Ahad, 20 April 2014 11:20:26

Bisnes

 

Makluman Saluran Bayaran Cukai Taksiran

Pembayaran Cukai Taksiran sebelum 28 Februari (Penggal Pertama) dan 31 Ogos (Penggal Kedua)setiap tahun.

Bayaran boleh dibuat melalui:

i. Bayaran POS kepada Bendahari DBKL
ii.

Kaunter-kaunter DBKL

iii.

Kaunter MPPJ, Perbadanan Putrajaya, Pejabat Tanah & Galian KL, TNB, SYABAS, POS Malaysia, Bank Islam, AMBANK, BSN

iv.

Perbankan Internet (Maybank2u, CIMB Clicks, Citibank, Bank Islam, Public Bank, AMbank, Bank Rakyat, HSBC, RHB, MBF Cards)

v.

E-Services (www.myeg.com.my)

vi. myBayar (www.malaysia.my)
vii. myMobile DBKL (*500888#)


Perkhidmatan MyMobile

Pembayaran Cukai Pintu menggunakan telefon bimbit anda. Mudah dan Selamat dengan MyMobile DBKL.

- Layari Laman myMobile DBKL untuk mengetahui langkah-langkah terperinci di sini!

 

 

 

 

 

MyMobile : Pembayaran Cukai Taksiran Melalui Aplikasi MyMobile

 

Pengenalan

i. MyMobile - Perkhidmatan yang membolehkan pengguna melakukan transaksi perbankan daripada mana-mana model telefon mudah alih.
ii.

Dibangunkan oleh anak syarikat Bank Negara Malaysia, Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (MyClear).

iii.

Jika urus niaga perbankan sebelum ini hanya boleh dilaksanakan menerusi telefon pintar dan komputer, melalui MyMobile membolehkan pelanggan melakukan traksaksi menggunakan telefon mudah alih biasa.

iv.

Menggunakan konsep USSD (Unstructured Supplementary Service Data). Tidak seperti SMS, perkhidmatan USSD berasaskan sesi.


Perkhidmatan MyMobile

Melalui MyMobile, pengguna boleh melakukan transaksi berikut:

 i.

Pengurusan Akaun (Account Management)-Semakbaki akaun dansejarah transaksi

ii.

Pindahan Wang (Fund Transfer)- Pindahanwangke akaun banksendiri ataulain-lain akaun

iii.

Mobile Transfer-Menghantar dan menerimawangmelalui telefon bimbit

iv.

Pembayaran Bil–pembayaran bil. Contoh bayaran cukai taksiran DBKL.

v.

Tambah Nilai Prabayar Telefon Bimbit

vi.

Pengurusan Kad Kredit

vii.

Pengurusan Cek


Bank dan Syarikat Telekomunikasi yang terlibat

i.

Bank yang terlibat adalah Maybank Berhad, CIMB Berhad dan Public Bank Berhad

ii.

Syarikat Telekomunikasi: Maxis, Digi dan Celcom


Ciri Perkhidmatan MyMobile

i.

Pengguna perlu daftar perkhidmatan myMobile terlebih dahulu dengan bank (Maybank, Public Bank, CIMB Bank)

ii.

Penggunahanya perlumengingatisatu nombor: *500*888#untuk mengaksesbanyak banktanpa perluuntuk memuat turunapa-apa permohonantertentu.

iii.

 Akses Internettidak diperlukan


Cara Penggunaan MyMobile

 a)

Pendaftaran

i.Pendaftaran MyMobile dengan bank

         
  ii.Selepas pendaftaran berjaya, dail *500*888# untuk membuat transaksi menggunakan MyMobile
   
b) Cara Pembayaran Cukai Taksiran DBKL
   
  1. Dail *500*888#
  2. Pilih bank (bank yang telah didaftarkan)
  3. Masukkan nombor pin
  4. Pilih "Bill Payment"
  5. Pilih "Government Agencies"
  6. Pilih "DBKL"
  7. Pilih "Cukai Taksiran"
  8. Masukkan No. AKaun Cukai Taksiran
  9. Masukkan Jumlah Bayaran
  10. Pilih akaun untuk buat bayaran
  11. Pengesahan bayaran
  12. Terima notifikasi transaksi

 

Ciri-Ciri Keselamatan MyMobile

 i.

6 digit m-PIN yang dipilih oleh pengguna diperlukan untuk akses setiap perkhidmatan MyMobile untuk pengesahan pengguna

 ii.

Urus niaga melalui USSD semasa sesi tidak disimpan di dalam telefon. Oleh itu, mengurangkan risiko data yang dicuri sekiranya telefon hilang.

 iii. Sesi USSD akan log off secara automatik jika telah tiada aktiviti selama lebih daripada 2minit.
 

Caj Perkhidmatan

RM 0.20 bagi setiap sesi (4 minit)


Impak Pelaksanaan MyMobile

i.

Kearah ‘Zero Visit Counter’

ii.

Transaksi 24 x 7, mudahdancepat

     
 Maklumat lanjut, sila layari http://myclear.org.my/mymobile

ADUAN AWAM

Tujuan ianya diadakan adalah untuk membantu wargakota menyelesaikan aduan dan masalah mereka yang berkaitan dengan perkhidmatan DBKL. Perlaksanaan program ini diyakini dapat membantu membudayakan amalan layanan mesra pelanggan dan seterusnya meningkatkan lagi imej DBKL secara keseluruhannya.

 

Sehubungan dengan itu, wargakota yang mempunyai sebarang aduan, pertanyaan mahupun permohonan yang berkaitan dengan DBKL adalah dijemput hadir.

Borang

 
folder
Jabatan Kewangan
 
     
folder
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
 
     
folder
Jabatan Perancangan Bandar
 
     
folder
Jabatan Perancangan Ekonomi & Penyelarasan Pembangunan
 
folder
Jabatan Pengangkutan Bandar
 
folder
Jabatan Rekabentuk Bandar dan Bangunan
 
folder
Pejabat Cawangan
 
     
 
 

mySMS ADUAN KESIHATAN

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Jabatan Kesihatan mengadakan Majlis Pelancaran Sistem Aduan SMS dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Kebersihan Restoran dan Tandas Awam 2010 pada 11 November 2010.

    Bertempat di Restoran Sri Melayu, Jalan Conlay, majlis pelancarannya disempurnakan oleh Yang Berhormat Raja Nong Chik Dato’ Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar. Turut hadir ialah Yang Berbahagia Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail, Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Yang Berbahagia Datuk Salleh Yusop, Ketua Pengarah DBKL.

    Dalam ucapan perasmiannya, Yang Berhormat Dato’ Raja Nong Chik berkata, pelaksanaan sistem aduan SMS ini diwujudkan untuk menggalakkan warga kota khususnya pengusaha premis makanan menitikberatkan kebersihan secara konsisten. ”Kebersihan adalah agenda utama DBKL dalam usaha menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya bertaraf dunia. Kita ingin melonjakkan taraf ekonomi negara, tetapi aspek kebersihan sering diabaikan”, katanya lagi.

   Sementara itu, beliau turut berpeluang menyampaikan hadiah kepada para pemenang bagi kategori tandas awam stesyen minyak, tandas awam kategori kompleks, serta restoran terbersih mengikut beberapa kategori.