Menyediakan perundangan yang progresif dan efisien bagi membantu Datuk Bandar Kuala Lumpur ke arah menjadikan Bandaraya Kuala Lumpur bandaraya bertaraf dunia.
Menjaga kepentingan Datuk Bandar Kuala Lumpur dari segi undang-undang.
Jabatan Undang-Undang & Pendakwaan ditubuhkan dengan objektif berikut :
1. Menjaga kepentingan Datuk Bandar Kuala Lumpur sebagai sebuah Perbadanan Tunggal dan Pihak Berkuasa Tempatan dari segi undang-undang dalam semua transaksi dan dokumentasi perundangan.
2. Memberi perkhidmatan yang cekap kepada pelanggan-pelanggan dengan menjangkakan isu-isu perundangan dan membantu pentadbiran menyelesaikan isu-isu / masalah berdasarkan amalan pengurusan dan perundangan yang baik.
Jabatan Undang-Undang & Pendakwaan dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi perundangan untuk pengurusan pentadbiran Bandar Raya Kuala Lumpur yang lebih mantap dan berkesan seperti berikut:
1. Memberi nasihat undang-undang kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur dan jabatan-jabatan di dalam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
2. Penggubalan dan penyemakan semua perundangan yang dikuatkuasakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.
3. Menyediakan dokumen-dokumen kontrak dan instrumen-instrumen perundangan.
4. Menjalankan pendakwaan berkaitan dengan kesalahan-kesalahan di bawah undang-undang yang dikuatkuasakan oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur.
5. Menyelaraskan dan meneliti kes-kes berkaitan tuntutan sivil.
6. Menjalankan siasatan ke atas kesalahan-kesalahan am, penjajaan, hiburan dan hotel, teknikal bangunan dan perancang serta tunda kenderaan yang termaktub di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Hiburan (WPKL) 1992, Akta Hotel (WPKL) 2003, Akta Perancangan (WPKL) 1982, Akta Pengangkutan Jalan 1987 serta subsidiari di bawah akta-akta tersebut bagi tujuan melengkapkan kertas siasatan yang berkualiti untuk tindakan pendakwaan ke mahkamah.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
03 2698 0460
Kemaskini terakhir:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
03 2698 0460