133 Pemenang Hadiah Bonanza Cukai Taksiran DBKL

Seramai 133 orang pembayar cukai taksiran berjaya memenangi hadiah Bonanza Cukai Taksiran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Tahun 2024. YBrs. Encik Ismadi bin Sakirin, Pengarah Eksekutif Pembangunan Sosioekonomi menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada satu majlis yang diadakan pada hari ini di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut.

Inisiatif menganjurkan Bonanza Cukai Taksiran DBKL 2024 merupakan salah satu cara pihak DBKL menghargai pemilik harta yang membayar cukai taksiran dan tidak mempunyai sebarang tunggakan. Selain itu, ia juga merupakan tarikan kepada pemilik akaun yang mempunyai tunggakan untuk menjelaskan cukai taksiran mereka.

Kereta, motorsikal, basikal elektrik, tablet, dinar emas serta pelbagai barangan elektrik merupakan antara hadiah yang ditawarkan dengan anggaran keseluruhan hadiah bernilai RM 390,000.

Untuk rekod, para pemenang telah dipilih melalui sesi cabutan yang telah disiarkan secara langsung di Facebook Rasmi DBKL pada 21 Mac 2024.

DBKL ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pemilik harta di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah memberi komitmen untuk menjelaskan bayaran cukai taksiran pada setiap tahun. Ia merupakan nadi kepada pelaksanaan pembangunan dan pengurusan bandaraya Kuala Lumpur yang lebih cekap dan efisien.

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | 133 Pemenang Hadiah Bonanza Cukai Taksiran DBKL

Previous KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Berkenan Bercemar Duli Berangkat Ke Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Komuniti Kuala Lumpur 2024

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

2058525
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

04-05-2024

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | 133 Pemenang Hadiah Bonanza Cukai Taksiran DBKL
Skip to content