Permohonan pembangunan yang dikemukakan ke kaunter OSC merangkumi:
Permohonan pembangunan boleh dikemukakan di alamat seperti berikut: Urusetia Pusat Setempat, Tingkat Bawah, Menara DBKL II, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur Telefon : 03 – 2028 2942 / 2944 Faks : 03 – 2694 3085 Waktu berurusan : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Bil | Kategori | Lokasi |
---|---|---|
1. | Zon Gunatanah & Intensiti Pembangunan | Bahagian Perancangan Fizikal Tingkat 14, Menara DBKL 1 |
2. | Kesesuaian Kelas Kegunaan & Aktiviti | Bahagian Perancangan Fizikal Tingkat 14, Menara DBKL 1 |
3. | Pematuhan Kepada Garis Panduan Perancangan | Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan Perancangan, Tingkat 10, Menara DBKL 1 |
4. | Serahan Tanah Bagi Menaik Taraf Struktur Seperti Pelebaran Jalan & Parit | Unit Jalan dan Perancangan Jabatan Perancangan Infrastruktur, Tingkat 15, Menara DBKL 1 |
5. | Maklumat Keperluan MSMA | Unit MSMA Jabatan Perancangan Infrastruktur, Tingkat 16, Menara DBKL 1 |
6. | Susunan & Spesifikasi Tempat Letak Kereta | Unit Pengangkutan Jalan Jabatan Perancangan Infrastruktur, Tingkat 15, Menara DBKL 1 |
Permohonan pembangunan (1) unit kediaman bertanah (Landed Residential Development) tidak boleh dikemukakan secara berasingan dan hendaklah dikemukakan secara serentak melalui prosedur kediaman kecil (KK) di bawah kategori A07. Manual Pengemukaan Permohonan KPKT merangkumi permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Bangunan dan Pelan Kejuruteraan atau di bawah kategori A12 merangkumi Pelan Bangunan dan Pelan Kejuruteraan. Walaubagaimanapun, peraturan ini tidak terpakai bagi pembangunan yang melibatkan serahan tanah.
Kelulusan pembangunan yang melibatkan penukaran zon gunatanah @ penambahan intensiti pembangunan adalah tertakluk kepada pembayaran caj pembangunan bedasarkan peruntukan Seksyen 40 Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, Akta 267. Ketetapan gunatanah dan intensiti asas bagi tujuan pengenaan caj pembangunan kenaikan nilai tanah adalah berpandukan kepada :
Permohonann pembangunan yang dikecualikan daripada Kebenaran Perancangan adalah seperti disenaraikan dalam Seksyen 20 (2) Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, Akta 267. Di antara permohonan tersebut termasuklah :
Jenis-jenis kesalahan perancangan adalah seperti yang disenaraikan di dalam Seksyen 20 (2) Akta (Perancangan) Wilayah Persekutuan, Akta 267. Di antara kesalahan-kesalahan tersebut adalah :
Tindakan penguatkuasaan perancangan boleh dilaksanakan mengikut kaedah berikut:
Bagi tujuan melaksanakan tindakan penguatkuasaan perancangan satu notis akan disampaikan terlebih dahulu kepada Orang Kena Notis (OKN) bagi memaklumkan kesalahan yang dilakukan.
Bil | Jenis Dokumen | Lokasi Penjualan | Kadar Bayaran |
---|---|---|---|
1. | Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 | Bahagian Perancangan Fizikal, Tingkat 13, Menara DBKL 1 | Bahasa Melayu : RM127.20 Bahasa Inggeris : RM159.00 |
2. | Draf PBRKL 2020 | Unit Pentadbiran, Bahagian Perancangan Fizikal, Tingkat 13, Menara DBKL 1 | Bahasa Melayu : RM127.20 Bahasa Inggeris : RM159.00 |
3. | Buku ‘Urban Design Guideline’ | Bahagian Perancangan Fizikal, Tingkat 13, Menara DBKL 1 | RM318.00 |
4. | Garis Panduan Perancangan (GPP) | Bahagian Penyelidikan dan Penyelarasan Perancangan,Tingkat 10, Menara DBKL 1 | 1 Set : RM 361.45 Pembelian secara berasingan bergantung kepada GPP |
CPS adalah singkatan kepada City Planning System. CPS merupakan satu sistem GIS yang direka bentuk sebagai sebuah platform pemetaan digital yang berkaitan dengan maklumat kegunaan tanah di Kuala Lumpur (KL). Sistem ini membenarkan pengguna membuat semakan dan rujukan terhadap data-data geospatial seperti guna tanah semasa, komited, zon guna tanah, intensiti pembangunan selaras dengan perkara kegunaan tanah yang diterjemahkan di dalam Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 (PBRKL2020).CPS boleh diakses melalui pautan link berikut:
eMAP merupakan satu modul peta elektronik interaktif atas talian yang membenarkan orang awam untuk membeli data dan maklumat digital perancangan CPS melalui modul penjualan yang disediakan.eMAP,CPS boleh diakses melalui pautan link berikut:
https://cps.www.dbkl.gov.my/public/ ; atau https://cps.www.dbkl.gov.my/eMapcps/
Pengguna berdaftar adalah seperti berikut:
Tempoh pengaktifan adalah serta merta iaitu melalui pautan link yang dihantar ke dalam email yang telah didaftarkan.
Anda boleh merujuk/klik pada manual pengguna yang telah disediakan di halaman utama emap.
Saiz Pelan | Ukuran (mm) | Kadar FI (Berwarna) | Kadar FI (Gray Scale) |
---|---|---|---|
A1. | 594 x 841 | RM 130.00 | RM70.00 |
A2. | 420 x 594 | RM70.00 | RM60.00 |
A3. | 297 x 420 | RM50.00 | RM40.00 |
A4. | 210 x 297 | RM40.00 | RM20.00 |
Format Digital | Resolusi | Saiz Pelan | Kadar FI (PER MB) |
---|---|---|---|
JPEG/PDF | 150-300dpi | A4 – A1 dan Mengikut kapasiti data per megabait | 100.00 |
Shapefile | Controlling layer Zoom | Mengikut kapasiti data per megabait | 100.00 |
Kategori pelan digital perancangan yang terdapat di dalam eMAP adalah data dan maklumat Geospatial Tidak Terperingkat iaitu pelan-pelan yang telah diwarta yang merupakan dokumen awamAnda boleh merujuk kepada katalog jualan di halaman utama eMAP atau klik pautan pantas seperti berikut:
https://cps.www.dbkl.gov.my/eplancps/senaraiProduk.aspx
a. Pelan Statik :
Pelan tersedia yang ditawarkan di dalam 4 jenis saiz pelan iaitu A4-A1. Pelan ini juga akan di cetak dan pengguna perlu mengambil di Kaunter Unit Geospatial, JPRB, DBKL iaitu setelah proses pembayaran berjaya dilaksanakan dan apabila jabatan telah menerima notis pesanan.
b.Pelan Digital :
Pelan Digital di sediakan untuk pengguna yang memerlukan jenis data yang berbentuk digital. Pengguna boleh menggunakan menu Peta Interaktif untuk memilih kawasan yang diperlukan (customise) dan Peta akan dijana menggunakan templat (layout) yang disediakan. Pelan digital ini boleh dimuat turun dalam bentuk .pdf setelah proses pembayaran berjaya dilaksanakan secara atas talian (online payment).
c.Data Digital :
Data Digital merupakan jenis produk software (digital) yang di sediakan di dalam format shapefile (.shp) sahaja. Format shapefile ialah data vektor geospatial untuk perisian sistem maklumat geografi. Ia dibangunkan dan dikawal oleh ESRI sebagai spesifikasi terbuka (open source) untuk kebolehoperasian data antara produk ESRI dan perisian GIS yang lain. Pengguna boleh menggunakan menu Peta Interaktif untuk memilih kawasan yang diperlukan (customise) dan sistem akan memberikan data shapefile tersebut. Data digital ini boleh dimuat turun dalam bentuk .shp setelah proses pembayaran berjaya dilaksanakan secara atas talian (online payment)
Kaedah Pembayaran | Saluran |
---|---|
Online Payment | FPX Debit/Credit Card |
Bayaran Tunai, Debit/Credit Card | Kaunter Kewangan, DBKL, Aras G, Menara DBKL 1,Jalan Raja Laut, 50350,Kuala Lumpur. |
EzPay. | Kaunter Unit Geospatial,Jabatan Perancangan Bandaraya Tingkat 11, Menara DBKL 1,Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur. |
Format | Resolusi | Kadar FI (PER MB) |
---|---|---|
Pelan Statik (Hardcopy) | Tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan. | Kaunter Unit Geospatial, JPRB |
Pelan Digital (Softcopy- Pdf/Jpeg) | Muat turun serta-merta sejurus pembayaran berjaya dilaksanakan | Link Download di dalam eMAP |
Pelan Digital (Softcopy- shapefile) | Muat turun serta-merta sejurus pembayaran berjaya dilaksanakan | Link Download di dalam eMAP |
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi di alamat seperti berikut:
Unit Geospatial
Jabatan Perancangan Bandaraya
Tingkat 11, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut,
50350 Kuala Lumpur
Email : klgis.jprb@gmail.com
Emapcps.jprb@gmail.com
Telefon : 03- 2617 9611
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
03 2698 0460
Kemaskini terakhir:
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
03 2698 0460