Pengemukaan Permohonan

1. Apakah jenis-jenis permohonan yang dikemukakan di kaunter OSC ?

Permohonan pembangunan yang dikemukakan ke kaunter OSC merangkumi:

  1. Kebenaran Merancang
  2. Pelan Bangunan
  3. Pelan Kejuruteraan yang merangkumi Pelan Kerja Tanah,Pelan Jalan dan Perparitan (R&D), Pelan MSMA & Pelan Lampu Jalan.
  4. Pelan Lanskap
2. Siapakah yang boleh mengemukakan permohonan pembangunan?
  1. Permohonan pembangunan boleh dikemukakan oleh Pemilik Tanah Berdaftar. Pelan-pelan cadangan permohonan perlu disediakan oleh orang-prang berkelayan seperti berikut:-

    1. Pelan Kebenaran Merancang
      i. Jururancang Bandar yang bertauliah (boleh membuat semua jenis permohonan)
      ii. Arkitek Bertauliah (boleh membuat semua jenis permohonan. Walaubagaimanapun, pembangunan melibatkan keluasan tanah 5 ekar dan lebih, perlu disertakan dengan perakuan oleh Jururancang Bandar Bertauliah)
      iii. Jurutera Bertauliah (bagi kerja-kerja kejuruteraan seperti pembinaan stesen minyak,struktur telekomunikasi & pemasangan paparan iklan, dan apa-apa kerja berhubungan di bawah undang-undang berkaitan)
      iv. Juruukur Tanah berlesen (bagi pelan cadangan melibatkan cantuman dan pecahan lot tanah)
      v. Pelukis Pelan (bagi pembinaan baru atau tambahan & perubahan bangunan kediaman sahaja yang melibatkan ketinggian tidak melebihi 2 tingkat & kelulusan lantai tidak melebihi 300mp)

    2. Pelan Bangunan
      i. Arkitek Bertauliah (boleh membuat semua jenis permohonan. Walau bagaimanapun pembangunan melibatkan keluasan tanah 5 ekar dan lebih perlu disertakan dengan perakuan oleh Jururancang Bandar Bertauliah)
      ii. Jurutera Bertauliah (bagi kerja-kerja kejuruteraan seperti pembinaan stesen minyak,struktur telekomunikasi & pemasangan paparan iklan, dan apa-apa kerja berhubungan di bawah undang-undang berkaitan)
      iii. Pelukis Pelan (bagi pembinaan baru atau tambahan & perubahan bangunan kediaman sahaja yang melibatkan ketinggian tidak melebihi 2 tingkat & kelulusan lantai tidak melebihi 300mp)

    3. Pelan kejuruteraan Jurutera Bertauliah

    4. Pelan lanskap Arkitek Lanskap Berdaftar
3. Dimanakah permohonan pembangunan boleh dikemukakan?

Permohonan pembangunan boleh dikemukakan di alamat seperti berikut: Urusetia Pusat Setempat, Tingkat Bawah, Menara DBKL II, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Telefon : 03 – 2028 2942 / 2944 Faks : 03 – 2694 3085 Waktu berurusan : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

4. Semakan maklumat asas bagi pengemukaan permohonan pembangunan?

Pemohon adalah dinasihatkan membuat semakan permohonan pembangunan seperti:

Bil Kategori Lokasi
1. Zon Gunatanah & Intensiti Pembangunan Bahagian Perancangan Fizikal Tingkat 14, Menara DBKL 1
2. Kesesuaian Kelas Kegunaan & Aktiviti Bahagian Perancangan Fizikal Tingkat 14, Menara DBKL 1
3. Pematuhan Kepada Garis Panduan Perancangan Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan Perancangan, Tingkat 10, Menara DBKL 1
4. Serahan Tanah Bagi Menaik Taraf Struktur Seperti Pelebaran Jalan & Parit Unit Jalan dan Perancangan Jabatan Perancangan Infrastruktur, Tingkat 15, Menara DBKL 1
5. Maklumat Keperluan MSMA Unit MSMA Jabatan Perancangan Infrastruktur, Tingkat 16, Menara DBKL 1
6. Susunan & Spesifikasi Tempat Letak Kereta Unit Pengangkutan Jalan Jabatan Perancangan Infrastruktur, Tingkat 15, Menara DBKL 1
5. Bolehkan permohonan pembangunan 1 unit kediaman bertanah (landed residential development) dikemukakan secara berasingan?

Permohonan pembangunan (1) unit kediaman bertanah (Landed Residential Development) tidak boleh dikemukakan secara berasingan dan hendaklah dikemukakan secara serentak melalui prosedur kediaman kecil (KK) di bawah kategori A07. Manual Pengemukaan Permohonan KPKT merangkumi permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan dan Pelan Kejuruteraan atau di bawah kategori A12 merangkumi Pelan Bangunan dan Pelan Kejuruteraan. Walaubagaimanapun, peraturan ini tidak terpakai bagi pembangunan yang melibatkan serahan tanah.

Kawalan Perancangan

1. Pembangunan apakah yang dikenakan caj pembangunan kenaikan nilai tanah?

Kelulusan pembangunan yang melibatkan penukaran zon gunatanah @ penambahan intensiti pembangunan adalah tertakluk kepada pembayaran caj pembangunan bedasarkan peruntukan Seksyen 40 Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, Akta 267. Ketetapan gunatanah dan intensiti asas bagi tujuan pengenaan caj pembangunan kenaikan nilai tanah adalah berpandukan kepada :

  1. Pelan Pembangunan Lengkap 1039,1040 & 1041
  2. Pelan-pelan warta
  3. Kaedah zon kepadatan 1985 bagi kawasan di luar Pelan Pembangunan Lengkap & Pelan Warta
  4. Apa-apa Kelulusan Perintah pembangunan yang masih berkuatkuasa telah mengubah zon gunatanah atau intensiti pembangunan
2. Apakah jenis permohonan pembangunan yang tidak memerlukan Kebenaran Perancangan?

Permohonann pembangunan yang dikecualikan daripada Kebenaran Perancangan adalah seperti disenaraikan dalam Seksyen 20 (2) Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, Akta 267. Di antara permohonan tersebut termasuklah :

  1. Tambahan dan perubahan dalaman yang tidak melibatkan tambahan lantai baru dan perubahan fasad
  2. Pembinaan semula serta tambahan perubahan rumah kediaman bertanah
  3. Kerja-kerja penyelenggaraan seperti penggantian bahan kemasan
  4. Pindaan pelan bangunan yang tidak melibatkan luasa lantai, bilangan tingkat & bilangan unit ‘residing’ seperti hotel, pangsapuri servis, SOHO & pangsapuri
  5. Pindaan pelan bangunan penggunaan ruang ‘footprint’ dengan syarat tidak menjelaskan kawasan lapang berpusat, laluan keluar masuk dan anjakan minimum bangunan

Penguatkuasaan Perancangan

1. Apakah jenis-jenis kesalahan yang melibatkan tindakan penguatkuasaan perancangan?

Jenis-jenis kesalahan perancangan adalah seperti yang disenaraikan di dalam Seksyen 20 (2) Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, Akta 267. Di antara kesalahan-kesalahan tersebut adalah :

  1. Menukar kegunaan tanah/bangunan tanpa kelulusan perancangan
  2. Mendirikan Struktur tanpa kelulusan perancangan
  3. Meneruskan aktiviti yang telah tamat tempoh kelulusan perancangan
  4. Menjalankan pembangunan yang melanggar syarat-syarat kelulusan perancangan
2. Apakah bentuk tindakan penguatkuasaan perancangan yang boleh diambil oleh DBKL?

Tindakan penguatkuasaan perancangan boleh dilaksanakan mengikut kaedah berikut:

  1. Menjalankan tindakan perobohan/pindahan alih selaras dengan peruntukan Seksyen 29 Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, Akta 267
  2. Mengemukakan aduan mahkamah untuk mendapatkan arahan tindakan selaras dengan peruntukan Seksyen 29 Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, Akta 267
  3. Mengenakan denda kompoun maksimum RM50,000.00 dan denda harian Rm500.00 bagi kesalahan berterusan selaras dengan peruntukan seksyen 26 Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, Akta 267

Bagi tujuan melaksanakan tindakan penguatkuasaan perancangan satu notis akan disampaikan terlebih dahulu kepada Orang Kena Notis (OKN) bagi memaklumkan kesalahan yang dilakukan.

Prosedur Pembelian

1. Apakah jenis-jenis dokumen perancangan yang boleh dibeli oleh orang awam
Bil Jenis Dokumen Lokasi Penjualan Kadar Bayaran
1. Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 Bahagian Perancangan Fizikal, Tingkat 13, Menara DBKL 1 Bahasa Melayu : RM127.20
Bahasa Inggeris : RM159.00
2. Draf PBRKL 2020 Unit Pentadbiran, Bahagian Perancangan Fizikal, Tingkat 13, Menara DBKL 1 Bahasa Melayu : RM127.20
Bahasa Inggeris : RM159.00
3. Buku ‘Urban Design Guideline’ Bahagian Perancangan Fizikal, Tingkat 13, Menara DBKL 1 RM318.00
4. Garis Panduan Perancangan (GPP) Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan Perancangan,Tingkat 10, Menara DBKL 1 1 Set : RM 361.45 Pembelian secara berasingan bergantung kepada GPP

eMAP & CPS

1. Apakah CPS ?

CPS adalah singkatan kepada City Planning System. CPS merupakan satu sistem GIS yang direka bentuk sebagai sebuah platform pemetaan digital yang berkaitan dengan maklumat kegunaan tanah di Kuala Lumpur (KL). Sistem ini membenarkan pengguna membuat semakan dan rujukan terhadap data-data geospatial seperti guna tanah semasa, komited, zon guna tanah, intensiti pembangunan selaras dengan perkara kegunaan tanah yang diterjemahkan di dalam Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL2020).CPS boleh diakses melalui pautan link berikut:

https://cps.www.dbkl.gov.my/public/

2. Apakah eMAP, CPS ?

eMAP merupakan satu modul  peta elektronik interaktif atas talian yang membenarkan orang awam untuk membeli data dan maklumat digital perancangan CPS melalui modul penjualan yang disediakan.eMAP,CPS boleh diakses melalui pautan link berikut:

https://cps.www.dbkl.gov.my/public/ ; atau https://cps.www.dbkl.gov.my/eMapcps/

3. Siapakah pengguna berdaftar eMAP, CPS?

Pengguna berdaftar adalah seperti berikut:

  1. Orang awam
  2. Swasta/NGO/GLC
  3. Kontraktor/perunding lantikan DBKL dan agensi kerajaan
  4. Agensi kerajaan/Badan Berkanun
  5. IPTA/IPTS
  6. Kakitangan Dalaman DBKL
4. Berapa lama tempoh pengaktifan akaun saya setelah didaftarkan?

Tempoh pengaktifan adalah serta merta iaitu melalui pautan link yang dihantar ke dalam email yang telah didaftarkan.

5. Bagaimanakah cara untuk menggunakan sistem ini?

Anda boleh merujuk/klik pada manual pengguna yang telah disediakan di halaman utama emap.

6. Berapakah harga pelan digital eMAP ?

Berikut merupakan kadar harga jualan bagi pelan hardcopy;

Saiz Pelan Ukuran (mm) Kadar FI (Berwarna) Kadar FI (Gray Scale)
A1. 594 x 841 RM 130.00 RM70.00
A2. 420 x 594 RM70.00 RM60.00
A3. 297 x 420 RM50.00 RM40.00
A4. 210 x 297 RM40.00 RM20.00

Berikut merupakan kadar harga jualan bagi pelan format digital (Customize Plan)

Format Digital Resolusi Saiz Pelan Kadar FI (PER MB)
JPEG/PDF 150-300dpi A4 – A1 dan Mengikut kapasiti data per megabait 100.00
Shapefile Controlling layer Zoom Mengikut kapasiti data per megabait 100.00
7. Apakah kategori pelan digital perancangan yang terdapat di dalam eMAP ?

Kategori pelan digital perancangan yang terdapat di dalam eMAP adalah data dan maklumat Geospatial Tidak Terperingkat iaitu pelan-pelan yang telah diwarta yang merupakan dokumen awamAnda boleh merujuk kepada katalog jualan di halaman utama eMAP atau klik pautan pantas seperti berikut:

https://cps.www.dbkl.gov.my/eplancps/senaraiProduk.aspx

8. Apakah bentuk format pelan digital perancangan yang terdapat di dalam eMAP ?

a.  Pelan Statik :

Pelan tersedia yang ditawarkan di dalam 4 jenis saiz pelan iaitu A4-A1. Pelan ini juga akan di cetak dan pengguna perlu mengambil di Kaunter Unit Geospatial, JPRB, DBKL iaitu setelah proses pembayaran berjaya dilaksanakan dan apabila jabatan telah menerima notis pesanan.

b.Pelan Digital :

Pelan Digital di sediakan untuk pengguna yang memerlukan jenis data yang berbentuk digital. Pengguna boleh menggunakan menu Peta Interaktif untuk memilih kawasan yang diperlukan (customise) dan Peta akan dijana menggunakan templat (layout) yang disediakan. Pelan digital ini boleh dimuat turun dalam bentuk .pdf setelah proses pembayaran berjaya dilaksanakan secara atas talian (online payment).

c.Data Digital :

Data Digital merupakan jenis produk software (digital) yang di sediakan di dalam format shapefile (.shp) sahaja. Format shapefile ialah data vektor geospatial untuk perisian sistem maklumat geografi. Ia dibangunkan dan dikawal oleh ESRI sebagai spesifikasi terbuka (open source) untuk kebolehoperasian data antara produk ESRI dan perisian GIS yang lain. Pengguna boleh menggunakan menu Peta Interaktif untuk memilih kawasan yang diperlukan (customise) dan sistem akan memberikan data shapefile tersebut. Data digital ini boleh dimuat turun dalam bentuk .shp setelah proses pembayaran berjaya dilaksanakan secara atas talian (online payment) 

9. Bagaimanakah cara untuk saya membuat pembayaran ?
Kaedah Pembayaran Saluran
Online Payment FPX Debit/Credit Card
Bayaran Tunai, Debit/Credit Card Kaunter Kewangan, DBKL, Aras G, Menara DBKL 1,Jalan Raja Laut, 50350,Kuala Lumpur.
EzPay. Kaunter Unit Geospatial,Jabatan Perancangan Bandaraya Tingkat 11, Menara DBKL 1,Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur.
10. Berapa lamakah tempoh penyediaan dan serahan pelan ?
Format Resolusi Kadar FI (PER MB)
Pelan Statik (Hardcopy) Tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan. Kaunter Unit Geospatial, JPRB
Pelan Digital (Softcopy- Pdf/Jpeg) Muat turun serta-merta sejurus pembayaran berjaya dilaksanakan Link Download di dalam eMAP
Pelan Digital (Softcopy- shapefile) Muat turun serta-merta sejurus pembayaran berjaya dilaksanakan Link Download di dalam eMAP
11. Hubungi

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di alamat seperti berikut:

Unit Geospatial
Jabatan Perancangan Bandaraya
Tingkat 11, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur

Email : klgis.jprb@gmail.com
             Emapcps.jprb@gmail.com
Telefon : 03- 2617 9611

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

2241455
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

08-05-2024
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|FAQ JPRB

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|FAQ JPRB
Skip to content