Jabatan Perancangan Fizikal
- Details
- Category: Jabatan Perancangan Fizikal
- Last Updated on Friday, 15 March 2013 11:18
SOALAN LAZIM |
|||||||||||||
PELAN STRUKTUR KUALA LUMPUR 2020 |
|||||||||||||
| 1. |
Apakah yang dimaksudkan pelan pembangunan?
|
||||||||||||
|
Pelan pembangunan berhubung dengan sesuatu kawasan,merujuk kepada Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan 1982, [Akta 267] adalah:
|
|||||||||||||
| a. | Pelan tempatan bagi kawasan itu; atau | ||||||||||||
| b. | Jika tiada pelan tempatan bagi kawasan itu, pelan struktur bagi kawasan itu. | ||||||||||||
| 2. |
Apakah Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL2020)?
|
||||||||||||
|
PSKL2020 ialah suatu kenyataan bertulis disertai dengan gambarajah, gambaran dan perihal-perihal lain yang mengandungi wawasan, matlamat, strategi, dasar pembangunan dan cadangan mengenai pembangunan dan kegunaan tanah Kuala Lumpur. Ia berwawasan menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya bertaraf dunia pada tahun 2020.
|
|||||||||||||
| 3. |
Bilakah PSKL2020 telah diwartakan?
|
||||||||||||
|
SKL2020 telah diluluskan oleh Menteri Wilayah Persekutuan pada 12 Ogos 2004 dan diwartakan pemakaiannya pada 4 November 2004.
|
|||||||||||||
| 3. | Apakah dokumen yang perlu dilampirkan kepada Dokumen Perjanjian untuk ditandatangani dan diberi nombor kontrak oleh Jabatan Undang-undang & Pendakwaan bagi Kontraktor/ Perunding di bawah nama individu? | ||||||||||||
| i. | Surat Tawaran dari DBKL, SUrat Pelantikan, Surat Pengesahan Pelantikan dan Surat Arahan Mula Kerja | ||||||||||||
| ii. | Jaminan Bank/Resit Bayaran Deposit | ||||||||||||
| iii. | Salinan Kad Pengenalan/dokumen pengenalan diri | ||||||||||||
| iv. | Surat Pengesahan Jabatan Pelaksana yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan tersebut | ||||||||||||
| 4. |
Di manakah orang awam boleh mendapatkan maklumat dan dokumen mengenai PSKL2020?
|
||||||||||||
|
Orang awam boleh mendapatkan maklumat dan dokumen PSKL2020 di Jabatan Pelan Induk, Tingkat 12, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Orang awam juga boleh mengetahui kandungan PSKL2020 melalui laman web www.dbkl.gov.my/pskl2020 |
|||||||||||||
| PELAN BANDAR RAYA KUALA LUMPUR 2020 | |||||||||||||
| 1. |
Apakah yang dimaksudkan Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 (Draf PBRKL2020)?
|
||||||||||||
|
Draf PBRKL2020 adalah pelan terperinci berasaskan lot yang menentukan zon gunatanah, intensiti pembangunan, kelas kegunaan dan garis panduan perancangan untuk kegunaan kawalan pembangunan.
|
|||||||||||||
| 2. |
Apakah dokumen-dokumen yang terdapat dalam Draf PBRKL2020?
|
||||||||||||
|
Dokumen-dokumen yang terdapat dalam Draf PBRKL2020 terdiri daripada:
|
|||||||||||||
| a. | Jilid 1 (Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020), | ||||||||||||
| b. | Jilid 2 (Bahagian 1-Pelan Kawalan Pembangunan KL 2008), | ||||||||||||
| c. | Jilid 2 (Bahagian 2-Peta Gunatanah dan Intensiti), | ||||||||||||
| d. | Jilid 4 (Kampong Bharu). | ||||||||||||
| 3. |
Di peringkat manakah orang awam dilibatkan oleh DBKL semasa penyediaan Draf PBRKL2020?
|
||||||||||||
|
Mengikut Akta 267, orang awam boleh menyuarakan pandangan dan bantahan selepas Draf PBRKL2020 disiapkan. |
|||||||||||||
|
Walau bagaimanapun pihak DBKL telah mengambil langkah awal dengan melibatkan wargakota Kuala Lumpur sebelum Draf PBRKL2020 disiapkan dengan mengadakan sesi taklimat bersama Persatuan-persatuan penduduk dan perbincangan kumpulan fokus (FGD) dari 7 Disember 2005 hingga 28 Mei 2006. |
|||||||||||||
|
Orang awam telah dilibatkan secara langsung selaras dengan Akta 267 semasa pelancaran Draf PBRKL2020 pada 15 Mei 2008. Pihak DBKL telah mengadakan sesi pameran daripada 15 Mei 2008 hingga 30 Ogos 2008. Dalam tempoh tersebut orang awam telah memberikan pandangan dan bantahan secara rasmi untuk untuk didengar Jawatankuasa Pendengaran Pandangan Awam (JKPPA). |
|||||||||||||
|
Walaupun tempoh bantahan telah berakhir pada 30 Ogos 2008, usaha-usaha DBKL dalam proses penglibatan awam tidak terhenti di peringkat pendengaran pandangan awam sahaja. Sehingga kini DBKL telah mengambil inisiatif untuk memaklumkan kepada orang awam dengan mengadakan bengkel dan mesyuarat dengan pihak-pihak berkepentingan berkenaan pindaan-pindaan yang sedang dibuat sebelum Draf PBRKL2020 dimuktamadkan. |
|||||||||||||
| 4. |
Berapakah bilangan bantahan atau pendengaran awam yang diterima dan dipertimbangkan semasa tempoh pendengaran awam?
|
||||||||||||
|
Mengikut statistik pandangan awam Draf PBRKL2020 sebanyak 5,052 representasi diterima dan sebanyak 62,224 pandangan telah dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Pendengaran Pandangan Awam (JKPPA). |
|||||||||||||
| 5. |
Bilakah Jawatankuasa Pendengaran Pandangan Awam (JKPPA) mengemukakan Laporan Pendengaran dan Pertimbangan Awam kepada Datuk Bandar?
|
||||||||||||
|
JKPPA telah mengemukakan Laporan Pendengaran dan Pertimbangan Pandangan Awam secara rasmi kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 20 Oktober 2009. |
|||||||||||||
| 6. |
Apakah status terkini penyediaan Draf PBRKL2020?
|
||||||||||||
|
Kini DBKL sedang membuat pindaan Draf PBRKL2020 berdasarkan kepada syor JKPPA, maklum balas-maklum balas daripada sesi bengkel dan dasar-dasar terkini daripada pihak kerajaan. |
|||||||||||||
| 7. |
Di manakah orang awam boleh mendapatkan maklumat dan dokumen mengenai Draf PBRKL2020?
|
||||||||||||
|
Orang awam boleh mendapatkan maklumat dan dokumen Draf PBRKL2020 di Jabatan Pelan Induk, Tingkat 12, Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Orang awam juga boleh mengetahui kandungan Draf PBRKL2020 melalui laman web iaitu http://klcityplan2020.dbkl.gov.my |
|||||||||||||
- Details
- Category: Jabatan Perancangan Fizikal
- Last Updated on Friday, 15 March 2013 11:15
MUAT TURUN
|
|||
| Seminar Makluman Awam Pindaan Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 pada 27 Mac 2012 | |||
| KERTAS | PERKARA | DARI | MUAT TURUN |
| Kertas 1 | Pindaan Draf PBRKL 2020 |
AJM Planning and Urban Design Group Sdn. Bhd. |
Muat Turun |
| Kertas 2 |
Peta Rangkaian Pejalan Kaki Dalam Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur Perancangan Siarkaki Dalam Pusat Bandar |
Jabatan Pengangkutan Bandar ,DBKL | |
| Kertas 3 | Taman-Taman dan Jalinan Hijau | Jabatan Lanskap dan Rekreasi, DBKL | Muat Turun |
| Kertas 4 | Blue Corridor, River of Life | Jabatan Perancangan Fizikal, DBKL | Muat Turun |
| Kertas 5 | Penambahbaikan Kawasan Industri | AJM Planning and Urban Design Group Sdn. Bhd. | Muat Turun |
| Kertas Kerja Siri Kedua : Bengkel Merealisasikan Pengangkutan Awam Mesra Rakyat | |||
| KERTAS | PERKARA | DARI | MUAT TURUN |
| Kertas 1 |
Draf Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020
- Impak dan Perancangan Bandar
Pengangkutan Bersepadu
|
Pengarah Urusan AJM Planning and Urban
Design Group Sdn Bhd (Puan Norliza
Hashim)
|
|
| Kertas 2 |
National Key Result Area –Urban Public
Transport (NKRA – UPT) – Initiatif
kerajaan untuk meningkatkan
penggunaan pengangkutan awam,
penguatkuasaan dan peraturan lalulintas
|
Ketua Penyelaras Unit NKRA-UPT, MOT
(Puan Ruhaizah Mohamed Rashid)
|
Muat Turun |
| Kertas 3 |
Penguatkuasaan ke atas kenderaan
persendirian, komersial dan
pengangkutan awam oleh pelbagai
agensi penguatkuasa
|
Pegawai Penguatkuasa Jabatan
Pengangkutan Jalan (Ab. Hadi Mat Hassan)
Polis Diraja Malaysia (DSP Ng Fook Long)
Pengarah JKP, DBKL (En. Rolan Abdul
Rahman)
|
|
| Kertas 4 | Pengurusan lalulintas di Kuala Lumpur |
Pengarah Jabatan Pengangkutan Bandar
DBKL (Dr Leong Siew Mun)
|
Muat Turun |
| Kertas 5 |
Rancangan mempertingkatkan sistem
pengangkutan awam di Lembah Klang
oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad
(Prasarana)
|
Pengarah Kumpulan Prasarana ( En. V.
Ravindran) , Ketua Pegawai Operasi Rel
(En. Nor Hassan Ismail) , Ketua Pegawai
Operasi Bas (Y. Bhg. Dato’ Mohamed
Hazlan Mohamed Hussain)
|
|
| Kertas 6 |
Pengalaman Singapura dalam merancang
dan melaksanakan sistem pengangkutan
awam
|
Deputy Director, Land Transport Authority,
Singapore (Mr. Choi Chik Cheong)
|
Muat Turun |
| Kertas 7 |
Peranan Suruhanjaya Pengangkutan
Awam Darat (SPAD) dalam sektor
pengangkutan awam
|
Ketua Pegawai Eksekutif SPAD (En. Mohd
Nur Ismal bin Mohamed Kamal)
|
Muat Turun |
| Kertas Kerja Siri Ketiga : Bengkel Makluman Awam Dan Pihak Berkepentingan Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 Tema : Kehijauan Dan Kualiti Hidup Bandar Raya |
|||
| KERTAS | PERKARA |
DARI
|
MUAT TURUN |
| Kertas 1 | Perancangan Kawasan Lapang DPBRKL2020 |
Pengarah Urusan AJM Planning and Urban
Design Group Sdn Bhd (Puan Norliza
Hashim)
|
Muat Turun |
| Kertas 2 | Pelan Rangkaian Pejalan Kaki, Jaringan Hijau Dan Koridor Sungai |
Pengarah Urusan AJM Planning and Urban
Design Group Sdn Bhd (Puan Norliza
Hashim)
|
Muat Turun |
| Kertas 3 | Pelan Rangkaian Pejalan Kaki Bersepadu Pusat Bandar Kuala Lumpur |
Pengarah
Jabatan Pengangkutan Bandar,DBKL
(Ir.Dr.Leong Siew Mun)
|
Muat Turun |
| Kertas 4 | Garis Panduan lanskap dan Perancangan Taman-Taman Awam |
Pengarah
Jabatan Seni Taman dan Kawalan Pembersihan Bandar,DBKL
(Tn. Hj. Saharudin bin Mohd Noh)
|
Muat Turun |
| Kertas 5 | Pembangunan dan Pengurusan Penjaja dan Peniaga Kecil |
Timbalan Pengarah
Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Peniaga Kecil
(Encik Ibrahim bin Yusuff)
|
Muat Turun |
| Kertas Kerja Siri Keempat : Bengkel Makluman Awam Dan Pihak Berkepentingan Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 Tema : Ke Arah Kualiti Alam Sekitar Mampan |
|||
| KERTAS | PERKARA - PENGURUSAN SISA PEPEJAL |
DARI | MUAT TURUN |
| Kertas 1 | Perancangan Mesra Alam dan Infrastruktur Hijau |
Pengarah Urusan AJM Planning and Urban
Design Group Sdn Bhd (Puan Norliza
Hashim)
|
Muat Turun |
| Kertas 2 | Pengurusan Sisa Pepejal |
Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal
(Datuk Zaini B. Md. Nor)
|
Muat Turun |
| Kertas 3 | Pengurusan Sisa Pepejal-3R |
Agensi Nuklear Malaysia
(En.Sivapalan Kathiravale)
|
Muat Turun |
| Kertas 4 |
Pengurusan Sisa Pepejal-3R
|
Alam Flora Sdn. Bhd.
(Pn. Sarifah Yaacob)
|
Muat Turun |
| Kertas 5 |
Amalan Terbaik Dalam Pengurusan Sisa Pepejal-Pengalaman Denmark
|
Danish International Development Assistant (Mr. Ib Larsen) | Muat Turun |
| Kertas 6 |
Penguatkuasaan Alam Sekitar
|
Jabatan Kesihatan,DBKL
(En. Ab.Rahman B.Hj. Zainal)
|
Muat Turun |
| Kertas 7 |
Pembelajaran Di Dalam Pembangunan Bandar Hijau
|
Malaysian Green Technology Corporation
(En.Ahmad Zairin Ismail)
|
Muat Turun |
| Kertas 8 |
Green Building-Energy Efficient Building
|
Malaysian Green Building Confederation (MGBC)
Ar.Von Kok Leong
|
Muat Turun |
| Kertas 9 | Pengurusan Air Hujan-Rain Water Harvesting |
Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NHRIM)
(Tn.Hj.Jabir Bin Kardi)
|
Muat Turun |
| Kertas 10 | Sistem pembentungan Bersepadu |
Indah Water Konsortium (IWK)
(En.Morthan Athikesu)
|
Muat Turun |
- Details
- Category: Jabatan Perancangan Fizikal
- Last Updated on Tuesday, 16 April 2013 15:44
- Details
- Category: Jabatan Perancangan Fizikal
- Last Updated on Friday, 15 March 2013 11:14
BERITA |
||
| 1. | SEMINAR MAKLUMAN AWAM PINDAAN DRAF PELAN BANDAR RAYA KUALA LUMPUR 2020 | |
|
|
||
| Pada 27 Mac 2012, Jabatan Perancangan Fizikal (JPF) telah mengadakan Seminar Makluman Awam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Ianya telah disertai oleh pihak yang kepentingan seperti agensi kerajaan, pihak pemaju, persatuan penduduk, pertubuhan profesional, pertubuhan bukan kerajaan, ahli akedemik, individu dan lain-lain yang berkaitan. Datuk Bandar Kuala Lumpur Yg. Bhg. Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail telah merasmikan seminar ini. | ||
|
Objektif atau tujuan seminar ini diadakan adalah bagi memaklumkan kepada orang awam terutamanya pihak yang berkepentingan mengenai pindaan-pindaan yang telah dibuat terhadap DPBRKL2020 sebelum pelan ini diwartakan pemakaiannya. Ianya juga bagi memaklumkan kepada pihak awam mengenai cadangan dan perancangan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan oleh DBKL berkaitan dengan topik-topik bengkel. Seterusnya ia juga bagi memastikan kerjasama dengan agensi-agensi pemberi perkhidmatan lain yang berkaitan berkongsi tentang perancangan dan pelaksanaan masing-masing dalam memberi khidmat kepada warga kota. Dengan ini, warga kota Kuala Lumpur akan lebih memahami perancangan serta tindakan semasa dan akan datang, dan ini membolehkan warga kota akan lebih prihatin kepada perkembangan pembangunan bandar raya Kuala Lumpur. |
||
|
|
||
|
Sebanyak 5 kertas kerja telah dibentangkan sepanjang satu hari seminar ini berlangsung yang dibentangkan oleh perunding AJM Planning and urban design sdn bhd., dan jabatan-jabatan dalaman DBKL iaitu Jabatan Pengangkutan Bandar, Jabatan Lanskap dan Rekreasi dan Jabatan Perancangan Fizikal. Kertas kerja yang telah dibentangkan boleh dirujuk di bahagian muat turun. |
||
![]() |
|
|
| 2. |
BENGKEL TAKLIMAT MAKLUMAN AWAM PROJEK PENGINDAHAN MEDAN PASAR |
|
|
Pada 19 Mac 2012 Jabatan Perancangan Fizikal (JPF) telah mengadakan Bengkel Taklimat Makluman Awam Projek Pengindahan Medan Pasar di bawah Program NKEA Greater KL/ Klang Valley di Dewan Auditorium Aras Basement, Perpustakaan Kuala Lumpur. |
||
|
Acara ini adalah salah satu dari Entry Points Programme (EPP) untuk Iconic Places. Ia bertujuan untuk memaklumkan mengenai cadangan yang akan dilaksanakan di kawasan Medan Pasar di samping untuk mendapatkan maklumbalas dan pandangan orang awam serta pemilik dan pengusaha perniagaan di kawasan Medan Pasar. |
||
|
Kerja-kerja penambahbaikan dan pengindahan untuk kawasan Medan Pasar juga adalah untuk mencapai hasrat kerajaan bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara. EPP7- Iconic Places adalah salah satu dari 4 EPP yang diterajui oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur. |
||
![]() |
|
|
- Details
- Category: Jabatan Perancangan Fizikal
- Last Updated on Friday, 15 March 2013 11:13
ACARA |
|||||
Objektif |
|||||
| 1.0. | Program Bengkel FGD Kampung Tradisional. | ||||
|
|
|||||
|
Peringkat Bengkel |
Sasaran Pelaksanaan Bengkel |
Topik Perbincangan Bengkel |
Hasil Bengkel | ||
| Bengkel FGD 1 |
18-19 Januari 2012 (telah dilaksanakan) |
Pengenalan kajian / perunding Mengenalpasti isu / masalah / potensi yang dialami oleh penduduk |
Laporan Pendekatan Kajian Penentuan skop dan kaedah penyediaan DGP Penemuan utama berdasarkan analisis, kajian lapangan dan FGD Rumusan isu dan cadangan awal Pelan sempadan kampung |
||
| Bengkel FGD 2 |
10-11 Mac 2012 (telah dilaksanakan) |
Perbincangan mengenai konsep dan komponen pembangunan yang diinginkan oleh penduduk. Perunding profesional akan memandu perbincangan berdasarkan kepada penemuan di peringkat FGD 1 |
Kursus Mengenai Pembangunan Tanah dan Kaedah Perancangan Di DBKL Draf Awal Konsep pembangunan setiap kampung Perincian komponen pembangunan, jenis, kepadatan, ketinggian dan lokasi cadangan. |
||
| Bengkel FGD 3 | akan dimaklumkan kelak
|
Perbincangan mengenai perincian komponen pembangunan dan kaedah pelaksanaan secara bersama. |
Draf Akhir Perincian komponen pembangunan, jenis, kepadatan, ketinggian dan lokasi cadangan. Garis panduan dan kawalan pembangunan Kaedah pelaksanaan projek dan program |
||
| Bengkel FGD 4 | akan dimaklumkan kelak |
Membentangkan kepada peserta FGD hasil cadangan, kaedah pelaksanaan dan keseluruhan cadangan akhir . |
|||














