Jaringan Antarabangsa & Bandar Raya Berkembar

Kuala Lumpur melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempunyai pelbagai kerjasama antarabangsa dengan beberapa bandar raya dan jaringan antarabangsa. Antara kerjasama tersebut adalah seperti berikut: –

Jaringan Antarabangsa

Metropolis
Metropolis merupakan satu jaringan global bandar raya utama dan bandar metropolitan. Platform ini membolehkan pihak berkepentingan bandar berhubung, berkongsi pengalaman mengenai isu-isu global dan menjadikan platform lokasi perkongsian pengalaman dan kepakaran dalam pengurusan bandar. Topik perbincangan berkisar mengenai kepimpinan global, inovasi bandar dan isu kesaksamaan jantina. Aktiviti diadakan melalui kongres, mesyuarat tahunan, peningkatan kapasiti pengetahuan dan kemahiran melalui observatories, Urban Sustainable Exchange(USE), city community managers, projek perintis, pembelajaran dan latihan serta kolaborasi. Sekretariat Metropolis berpusat di Barcelona, Sepanyol. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.metropolis.org.
CityNet
CityNet merupakan jaringan antarabangsa yang melaksanakan aktiviti bersama pihak berkepentingan bandar di bandar raya- bandar raya di rantau Asia Pasifik dengan misi ke arah bandar yang mampan dan berdaya tahan. Aktiviti dilaksanakan melalui 4 kluster iaitu Kluster Matlamat Pembangunan Mampan, Kluster Bencana, Kluster Perubahan Iklim dan Kluster Insfrastruktur. Penubuhan dan pelaksanaan aktiviti CityNet mendapat sokongan UNESCAP, UNDP dan UN- HABITAT. Pihak berkepentingan bandar raya dalam CityNet selain daripada bandar raya terdiri daripada NGO, syarikat, institusi penyelidikan. Presiden dan Sekretariat CityNet berpusat di Seoul, Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari citynet-ap.org.
UCLG ASPAC
United Cities and Local Governments Asia Pacific (UCLG ASPAC) merupakan jaringan antarabangsa yang memperkembangkan hubungan kerjasama di antara agensi kerajaan melalui advokasi, pembangunan kapasiti, pengurusan penyelidikan & pengetahuan, pembangunan projek & pengurusan melalui kolaborasi bandar- bandar di Asia Pasifik. Presiden adalah Datuk Bandar Surabaya dan sekretariat UCLG ASPAC berpusat di Jakarta, Indonesia. Untuk maklumat lanjut, sila layari uclg-aspac.org.
C40 Cities Climate Leadership Group (C40)
C40 ditubuhkan pada Oktober 2005. C40 merupakan jaringan antarabangsa melibatkan bandar-bandar utama yang mewakili 700+ ahli, yang komited menangani isu berhubung perubahan iklim. C40 menyokong bandar-bandar antarabangsa dengan mendorong kolaborasi yang berkesan, berkongsi amalan terbaik yang efektif dan mendorong bandar ke arah tindakan perubahan iklim yang bermanfaat, mampan dan boleh diukur. Sekretariat beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat, manakala pejabat serantau adalah di Singapura. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.c40.org
Global Covenant of Mayors for Climate and Energy (GCoM)
Global Covenant of Mayors for Climate and Energy (GCoM) merupakan ikrar Datuk Bandar/Governor antarabangsa yang komited ke arah mengurangkan gas rumah kaca (GHG-Greenhouse Gas) dan meningkatkan daya tahan bandar terhadap perubahan iklim. Lebih daripada 10,539 bandar (139 negara) telah menandatangani ikrar ini. GCoM mengadakan kerjasama dengan pelbagai rakan kolaborasi melalui pelbagai jaringan antarabangsa antaranya Bloomberg, European Commission. Climate Alliance. Sekretariat GCoM beribu pejabat di Bruxelles, Belgium. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.globalcovenantofmayors.org
Council Promotion of Tourism in Asia (CPTA)
Council Promotion of Tourism in Asia (CPTA) merupakan jaringan antarabangsa yang memberi tumpuan kepada kempen promosi pelancongan. 10 bandar raya dalam jaringan ini melibatkan Kuala Lumpur, Malaysia;  Bangkok, Thailand; Delhi, India; Hanoi, Vietnam; Jakarta, Indonesia; Manila, Filipina; Seoul, Korea, Taipei, Taiwan; Tomsk, Russia; dan Tokyo, Jepun. Sekretariat beribu pejabat di Tokyo, Jepun. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.welcomeasia.jp
ASEAN Smart Cities Network (ASCN)
ASCN merupakan platform kerjasama beberapa buah bandar dari setiap negara ASEAN bergerak ke arah matlamat pembangunan bandar pintar dan mampan untuk menambahbaik kehidupan penduduk dengan menggunakan teknologi. Wakil Malaysia di peringkat Persekutuan adalah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan wakil bandar di Malaysia yang terlibat dalam jaringan kerjasama ini adalah Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.
ASEAN Senior Officials’ Meetings (SOM) /Meeting Of Governors/Mayors Of ASEAN Capital (MGM)
ASEAN SOM/MGM merupakan platform perbincangan, pertukaran pandangan dan pendapat serta pengalaman berkaitan hal-hal perbandaran di antara bandar raya-bandar raya ASEAN sesama Datuk Bandar/ Governor ASEAN. SOM diadakan sebelum MGM. SOM diadakan bagi meneliti perincian lanjut dan bergerak ke arah persediaan MGM. Platform perbincangan ini melibatkan ibu negara bandar raya ASEAN iaitu Kuala Lumpur, Malaysia; Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam; Jakarta, Indonesia; Vientiane Capital, The Lao People’s Democratic Republic; Singapura; Bangkok, Thailand; Hanoi, Viet Nam; Phnom Penh, Cambodia; Manila, Filipina; dan Naypyidaw, Myanmar. Platform ini mula dianjurkan oleh Jakarta, Indonesia pada 2013 dan pusingan penganjur SOM/MGM adalah ibu kota yang memegang chairmanship ASEAN.

Bandar Raya Berkembar

Ankara, Turki

Proklamasi Bandaraya Kuala Lumpur dan Bandaraya Ankara sebagai Bandaraya Berkembar telah ditandatangani oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, YBhg. Tan Sri Elyas bin Omar dan Datuk Bandar Ankara, TYT Suleyman Onder pada 1 Februari 1984 di Kuala Lumpur. Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara Datuk Bandar Ankara, H. E Murat Karayaician dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Elyas bin Omar pada 25 Jun 1990 di Kuala Lumpur. Antara kandungan Memorandum Persefahaman adalah seperti berikut:-

i) Perkongsian kepakaran mengenai perancang bandar, perumahan, dan isu-isu alam sekitar;

ii) Mengalakkan lawatan sambil belajar bagi meninjau dan mengumpul maklumat mengenai projek yang dilaksanakan di kedua-dua bandaraya; dan

iii) Mengadakan aktiviti-aktiviti kebudayaan bagi memupuk dan meningkatkan pengetahuan serta kefahaman antara penduduk di kedua-dua buah bandaraya.

Chennai, India

Kerajaan Malaysia diwakili oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Kerajaan India diwakili oleh Corporation of Chennai telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada 25 November 2010 dengan Hasrat untuk memperkukuhkan hubungan dan meningkatkan kerjasama di antara dua bandar raya tersebut. Antara kandungan Memorandum Persefahaman adalah seperti berikut:–

i) Mengadakan kajian dan aktiviti bersama dalam bidang pengurusan bandar;

ii) Pertukaran kepakaran;

iii) Perkongsian maklumat, pengalaman, pengetahuan dalam kolaborasi melalui program latihan, seminar dan lawatan;

iv) Mengadakan dialog dan mesyuarat bagi membincangkan isu yang mendatangkan kebaikan kepada kedua-dua bandar raya.

Casablanca, Morocco

Hubungan kerjasama antara Bandaraya Kuala Lumpur dengan Bandaraya Casablanca, Morocco diusul oleh Naib Datuk Bandar Casablanca, Mr, Ahmad Kadiri semasa beliau melawat Kuala Lumpur pada Januari 1989. Cadangan mewujudkan Bandaraya Berkembar melalui Memorandum Persefahaman (MoU) telah dipersetujui oleh Y.A.B Perdana Menteri pada 12 Januari 1990. Hasrat (Letter of Intent) mewujudkan Bandaraya Berkembar telah ditandatangani pada 31 Mei 1991. Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Casablanca & Kuala Lumpur telah ditandatangani pada 11 Julai 1992 di Casablanca. Antara kandungan Memorandum Persefahaman adalah seperti berikut:-

i) Pertukaran kepakaran di dalam pengurusan bandaraya;

ii) Perdagangan & pelancongan;

iii) Pentadbiran dan informasi;dan

iv) Kebudayaan & kesenian, belia dan sukan

Esfahan, Iran
Kerjasama Esfahan dan Kuala Lumpur adalah susulan pengesyoran oleh mantan Perdana Menteri ke Esfahan untuk mengadakan hubungan bandar raya berkembar pada  18 April 1993.Cadangan tersebut dipersetujui  oleh mantan Perdana Menteri pada 15 Julai 1993, disusuli dengan Hasrat (Letter of Intent) telah ditandatangani di antara Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Dr. Mazlan bin Ahmad dengan Datuk Bandar Esfahan, H.E Hamid Reza Azimian pada 18 Ogos 1993 di Kuala Lumpur dan lawatan balas ke Esfahan pada 5-12 Oktoeber 1993. Antara kandungan kerjasama termasuk ekonomi, pendidikan, sosial & kebudayaan, belia & sukan serta perdagangan & pelancongan.
Osaka, Jepun
Perjanjian “Business Partner City” antara Kuala Lumpur dan Osaka telah ditandatangani pada 10 Ogos 1989 di Osaka. Walaubagaimanapun, memandangkan isu perdagangan diterajui Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE, agensi di bawah MITI – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri), MATRADE dan Osaka menandatangani persetujuan kerjasama pada tahun 1994. Antara kandungan kerjasama adalah bersama meningkatkan dan menggalakkan hubungan ekonomi khususnya dalam bidang Industri kecil dan sederhana (business partner city affiliation) dan menggalakkan hubungan persahabatan dan kebajikan antara wargakota Kuala Lumpur dan Osaka.
Melaka, Malaysia

Kerjasama bandar raya Kuala Lumpur dan Melaka ditandatangani pada 15 April 1989 oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Melaka. Antara kandungan hubungan kerjasama adalah: –

i) Menjalin dan memajukan bersama bidang-bidang yang termaktub di dalam pelan tindakan untuk kepentingan penduduk masing-masing;dan

ii)Meningkatkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pendidikan, sosial & kebudayaan, belia & sukan serta perniagaan & pelancongan.

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

1809236
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

27-04-2024
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Jaringan Antarabangsa & Bandar Raya Berkembar

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Jaringan Antarabangsa & Bandar Raya Berkembar
Skip to content