Isnin, 1 September 2014 [ 9:35:58pm ]
A- A A+

Default ThemeGreen ThemeRed ThemeYellow Theme

Seksyen Khidmat Pelanggan

on . Posted in Khidmat Pelanggan

 

Seksyen Khidmat Pelanggan DBKL diwujudkan bagi membantu dan memudahcara setiap pelanggan yang berurusan dengan DBKL dalam mendapatkan perkhidmatan, maklumat dan khidmat nasihat.

Seksyen Khidmat Pelanggan DBKL mempunyai 4 buah kaunter khidmat pelanggan termasuk 1 kaunter pertanyaan seperti di jadual di bawah:

  1. Kaunter 1 : Jabatan Pelesenan & Pengurusan Penjaja

  2. Kaunter 2 - 4 : Jabatan Perancangan Korporat

 

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI SETIAP KAUNTER

 

Jabatan Pelesenan & Pengurusan Penjaja

  1. Menyediakan borang-borang untuk mendapatkan lesen menjaja dan panduan untuk mendapatkan lesen berkenaan.
  2. Memberi khidmat nasihat dan menerima surat yang dihantar ke jabatan.
  3. Memberi memo untuk kebenaran masuk bagi orang awam yang berurusan dengan pegawai di jabatan.

 

Jabatan Perancangan Korporat

  1. Memantau Seksyen Khidmat Pelanggan dari segi petugas, kebersihan dan keperluan yang disediakan.
  2. Menerima aduan secara bersemuka, telefon, e-mel dan surat.
  3. Menyediakan maklumat terkini berkaitan DBKL.
  4. Menguruskan borang maklumbalas pelanggan (BMP) yang diedarkan ke setiap jabatan di DBKL.
  5. Menerima surat yang dihantar ke jabatan, Pejabat Datuk Bandar dan Pejabat Ketua Pengarah.
  6. Memberi memo untuk kebenaran masuk bagi orang awam yang berurusan dengan pegawai di jabatan, Pejabat Datuk Bandar dan Pejabat Ketua Pengarah.