Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan

1. Apakah dokumen yang perlu dilampirkan kepada Dokumen Perjanjian untuk ditandatangani dan diberi nombor kontrak oleh Jabatan Undang-undang & Pendakwaan bagi Kontraktor/Pemaju/Perunding yang mempunyai syarikat jenis Sendirian Berhad atau Berhad?

i. Surat tawaran dari DBKL, Surat Pelantikan, Surat Pengesahan Pelantikan dan Surat Arahan Mula Kerja
ii. Jaminan Bank/Resit Bayaran Deposit
ii. Perlembagaan Syarikat (Memorandum of Articles of Association), Borang 24 (Return of Allotment of Shares), Borang 49 (Return Giving Particulars In Register of Directors, Managers & Secretaries and Change of Particulars) dan Resolusi Pengarah (Director’s Resolution)
iv. Surat Pengesahan Jabatan Pelaksana yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan tersebut

2. Apakah dokumen yang perlu dilampirkan kepada Dokumen Perjanjian untuk ditandatangani dan diberi nombor kontrak oleh Jabatan Undang-undang & Pendakwaan bagi kontraktor/perunding yang mempunyai syarikat jenis Enterprise?

i. Surat Tawaran dari DBKL, Surat Pelantikan, Surat Pengesahan Pelantikan dan Surat Arahan Mula Kerja
ii. Jaminan Bank/Resit Bayaran Deposit
iii. Borang D (Borang Pendaftaran Perniagaan)
iv. Surat Pengesahan Jabatan Pelaksana yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan tersebut

3. Apakah dokumen yang perlu dilampirkan kepada Dokumen Perjanjian untuk ditandatangani dan diberi nombor kontrak oleh Jabatan Undang-undang & Pendakwaan bagi Kontraktor/ Perunding di bawah nama individu?

 i. Surat Tawaran dari DBKL, SUrat Pelantikan, Surat Pengesahan Pelantikan dan Surat Arahan Mula Kerja
ii. Jaminan Bank/Resit Bayaran Deposit
iii. Salinan Kad Pengenalan/dokumen pengenalan diri
iv. Surat Pengesahan Jabatan Pelaksana yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan tersebut

4. Sekiranya tiada kontrak secara bertulis, adakah ia mengikat (binding) pihak-pihak terbabit?

 Ya, melalui tingkah laku atau syarat-syarat tersirat (by way of conduct or impliedly) wujudnya elemen-elemen kontrak, iaitu tawaran (offer), penerimaan (acceptance) dan balasan (consideration). Sebagai contoh, Surat Pelantikan dang Surat Pengesahan Pelantikan yang dikemukakan oleh pihak DBKL yang mengandungi syarat-syarat untuk mengikat kedua-dua belah pihak dan satu perjanjian akan ditandatangani kelak menampakkan satu kontrak yang mengikat kedua belah pihak telah wujud.

5. Sekiranya pemilik harta telah meninggal dunia, apakah dokumen yang diperlukan oleh waris untuk tujuan mentadbir harta si mati?

i. Surat Wakil Kuasa
ii. Surat Kuasa Mentadbir
iii. Borang F di bawah Akta (Pembahagian) Harta Pesaka Kecil 1955

6. Berapa lamakah tempoh/jangkamasa Jaminan Bank Sah?

i. Bagi kontrak bekalan dang perkhidmatan – satu (1) tahun selepas tarikh tamat tempoh kontrak
ii. Bagi Kontrak Juruperunding – enam (6) bulan selepas tarikh tamat tempoh kontrak
iii. Bagi Kontrak Kerja – satu (1) tahun selepas tamat tempoh liability kecacatan (defect liability period)

7. Satu perjanjian telah ditandatangani antara DBKL dengan Syarikat A. Walau bagaimana pun, Syarikat A telah menukar nama kepada Syarikat B. Bagi tujuan pembayaran, kepada syarikat manakah perlu dibuat?

Sekiranya tiada perubahan dari segi struktur dan pemegang saham Syarikat dan dibuktikan dengan Borang 13 Akta Syarikat 1965 (Borang Perakuan Pemerbadanan Atas Pertukaran Nama Syarikat), maka bayaran boleh dibuat kepada Syarikat B.

8. Apakah elemen-elemen yang diperlukan untuk melegkapkan sesuatu dokumen perjanjian sebelum ianya dikemukakan kepada Jabatan Undang-undang & Pendakwaan untuk disempurnakan bagi pihak Datuk Bandar Kuala Lumpur?

 i. Dokumen Perjanjian hendaklah ditandatangani oleh pihak Kontraktor / Pemaju / Perunding
ii. Perjanjian hendaklah ditandatangani dengan menggunakan pen berwarna hitam berdakwat basah
iii. Bagi Syarikat Sendirian Berhad:
iv. Bagi Syarikat Sendirian Berhad:
     a. Cop mohor syarikat hendaklah dimeteri
     b. Perjanjian hendaklah ditandatangani oleh dua orang Pengarah Syarikat atau seorang Pengarah Syarikat beserta seorang Setiausaha Syarikat sebagaimana            yang terkandung dalam Resolusi Pengarah
     c. Tandatangan hendaklah disertakan dengan nama, no. kad pengenalan dan jawatan penandatangan
iv. Bagi Syarikat Enterprise atau Individu:
    a. Perjanjian hendaklah ditandatangani oleh pemilik tunggal/individu/rakan kongsi
    b. Tandatangan hendaklah disertakan dengan cop syarikat, cop nama dan no. kad pengenalan

9. Apakah perbezaan di antara notis kompaun dan saman?

Notis kompaun adalah notis kesalahan serta tawaran kompaun yang dikeluarkan pada masa sesuatu kesalahan dilakukan. Saman (untuk hadir ke Mahkamah) pula dikeluarkan apabila sesuatu notis kesalahan serta tawaran kompaun tidak dijelaskan bayaran atau sesuatu notis penguatkuasaan tidak dipatuhi dalam tempoh yang ditetapkan.

10. Bolehkah bayaran saman diselesaikan di luar Mahkamah?

Tidak boleh. Bayaran saman hanya boleh dijelaskan di Mahkamah sahaja pada hari yang telah ditetapkan.

11. Berapakah denda yang biasa dikenakan oleh Majistret untuk kesalahan yang berkenaan?

Majistret akan menetapkan jumlah denda selaras dengan peruntukan perundangan berkaitan serta berdasarkan jenis kesalahan, merit sesuatu kes dan alasan rayuan yang dikemukakan oleh Orang Kena Saman (OKS) di Mahkamah.

12. Bolehkah notis kompaun disemak berdasarkan nombor kereta atau nombor kad pengenalan?

Boleh. Semakan notis kompaun boleh dibuat melalui laman web DBKL – sistem eRayuan dan aplikasi PAY@KL.

13. Bayaran kompaun sudah lama dijelaskan, tetapi surat peringatan masih diterima?

Apabila surat peringatan masih diterima bagi kesalahan-kesalahan yang telah dijelaskan bayarannya, notis peringatan berkenaan boleh dibatalkan oleh Pegawai Kompaun atau Pegawai yang diberi kuasa dengan syarat Orang Kena Notis (OKN) mengemukakan salinan resit pembayaran.

14. Bolehkah disemak sama ada sesuatu notis kompaun telah dijelaskan bayarannya?

Semakan boleh dibuat dengan mengemukakan nombor notis kesalahan melalui web DBKL atau aplikasi PAY@KL.

15. Sekiranya kenderaan telah dijual, apakah yang patut dilakukan oleh pemunya kenderaan apabila menerima notis kesalahan?

Jika notis kesalahan diterima tetapi kenderaan telah dijual pada tarikh kesalahan yang dinyatakan dalam notis, penerima notis atau OKN dikehendaki mengemukakan dokumen berkaitan penjualan kereta atau pengesahan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) berkaitan dengan pemunya pada tarikh kesalahan dan notis boleh dibatalkan jika teratur.

16. Dimanakah letaknya bangunan Mahkamah Majistret DBKL dan pukul berapa perlu hadir ke mahkamah?

Mahkamah Majistret DBKL terletak di Tingkat 1, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur. Orang kena Saman perlu hadir di Mahkamah pada pukul 8.30 pagi kerana Mahkamah mula bersidang pada pukul 9.00 pagi.

17. Bagaimanakah tatacara berpakaian ketika hadir ke Mahkamah?

Orang Kena Saman hendaklah berpakaian kemas ketika ke Mahkamah. Skirt dan seluar pendek, baju tanpa lengan dan t-shirt tidak dibenarkan sama sekali.

18. Bolehkah bayaran kompaun dibuat secara pembayaran ansuran atau menggunakan cek persendirian?

Tidak boleh. Bayaran hanya boleh dibuat menggunakan bayaran atas talian, bank deraf, wang pos, ‘banker’s cheque’ ataupun wang tunai sahaja.

19. Apakah dokumen yang perlu dibawa apabila diarahkan untuk hadir ke mahkamah?

Dokumen yang perlu dibawa:
i. Kad pengenalan
ii. Surat saman yang telah diterima
iii. Jika sebuah syarikat/firma yang menerima saman tersebut, sila kemukakan surat memberi kuasa untuk mewakilkan daripada Pengarah/pemilik syarikat atau firma kepada pihak mahkamah
iv. Jika individu yang terima, beliau perlu hadir sendiri. Sekiranya tidak dapat hadir, wakilnya perlu membawa surat wakil daripada Orang Kena Saman dan terpulang kepada Majistret samada surat berkenaan boleh diterima atau tidak

20. Apa yang akan berlaku sekiranya saya tidak hadir ke Mahkamah pada tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan?

Sekiranya OKS tidak hadir, waran tangkap akan dikeluarkan dan disampaikan kepada OKS.

21. Dimanakah perundangan subsidiari DBKL boleh didapati?

Di Portal Rasmi DBKL iaitu di pautan Info Korporat seterusnya memilih Senarai Perundangan.

22. Bagaimanakah caranya untuk memohon kad kuasa?

Kad kuasa boleh dimohon melalui Ketua Jabatan masing-masing dengan mengisi borang yang ditetapkan beserta satu keping gambar berwarna berukuran passport yang terkini. Prosedur ini bertujuan untuk memastikan hanya kakitangan yang layak sahaja yang boleh memohon kad kuasa.

23. Siapa yang layak untuk memohon kad kuasa?

Hanya kakitangan yang diperwakilkan kuasa sahaja yang layak memohon kad kuasa.

24. Apakah yang perlu dilakuan jika kad kuasa hilang/kakitangan bersara?

Sekiranya kad kuasa hilang, kakitangan hendaklah membuat laporan polis dan memaklumkan jabatan ini dan megemukakan salinan laporan tersebut semasa memohon kad kuasa baru. Bagi kakitangan yang bersara, kad kuasa hendaklah diserahkan kepada jabatan masing-masing.

25. Bolehkah tuntutan gantirugi dibuat terhadap DBKL ke atas kemalangan yang menimpa mangsa disebabkan oleh Pokok tumbang, Jalan raya berlubang atau Banjir kilat?

Pihak Datuk Bandar Kuala Lumpur (DBKL) tidak boleh menghalang mana-mana pihak yang terlibat untuk mengemukakan tuntutan gantirugi atau mengambil tindakan undang-undang terhadap DBKL. Walau bagaimanapun kejayaan sesuatu tuntutan yang dikemukakan itu tertakluk kepada keputusan siasatan yang akan dijalankan oleh pihak insuran yang telah dilantik oleh DBKL atau sekiranya tuntutan ini dibawa ke mahkamah, berdasarkan keterangan saksi-saksi terlibat, pihak mahkamah yang akan menentukan sama ada pihak DBKL bertanggungjawab ke atas tuntutan tersebut.

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

2572990
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

20-05-2024
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|FAQ JUP

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|FAQ JUP
Skip to content