Jabatan Penguatkuasaan

1. Apakah tindakan yang boleh diambil oleh Jabatan Penguatkuasaan sekiranya terdapat kenderaan melakukan kesalahan lalulintas?

Kenderaan boleh dikenakan tindakan notis kompaun atau boleh ditunda.

2. Apakah kesan sekiranya,notis kompaun gagal dijelaskan?

Sekiranya melebihi 14 hari,notis peringatan akan dikeluarkan dan jika gagal menjelaskan bayaran tindakan memfailkan kes ke Mahkamah Majisterit akan dibuat.

3. Apakah yang perlu dibuat sekiranya dikenakan notis kompaun lalulintas?

Sila buat pembayaran dalam masa 14 hari dimana-mana kaunter bayaran DBKL terdekat.

4. Apakan yang boleh dilakukan sekiranya tidak berpuas hati terhadap tindakan kompaun yang dikenakan?

Sila rujuk ke Unit Aduan Awam, Jabatan Penguatkuasaan di talian 03-4026 7200 atau call centre DBKL di talian 1 800 88 3255.

5. Di mana tempat yang perlu dirujuk sekiranya motosikal atau kenderaan ditunda oleh Jabatan Penguatkuasaan?

Sila rujuk di Unit Pengurusan Sitaan dan Tunda (Kenderaan Ditunda), Jabatan Penguatkuasaan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Lot 456 (Bersebelahan Perumahan Awam Sri Terengganu), Jalan Sentul, Sentul Selatan, 51000 Kuala Lumpur atau whatsapp ke 013-6663255.

6. Apakah tindakan yang boleh diambil terhadap panjaja atau peniaga kecil yang tiada lesen yang sah dari Datuk Bandar Kuala Lumpur?

 Tindakan Kompaun dan Sita boleh diambil terhadap penjaja atau peniaga tersebut.

7. Sekiranya barang jualan penjaja atau peniaga disita di mana tempat barang tersebut disimpan dan tempat tuntutan?

Di Unit Pengurusan Sitaan dan Tunda Jabatan Penguatkuasaan, Jalan Lombong, Cheras atau telefon 03- 9282 2554.

8. Adakah premis perniagaan boleh meletakkan barang-barang berhubung dengan trednya di kaki lima, siar kaki atau jalan?

Tidak boleh dan boleh dikenakan tindakan kompaun.

9. Apakah tindakan yang akan diambil sekiranya didapati premis perniagaan meletakkan barang-barang di kaki lima, siar kaki atau bahu jalan?

Tindakan mengeluarkan Notis Kompaun dan memindahkan (Sita) barang-barang boleh dilakukan.

10. Di manakah barang-barang dialihkan atau disita disimpan?

 Di Unit Pengurusan Sitaan dan Tunda jabatan Penguatkuasaan, Jalan Lombong, Cheras.

11. Apakan bayaran yang dikenakan untuk menuntut barang-barang yang disita atau dialihkan?

Perlu membayar caj pengalihan/sitaan, caj simpanan serta bayaran kompaun.

12. Apakah yang perlu dilakukan apabila mendapat notis amaran/penglihatan atau roboh?

Membaca memahami arahan notis seterusnya memberhentikan aktiviti/kesalahan atau meroboh sendiri apa-apa struktur yang melanggar peraturan.

13. Apakah kesan sekiranya ingkar notis?

 DBKL akan melaksanakan mengikut arahan dalam notis.

14. Bolehkah seseorang menuntut apa-apa bayaran pampasan sekiranya barang-barang dialih/disita atau struktur (setinggan) dirobohkan?

Tidak Layak.

15. Berapa lamakah tempoh yang diberi untuk mengambil kenderaan yang telah ditunda?

Dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kenderaan ditunda.

16. Apakah kesan sekiranya kenderaan gagal dituntut dalam tempoh 3 bulan dari tarikh kenderaan ditunda?

 Kenderaan akan diwartakan atau perintah mahkamah akan dibuat seterusnya dilupuskan melalui lelongan awam atau cara lain yang sesuai.

17. Apakah perlu dilakukan sekiranya notis kompaun dikenakan kerana gagal membayar/pamer tiket letak kereta sedangkan meter kereta elektronik mengalami masalah teknikal/rosak?

Sila rujuk ke Unit Proses Saman di Tingkat 2, Blok A, Jabatan Penguatkuasaan, Jalan Tun Razak dan perlu mengisi borang aduan meter rosak. Semakan akan dibuat ke Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pengangkutan Bandar untuk status meter dan pengadu perlu memberi no. siri / pengenalan meter elektronik.

18. Bolehkah kesalahan lalulintas di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kaedah-kaedah lalulintas Jalan 1959 dibuat rayuan?

Kesalahan-kesalahan tersebut tidak boleh dirayu dan kadar adalah seragam diantara DBKL, PDRM dan JPJ.

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

2241207
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

08-05-2024
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|FAQ JPK

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|FAQ JPK
Skip to content