TINJAUAN BELANJAWAN 2026 DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR - DITUTUP
"Terima kasih atas kerjasama semua pihak yang telah menjayakan Tinjauan Belanjawan 2026 DBKL atas talian ini.
Input anda amat dihargai dan akan menjadi panduan dalam membentuk keputusan yang lebih baik dan inklusif.
Usaha bersama ini mencerminkan komitmen kita terhadap pembangunan Kuala Lumpur yang lebih progresif.
Sekali lagi, penghargaan yang setinggi-tingginya diucapkan kepada semua yang terlibat."Dewan Bandaraya Kuala Lumpur merupakan sebuah organisasi yang mentadbir bandar raya Kuala Lumpur.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Pelbagai program melibatkan pembangunan fizikal, sosio-ekonomi, kawalan perancangan dan perkhidmatan perbandaran dilaksanakan secara terancang dengan tadbir urus yang cemerlang untuk mencapai kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan warga kota berteraskan peruntukan undang – undang yang sedia ada.
Oleh itu DBKL mempelawa semua warga kota untuk mengemukakan idea dan cadangan bagi penyediaan Belanjawan DBKL 2026 melalui portal ini.