Cukai Taksiran

1. Apa itu cukai taksiran?

Cukai yang dikenakan oleh DBKL ke atas pemilik harta untuk menyediakan perkhidmatan, penyelenggaraan dan pembangunan Kuala Lumpur.

2. Bagaimana cukai taksiran ditentukan?
Beberapa peratus (%) daripada Nilai Tahunan.
Bil.JENIS HARTA DALAM 36 BATU PERSEGI (%) LUAR 36 BATU PERSEGI (%)
1. Bangunan Perdagangan 10 8
2. Pangsapuri Servis 7 5
3. Bangunan Kediaman 4 4
4. Rumah Pangsa Kos Rendah 2 2
5. Tanah Kosong Perdagangan 7 5
6. Tanah Kosong Kediaman 5 5
7. Bangunan Di Kampung-kampung 2 2
8. Tanah Kosong di Kampung-kampung 1 1
9. Kampung Baru, Kampung Melayu Segambut dan Sungai Penchala (bangunan dan tanah kosong) 1 1
3. Adakah tanah kosong dikenakan cukai taksiran ?

 Ya, semua harta samada bangunan atau tanah kosong boleh dikenakan cukai taksiran.

4. Bagaimana Nilai Tahunan ditentukan?

i) Bangunan
Anggaran sewa kasar setahun yang dijangka munasabah diperolehi daripada bangunan berkenaan.

ii) Tanah kosong
10% daripada nilai pasaran tanah.

5. Berapa cukai taksiran yang perlu dibayar?

Cukai taksiran yang perlu dibayar adalah seperti berikut :-

Nilai Tahunan x Kadar peratusan cukai taksiran

Contoh :-
Nilai Tahunan = RM 13,200
Kadar = 4%
Cukai Taksiran = RM 528 setahun/ RM 264 untuk 6 bulan

6. Bagaimana Nilai Tahunan ditentukan bagi harta yang diduduki sendiri?

Penentuan Nilai Tahunan masih lagi sama iaitu berasaskan anggaran sewa kasar setahun yang dijangka munasabah diperolehi sekiranya harta tersebut disewakan.

7. Mengapa cukai taksiran harta saya berbeza dengan jiran saya?

Perbezaan tersebut disebabkan oleh:-

  • Keluasan lantai bangunan (tambahan / ubahsuaian)
  • Kedudukan unit seperti unit tepi
  • Kegunaan harta
8. Sehingga bilakah Nilai Tahunan sedia ada akan dikekalkan?

Nilai Tahunan akan kekal sehingga Penilaian Semula kecuali terdapat pindaan kepada Senarai Nilaian mengikut Seksyen 144, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Pindaan Senarai Nilaian dibuat atas sebab-sebab berikut:-

  • Bangunan baru
  • Bangunan diubahsuai/ tambahan binaan
    Bangunan runtuh atau dirobohkan
  • Keluaran hakmilik baru
  • Perubahan nilai pada harta yang disebabkan oleh peruntukan undang-undang berkaitan dengan perancangan
  • Pembetulan penilaian sedia ada
9. Bolehkah saya membuat bantahan sekiranya tidak berpuashati dengan pindaan Senarai Nilaian?

Boleh. Apabila pemilik menerima Notis Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian dan tidak berpuashati dengan cadangan Nilai Tahunan yang dinyatakan dalam notis, pemilik boleh mengemukakan bantahan bertulis dalam tempoh 10 hari sebelum tarikh Mesyuarat Pendengaran Bantahan.

Setiap bantahan yang layak akan didengar oleh DBKL melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pendengaran Bantahan Cukai Pintu.

10. Di manakah mesyuarat bantahan diadakan?

Lokasi, tarikh dan masa Mesyuarat Pendengaran Bantahan akan dinyatakan di dalam Notis Mendengar Bantahan setelah anda mengemukakan bantahan secara bertulis ke Jabatan ini.

11. Siapakah yang dibenarkan membantah?

Pemilik atau wakil yang diberi kuasa.

12. Apakah perkara/ alasan yang boleh dibantah?

Tuan/puan boleh membuat bantahan berdasarkan alasan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 142 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) :

* Cadangan Nilai Tahunan tinggi / rendah.
Contoh: Sewa setahun yang munasabah bagi harta tuan/puan adalah RM 18,000 tetapi Nilai Tahunan yang dicadangkan adalah RM 30,000 ataupun keadaan sebaliknya.

* Harta tuan/ puan tidak sepatutnya atau tidak boleh dikenakan cukai taksiran.
Contoh: Sekolah, rumah ibadat, kemudahan awam dan lain-lain.

* Harta lain tertinggal untuk dinilai ataupun tidak dinilai.
Contoh: Pihak DBKL tidak menilai atau mengenakan cukai taksiran bagi harta milik jiran tuan/puan.

* Nilaian sepatutnya dibuat secara bersama / berasingan.
Contoh: Kedai pejabat 3 tingkat yang dijual strata kepada pemilik yang berbeza tetapi dinilai secara bersama dalam satu Nilai Tahunan kepada satu pemilik sahaja.

13. Mengapa saya perlu membayar cukai taksiran sedangkan saya telah membayar yuran penyelenggaraan bangunan?

Cukai taksiran dan yuran penyelenggaraan adalah dua (2) perkara yang berbeza. Yuran penyelenggaraan adalah untuk menyelenggara kawasan gunasama harta tuan/puan. Manakala cukai taksiran adalah untuk perkhidmatan perbandaran seperti membaiki jalan, kemudahan rekreasi, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

14. Bolehkah saya dikecualikan dari membayar cukai taksiran sekiranya harta saya kosong / tidak diduduki?

 Tidak boleh dikecualikan, namun tuan/puan boleh memohon untuk mendapatkan elaun kekosongan di Bahagian Hasil, Jabatan Kewangan DBKL di talian 03-2617 9000 atau laman sesawang jkew@www.dbkl.gov.my

15. Di manakah saya boleh membuat aduan sekiranya tidak berpuashati dengan mutu perkhidmatan DBKL?

Sebarang aduan boleh disalurkan melalui :-

– TALIAN BEBAS TOL : 1800-88-3255
– Laman sesawang Sistem Pengaduan Awam Bersepadu (https://ispaaawww.dbkl.gov.my)
Klik Di sini Untuk Soalan-Soalan Lazim Berkaitan Pengurusan Kewangan dan Akaun Bagi Bangunan Berstrata

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

2015127
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

02-05-2024
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|FAQ JPPH

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|FAQ JPPH
Skip to content