Visi

Perancangan, rekabentuk, pelaksanaan dan penyelenggaraan projek pembangunan dan kemudahan awam diurus secara sistematik dan professional serta selamat sejahtera melalui penyelenggaraan yang efisyen dan berkualiti.

Misi

Membangun, mentadbir dan mengurus projek-projek pembinaan dan penyelenggaraan bangunan milik DBKL.

Profil Jabatan Pelaksanaan Projek Dan Penyelenggaraan Bangunan

Latar Belakang Jabatan

Selaras dengan Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 (PSKL2020), misi Jabatan Pelaksanaan Projek Dan Penyelenggaraan Bangunan adalah untuk membantu DBKL mencapai visinya untuk menjadikan bandar raya sejahtera untuk semua menjelang tahun 2030, dengan melaksana dan menyelenggara projek-projek perumahan, kemudahan awam seperti dewan orang ramai, dewan serbaguna, tandas awam, pusat komuniti, klinik awam, tanah perkuburan, krematorium, perpustakaan, pasar, gerai / pusat penjaja, kemudahan sukan, dan sebagainya.


Sejarah

Jabatan ini beroperasi semenjak tahun 1976 dengan nama asalnya Jabatan Pelaksanaan Projek Khas, memainkan peranan penting dalam pembangunan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur terutama sekali di dalam membangunkan projek-projek perumahan awam di kawasan Cheras, Lembah Pantai, Gombak, Sentul, Setapak Jaya dan kawasan berhampiran dengan Pusat Bandar 1.

Berikutan dengan penyusunan semula organisasi DBKL, pada tahun 1989 hingga 2005 nama jabatan ini ditukarkan kepada Jabatan Arkitek dan Projek Khas (JAPK). Jabatan ini mengintegrasikan disiplin arkitek, ukur tanah, kejuruteraan awam, kejuruteraan struktur dan kejuruteraan elektrik dalam melaksanakan projek-projek pembangunan dan penyelenggaraan bangunan.

Pada tahun 1997, Unit Pengekalan dan Seni Bandar dari Jabatan Perancang dan Kawalan Bangunan telah diserapkan ke Jabatan ini dan pada Jun 2000, tugas JAPK diperluaskan lagi dengan pengambilan alih semua tugas-tugas penyelenggaraan bangunan-bangunan DBKL seperti kuarters, kompleks sukan, pasar, bangunan Ibu Pejabat DBKL, panggung DBKL lama serta penyelenggaraan dan penggunaan Dataran Merdeka.

Selain terlibat dengan perlaksanaan projek-projek DBKL sendiri, Jabatan ini juga terlibat dengan projek-projek di bawah Kerajaan Pusat dan Negeri seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR), Kompleks Sukan dan Stadium, Pusat Komuniti, Kompleks Penjaja, Pasar, Masjid, Surau, Tanah Perkuburan, padang dan lain-lain lagi.

Pada tahun 2005, nama Jabatan Arkitek dan Projek Khas ditukarkan kepada Jabatan Arkitek.

Berikutan penyusunan semula organisasi DBKL pada 15 Julai 2011, jabatan ini telah digabungkan dengan bahagian penyelenggaraan perumahan awam dan dinamakan Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Perumahan Awam. Seterusnya pada tahun 2012, Unit Penyelenggaraan Perumahan Awam telah dikembalikan ke Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti menjadikan nama jabatan ini ditukar kepada Jabatan Pelaksanaan Projek dan Penyelenggaraan Bangunan (JPPPB) dan ianya kekal sehingga kini.

Selain daripada di atas, untuk memantapkan lagi urusan pelaksanaan projek dan selaras dengan Pelan Strategik ICT DBKL, jabatan telah menggunakan sistem Pengurusan Rekod Elektronik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur iaitu pengurusan maklumat secara maya dalam semua aspek penyampaian dan storan dokumen seperti surat-surat, lukisan dan laporan. Sistem Adu@DBKL pula digunapakai untuk aduan-aduan yang melibatkan kerja-kerja penyelenggaraan fasiliti hakmilik Datuk Bandar Kuala Lumpur.
03-2617 6502 /
6503 / 6505
-
jpppa[at]dbkl[dot]gov[dot]my
Tingkat 17, 21-25 & 27, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan,
Jalan Raja Abdullah,
50300 Kuala Lumpur.

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

3686985
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

16-06-2024
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Jabatan Pelaksanaan Projek Dan Penyelenggaraan Bangunan

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Jabatan Pelaksanaan Projek Dan Penyelenggaraan Bangunan
Skip to content