Pada 2 hingga 4 Jun 2024 telah berlangsung World Cities Summit 2024 (WCS2024) di Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre, Singapura bertemakan “Liveable and Sustainable Cities: Rejuvenate, Reinvent, Reimagine”.
Persidangan kali ini dihadiri lebih daripada 90 wakil negara terdiri daripada Menteri, Datuk Bandar dan Timbalan Datuk Bandar serta pegawai-pegawai kanan agensi dan pemain industri.
Delegasi DBKL diketuai oleh YBhg. Datuk Zulkurnain bin Hassan, Pengarah Eksekutif Perancangan , Encik Yushanizar bin Md Yusoff, Timbalan Pengarah Kanan, Jabatan Perancangan Bandaraya dan Dr Helmi Mohd Helmi bin Abu Yahya, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan)
Pada sesi ini, YBhg. Datuk Zulkurnain dijemput sebagai ‘panel speaker’ di C40 Cities Mayoral Rountable dan Sustainable Financing Plenary 2 serta mewakili Datuk Bandar Kuala Lumpur menghadiri WCS Mayors Forum.