Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keempat ialah Dato’ Dr. Mazlan Ahmad yang telah dilantik pada 17.11.1992. Tan Sri Dato’ Kamaruzzaman Shariff, Datuk Bandar Kuala Lumpur kelima, dilantik sebagai Datuk Bandar pada 14.12.1995 hingga 13.12.2001. Beliau diganti oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang keenam iaitu Kol. Datuk Hj. Mohmad Shaid b. Mohd Taufek yang dilantik pada 14.12.2001. Kemudian, daripada 14.12.2004 sehinggalah 13.12.2006, jawatan Datuk Bandar yang ketujuh telah disandang oleh Dato’ Hj. Ruslin bin Hj. Hasan.
Bermula dari 14.12.2006 hingga 13.12.2008, jawatan Datuk Bandar yang kelapan telah disandang oleh Datuk Seri AB Hakim bin Borhan. Beliau diganti oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur yang kesembilan iaitu Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail yang dilantik pada 14.12.2008. Jawatan Datuk Bandar kesepuluh pula disandang oleh Tan Sri Hj. Ahmad Phesal bin Hj. Talib yang memulakan tugasnya pada 18.7.2012 sehingga 17.7.2015. Jawatan Datuk Bandar kesebelas disandang oleh Tan Sri Hj. Mhd. Amin Nordin bin Abd. Aziz bermula 18.7.2015 sehingga 30.9.2018.
Jawatan Datuk Bandar ke-dua belas disandang oleh Datuk Seri Nor Hisham bin A. Dahlan bermula 1.10.2018 sehingga 30.9.2020. Jawatan Datuk Bandar yang ketiga belas adalah Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah yang dilantik memegang jawatan tersebut mulai 1.10.2020 sehingga 31.3.2023. Manakala Datuk Bandar yang keempat belas adalah Datuk Sr Hj. Kamarulzaman bin Mat Salleh yang dilantik memegang jawatan tersebut mulai 17.4.2023 sehingga kini.