindungan Data

Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

Keselamatan Storan

Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

Hak cipta Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersil dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.