Piagam Pelanggan

Jabatan Audit Dalam
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Menyediakan Rancangan Audit Tahunan selewat-lewatnya pada 31 Disember setiap tahun.
2. Memaparkan penemuan audit prestasi kepada pelanggan audit (audit client) dalam tempoh 14 hari selepas Exit Conference.
3. Mengemukakan Laporan Audit Khas kepada Pengurusan Tertinggi / pelanggan audit (audit client) dalam tempoh 3 bulan dari arahan diterima daripada Pengarah.
4. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Audit (MJKA) 4 kali setahun.
Jabatan Undang-Undang dan Pendakwaan
BIL.PIAGAM PELANGGAN
1. PENGGUBALAN

a)   Dokumen Perundangan
  • Menyediakan draf pertama perundangan dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja dari tarikh arahan / cadangan / permohonan diterima, jika maklumat yang diterima adalah lengkap.

b)   Dokumen Kontrak

  • Menyediakan draf pertama dokumen perjanjian dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan jika maklumat / terma rujukan yang diterma adalah lengkap.
2.

 PENDAKWAAN

a)  Menyemak dan menyokong aduan mahkamah daripada jabatan pelaksana dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh aduan lengkap diterima.

b)  Memaklumkan keputusan kes kepada jabatan pelaksana dalam tempoh tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh keputusan diterima dari mahkamah.

3.

SIVIL

a) Melantik panel peguam untuk mewakili Datuk Bandar dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh terima saman atau notis permohonan perintah mahkamah kes litigasi sivil terhadap Datuk Bandar.

b) Memaklumkan keputusan kes-kes mahkamah kepada jabatan-jabatan yang berkenaan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh keputusan diterima.

Jabatan Perancangan Korporat
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Memastikan jemputan media dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum majlis / program / aktiviti berlangsung.
2. Memastikan kenyataan media disediakan selewat-lewatnya 3 hari sebelum aktiviti berlaku.
3. Memastikan maklum balas terhadap permohonan lawatan dari dalam dan luar negara diberikan dalam tempoh 3 hari bekerja.
4. Memastikan maklum balas penerimaan aduan diberikan dalam tempoh 24 jam  kepada pengadu.
5. Memastikan urusan pelanggan di Kaunter Perkhidmatan Pelanggan  DBKL diselesaikan dalam tempoh 15 minit.
Jabatan Integriti
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Memastikan semua maklumat / aduan yang diterima dibawa ke Jawatankuasa Menilai Maklumat (JMM) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh penerimaan di unit aduan.
2. Mengemukakan surat pemakluman keputusan Lembaga Tatatertib Bebas dan Rayuan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh prosiding.
3. Mendidik warga kerja DBKL dalam penghayatan Integriti melalui program pengukuhan Integriti sekurang-kurangnya dua belas (12) program setahun.
4. Memastikan hebahan pesanan integriti bagi pemahaman dan penghayatan nilai kepada warga kerja DBKL dua belas (12) kali setahun.
Jabatan Kewangan
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Menyediakan Bajet Tahunan DBKL dan mendapatkan kelulusan Menteri yang bertangungjawab bagi kerajaan tempatan sebelum atau pada 31 Disember setiap tahun
2. Memberi perkhidmatan kaunter bayaran secara efisyen dengan memastikan waktu menunggu tidak melebihi 30 minit pada waktu puncak dan tidak melebihi 15 minit pada waktu biasa.
3. Menyediakan bayaran dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen tuntutan yang lengkap.
4. Memastikan data – data cukai taksiran dihantar kepada vendor yang dilantik untuk proses cetakan dan penghantaran bil cukai taksiran tidak lewat pada 15 Januari bagi penggal pertama dan 15 Julai bagi penggal kedua setiap tahun.
5. Memastikan tindakan penguatkuasaan kutipan cukai taksiran dilaksanakan mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 ke atas akaun-akaun tertunggak.
6. Menyediakan maklumat kewangan  status  akaun  hasil  bukan  cukai  untuk tindakan penguatkuasaan jabatan pelaksana setiap 3 bulan.
7. Memastikan semua hasil kutipan diserahkan kepada Pengawal Keselamatan CIT pada hari yang sama untuk dibankkan.
8. Memastikan notis tuntutan awal daripada pihak ketiga dikemukakan dalam tempoh 7 hari bekerja kepada pihak Broker Insuran / Takaful yang dilantik.
9. Memastikan akuan penerimaan kepada aduan awam dibuat dalam tempoh 1 hari bekerja dan tindakan susulan diambil dalam tempoh 3 hari bekerja. Maklumbalas seterusnya dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
10. Memastikan pembayaran kepada agensi kerajaan seperti KWSP, KWAP, LHDN yang dibuat pemotongan dari gaji kakitangan dibayar dalam tempoh 14 hari dari tarikh gaji diproses.
Jabatan Pengurusan Sumber Manusia
BIL.PIAGAM PELANGGAN
1.Pengisian kekosongan jawatan kenaikan pangkat disebabkan bersara wajib pada tahun semasa dilaksanakan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh :
i) Pemilihan / temuduga; ATAU
ii) Kekosongan jawatan yang akan diisi oleh calon simpanan
2.Pengisian kekosongan jawatan lantikan dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh temu duga.
3.Memproses tuntutan bantuan kebajikan yang telah lengkap dalam tempoh 7 hari bekerja kecuali sumbangan kebajikan bencana alam.
4.Mengeluarkan Surat Pengesahan Perkhidmatan dalam jawatan dalam tempoh 5 hari bekerja setelah minit mesyuarat disahka
5.Menghantar maklumat ke Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) bagi tujuan Pesaraan Pilihan 3 bulan sebelum tarikh persaraan.
6.Mengeluarkan keputusan dan sijil peserta Program Transformasi Minda (PTM) dalam tempoh 30 hari selepas tarikh terakhir PTM dijalankan.
7.Mengumumkan senarai calon yang diperakukan untuk menduduki Peperiksaan Perkhidmatan DBKL sekurang-kurangnya enam (6) minggu sebelum tarikh peperiksaan
8.Pemakluman keputusan Permohonan Rumah Rehat 3 hari bekerja selepas tarikh kelulusan.
Jabatan Pentadbiran
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Mengesahkan pendaftaran kontraktor yang mengemukakan dokumen lengkap melalui system e-perolehan dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
2. Memaparkan senarai petender yang berjaya di laman Web DBKL dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas Mesyuarat Sebut Harga / Lembaga Perolehan bersidang.
3. Mengeluarkan keputusan untuk penggunaan dan penyewaan kemudahan Dataran Merdeka, Dataran DBKL dan Auditorium DBKL dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh kelulusan Pengurusan Tertinggi.
4. Mengeluarkan keputusan untuk penggunaan dan penyewaan kemudahan Dewan Megapuri, Bilik Gerakan, Bilik Biru dan Bilik Mesyuarat Utama dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh surat permohonan dimuatnaik dalam sistem e-booking.
5. Mengemaskini Rekod Pengguna Sistem e-Aset dalam tempoh lima (5) hari  bekerja   dari tarikh permohonan lengkap diterima daripada Jabatan.
6. Pemakluman kelulusan tuntutan Bil Panggilan Rasmi dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan.
7. Pemakluman kelulusan tuntutan pembelian telefon mudah alih atas urusan rasmi dalam tempoh lima (5) hari bekerja setelah mendapat kelulusan daripada pihak pengurusan.
8. Memproses permohonan lengkap bagi kad akses kakitangan baru dan pengantian (rosak / hilang) dalam tempoh satu (1) jam.
Jabatan Pengurusan Maklumat
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Penyediaan dokumen tawaran bagi permohonan yang lengkap akan disiapkan dalam tempoh 3 bulan selepas mendapat kelulusan dalam Mesyuarat Belanjawan Pembangunan Sistem DBKL.
2. Pembangunan produksi multimedia akan dilaksanakan dalam tempoh 30 hari bekerja setelah mendapat maklumat lengkap dari Jabatan Pengguna.
3. Semua aduan, pertanyaan ICT dan masalah perkakasan, perisian, sistem serta rangkaian yang dihadapi oleh pengguna akan diberi maklumbalas awal dalam tempoh satu (1) hari bekerja.
4. Mengemaskini semua portal dan laman web DBKL dalam tempoh 3 hari bekerja selepas maklumat lengkap diterima.
5. Memastikan ketersediaan perkhidmatan server dan rangkaian pada tahap sekurang-kurangnya 95% (Tidak termasuk penyelenggaraan berkala).
6. Memastikan preventive maintenance untuk penyenggaraan server, rangkaian, sistem aplikasi dan perkakasan dilaksanakan sekurang – kurangnya 6 bulan sekali.
Jabatan Penguatkuasaan
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Memperakukan / mengesahkan penerimaan aduan awam serta merta atau dalam tempoh 24 jam dan memberi maklum balas awal dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
2. Memastikan barang yang disita atau pindah halangan yang telah tamat tempoh tahanan boleh dilepaskan kepada pemilik dalam tempoh satu (1) hari bekerja setelah memenuhi syarat-syarat tuntutan.
3. Memastikan tuntutan kenderaan yang ditunda dilepaskan dalam tempoh satu (1) jam setelah memenuhi syarat-syarat tuntutan.
4. Kebenaran beroperasi semula tapak bina yang telah ditutup dalam tempoh 24 jam setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
5. Memberi bantuan awal selepas menerima aduan atau laporan bencana alam seperti berikut :
  • Dalam kawasan jarak 5 km radius dari Jabatan Penguatkuasaan, Menara Penguatkuasa, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dalam tempoh 15 minit.
  • Luar kawasan jarak melebihi 5 km radius dari Jabatan Penguatkuasaan, Menara Penguatkuasa, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur dalam tempoh 30 minit.
6. Memberi khidmat nasihat / bimbingan / khidmat perundingan secara berkesan dalam aspek keselamatan DBKL dengan penyediaan laporan bertulis dalam tempoh 3 hari bekerja.
Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Memastikan permohonan lesen baru yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan diproses mengikut tempoh yang ditetapkan.
2. Memastikan permohonan lesen pembaharuan yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan diproses mengikut tempoh yang ditetapkan.
3. Memastikan permohonan pembatalan lesen yang lengkap dan mematuhi syarat-syarat pelesenan diproses mengikut tempoh yang ditetapkan.
4. Memberi maklum balas awal terhadap aduan-aduan pelanggan dalam tempoh 1 hari bekerja dan mengambil tindakan susulan/penguatkuasaan dalam tempoh 3 hari bekerja. Pemantauan seterusnya dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
Maklumat lanjut sila klik << DI SINI >>
Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Meminda Senarai Nilaian bagi hartanah yang dibenarkan di bawah Seksyen 144 Akta Kerajaan Tempatan 1976 seperti bangunan baru, tambahan atau ubahsuaian dan perobohan sebanyak 4 kali setahun iaitu pada 1 Januari, 1 April, 1 Julai, dan 1 Oktober setiap tahun. Tarikh kuatkuasa pindaan Senarai Nilaian bagi bangunan baru adalah 6 bulan selepas tarikh keluaran Perakuan Menduduki Sementara Bangunan (TCF), Perakuan Menduduki Bangunan(CF), Sijil Siap dan Pematuhan (CCC) atau Borang F.
2. Mengeluarkan Notis Pemberitahuan kepada pemilik harta mengenai pindaan Nilai Tahunan selewat-lewatnya 30 hari sebelum tarikh pendengaran bantahan.
3. Mengeluarkan Notis Panggilan Mendengar Bantahan kepada pemilik yang mengemukakan bantahan terhadap pindaan Nilai Tahunan secara bertulis dan dalam tempoh yang dibenarkan selewat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh pendengaran bantahan.
4. Mengeluarkan keputusan Pendengaran Bantahan cukai taksiran dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh pendengaran bantahan.
5. Menjelaskan bayaran cukai tanah tahunan bagi tanah-tanah milik Datuk Bandar Kuala Lumpur di bawah seliaan jabatan sebelum 31 Mei setiap tahun.
6. Menyediakan laporan penilaian bagi maksud caj pembangunan dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
7. Mengemukakan permohonan tanah bagi maksud pemberimilikan perizaban atau Lesn Pendudukan Sementara (LPS) dalam tempoh 21 hari bekerja dari tarikh maklumat lengkap diterima.
8. Mengeluarkan Sijil Perakuan Penubuhan Badan Pengurusan Bersama dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
9. Memastikan Notis Pemberitahuan Penubuhan Badan Pengurusan Bersama dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan Borang 25 (Notis oleh Pemaju Mengenai Niatnya untuk Menyerahkan Milikan Kosong) kepada pemaju.
10. Mengeluarkan keputusan permohonan penyewaan bangunan yang diurus oleh jabatan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa Penyewaan Tanah dan Bangunan.
11. Mengeluarkan Surat Tawaran Menyewa Dewan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan resit cagaran lengkap bersama dokumen berkaitan
12. Menyediakan Pelan Ukur Kejuruteraan bagi keluasan pengukuran kurang 4 hektar dalam tempoh 30 hari bekerja daripada Tarikh permohonan lengkap diterima.
13. Menyediakan Pelan Pengambilan Tanah untuk ulasan awal kepada JKPTG dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh penerimaan maklumat hakmilik dan carian rasmi daripada Pejabat Tanah dan Galian.
Jabatan Pembangunan Komuniti Dan Kesejahteraan Bandar
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Pengesahan dokumen pendaftaran penyewaan yang lengkap akan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pendaftaran.
2. Keputusan permohonan penyewaan unit Perumahan Awam (PA)/Projek Perumahan Rakyat (PPR) akan dimaklumkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Peruntukan Rumah Awam (JKPRA) bersidang.
3. Keputusan permohonan memperbaharui kontrak penyewaan akan dimaklumkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh Mesyuarat Jawatankuasa Lanjut Tempoh.
4. Keputusan permohonan gotong-royong/program sosial dimaklumkan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
5. Keputusan permohonan permit khemah sementara untuk aktiviti sosial penduduk setempat di Pejabat Cawangan dimaklumkan dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
6. Menyediakan Kelas Tambahan selama 5 bulan sebelum peperiksaan SPM/Peperiksaan Akhir Tahun kepada sekolah yang memohon bagi pelajar Tingkatan 5, Tingkatan 3 dan Tahun 6 golong berpendapatan rendah.
7. Menyediakan perkhidmatan kaunter bayaran yang cekap dan berkesan di Menara DBKL 3 serta tempoh waktu menunggu tidak melebihi 15 minit.
8. Memberi maklum balas awal terhadap aduan-aduan pelanggan dalam tempoh 1 hari bekerja dan mengambil tindakan susulan/ penguatkuasaan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh penerimaan aduan dan membuat susulan sehingga selesai.
9. Memastikan koleksi perpustakaan yang baru disusun di atas rak dalam tempoh 2 minggu dari tarikh penerimaan.
10. Mengeluarkan Surat Kebenaran Pindah Rekod kepada jabatan dalam tempoh 3 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Memastikan 100% Premis Makanan (kedai makan / restoran) yang diperiksa mendapat keputusan penarafan kategori dalam tempoh serta merta.
2. Memastikan maklumbalas awal terhadap aduan diberikan dalam tempoh 3 hari bekerja.
3. Memastikan kes denggi yang dilaporkan diambil tindakan kawalan dalam tempoh 24 jam daripada tarikh pendaftaran kes diterima.
4. Memastikan tindakan aduan kes gigitan anjing diambil tindakan dalam tempoh 24 jam daripada tarikh aduan diterima.
5. Memastikan kad suntikan dikeluarkan pada hari yang sama pengendali makanan menerima suntikan.
6. Memastikan permohonan bagi aktiviti promosi kesihatan yang diluluskan dapat dilaksanakan 100% .
7. Memastikan aduan perkhidmatan unit kecemasan akan diberi bantuan awal dalam tempoh 3 jam dari aduan diterima.
8. Memastikan penghantaran tandas bergerak boleh digunakan selewat-lewatnya 2 jam sebelum acara dilangsungkan.
9. Memastikan permohonan tempahan bagi pembakaran mayat diproses serta merta.
10. Memastikan pengeluaran permit pengesahan kematian biasa dirumah diproses dalam tempoh masa 4 jam dari tempoh permohonan diterima.
Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Setiap permohonan penganjuran program diberi maklum balas awal dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh unit terima permohonan.
2. Permohonan penggunaan fasiliti jabatan oleh Agensi/ NGO/ Persatuan diberi maklum balas keputusan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
3. Permohonan perkhidmatan persembahan Kumpulan Kesenian DBKL / Orkestra DBKL oleh Agensi Kerajaan / NGO / Persatuan diberi maklum balas keputusan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
4. Mengeluarkan permit artis jalanan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas selesai menghadiri bengkel.
5. Aduan pelanggan diberi maklumbalas akuan penerimaan dalam tempoh 3 hari bekerja.
6. Proses pembayaran kepada kontraktor perkhidmatan dan pembekal dilaksanakan dalam tempoh 7 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap diterima di Bahagian Pentadbiran dan Kewangan Jabatan sebelum dihantar kepada pihak Bendahari Bandaraya.
7. Proses tuntutan wang cagaran penggunaan fasiliti jabatan kepada pelanggan dilaksanakan dalam tempoh 7 hari bekerja dengan syarat dokumen lengkap diterima.
Jabatan Perancangan Bandaraya
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Mengeluarkan keputusan kepada pemohon bagi cadangan pembangunan yang diterima di Urusetia Pusat Setempat tidak melebihi dari tempoh yang ditetapkan oleh Kemeterian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengikut jenis permohonan seperti berikut :
Bil. Jenis Permohonan Bilangan Hari
i Permohonan 4 serentak (A01, A02) 111 hari
ii Permohonan 3 serentak (yang melibatkan perihal tanah) (A03, A04, A05, A06) 111 hari
iii Pemohonan 3 serentak (yang tidak melibatkan perihal tanah) (A07) 99 hari
iv Permohonan 2 serentak (yang melibatkan perihal tanah) (A08, A09) 108 hari
v Permohonan 2 serentak (yang tidak melibatkan perihal tanah) (A10, A11, A12) 99 hari
vi Kelulusan Kebenaran Perancangan  (A13) 99 hari
2. Mengeluarkan kelulusan pelan pembangunan landskap dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan diterima.
3. Mengeluarkan perakuan keatas permohonan tanah kerajaan kepada Pejabat Tanah dan Galiaan Wilayah Persekutuan (PTGWP) Kuala Lumpur dalam tempoh 30 hari dari tarikh menerima surat permohonan daripada PTGWP.
4. Mengeluarkan data perancangan tidak berperingkat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh menerima permohonan.
5. Mengeluarkan Perintah Pembangunan dalam tempoh 7 hari bekerja selepas pemohon mematuhi kehendak-kehendak JKPS1/JKPS2/JK OSC Khas yang merangkumi keperluan teknikal perancangan dan bayaran-bayaran yang terlibat.
Jabatan Kawalan Bangunan
BIL.PIAGAM PELANGGAN
1.Mengeluarkan Kelulusan Pelan Bangunan (KPB) / Kebenaran Mendirikan Bangunan (KMB) dalam tempoh 7 bekerja hari dari tarikh pematuhan sepenuhnya.
2.Mengeluarkan Kebenaran Bertulis dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh pematuhan sepenuhnya bagi permohonan melalui sistem KLIS.
3.

Mengeluarkan Permit di bawah: –

a) Undang-Undang Kecil 17 (UUKB (WPKL) 1985) dalam tempoh 7 hari berkerja dari tarikh pematuhan sepenuhnya bagi permohonan:

  • Skala Sederhana (Ubahsuai Dalaman).
  • Kerja Kecil.

b) Undang-Undang Kecil 18 (UUKB (WPKL) 1985) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pematuhan sepenuhnya bagi permohonan:

  • Binaan Sementara di tapak bina.
  • Struktur Paparan Iklan.

c) Undang-Undang Kecil 18 (UUKB (WPKL) 1985) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pematuhan sepenuhnya bagi permohonan Struktur Telekomunikasi.

d) Undang-Undang Kecil 18 (UUKB (WPKL) 1985) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pematuhan sepenuhnya bagi permohonan penukaran tangka bawah tanah di stesen minyak.

4.Mengeluarkan surat sokongan lesen dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh pematuhan sepenuhnya.
5.Mengeluarkan Sijil Penyempurnaan Pemeriksaan (Pemeriksaan Bangunan secara Berkala) dalam tempoh 10 hari bekerja dari tarikh pematuhan sepenuhnya.
6.

a) Mengeluarkan Surat Kelulusan Kerja Lebih Masa (KLM) dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pematuhan sepenuhnya.

b) Mengeluarkan Surat Kebenaran Khas Kerja Lebih Masa (KKKLM) dalam tempoh 5 hari bekerja dari tarikh pematuhan sepenuhnya.

Jabatan Perancangan Ekonomi & Pembangunan
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Mengemaskini prestasi kemajuan projek-projek pembiayaan kerajaan dalam status pelaksanaan melalui Sistem Myprojek yang diselia oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada setiap bulan.
2. Memastikan permohonan pelepasan unit kuota bumiputera diberi maklumbalas dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh mesyuarat.
3. Memberi maklumbalas terhadap permohonan baharu pembelian tanah, pajakan tanah dan projek usahasama dalam tempoh 7 hari bekerja selepas keputusan mesyuarat di peringkat pengurusan diterima.
4. Memproses dokumen dan pelan-pelan cadangan pembangunan untuk tujuan kebenaran perancangan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap diterima.
5. Menguruskan dokumen yang melibatkan sub-sale dalam tempoh masa 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap diterima.
Jabatan Perancangan Infrastruktur
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Mengemukakan kertas perakuan Pelan Kerja Tanah dan Pelan Jalan & Perparitan bagi projek berskala besar dan sederhana kepada Urusetia Pusat Setempat (OSC) dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan diterima daripada OSC.
2. Meluluskan Pelan Kerja Tanah dan Pelan Jalan & Peparitan dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap dalam tempoh 14 hari bekerja.
3. Memproses dan mengeluarkan surat pengesahan bagi Borang G17 dalam tempoh 7 hari bekerja bagi projek berisiko rendah dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap.
4. Memproses dan mengeluarkan surat ulasan / pengesahan dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap bagi perakuan Borang G17 dalam tempoh 14 hari bekerja.
5. Mempertimbangkan laporan kajian TIA dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan laporan TIA yang lengkap.
6. Memproses permohonan pemberian alamat premis dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan.
7. Memproses dan mengeluarkan surat perakuan pematuhan keperluan teknikal tempat letak kereta dan edaran lalulintas dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap bagi menyokong kelulusan Pelan Bangunan.
Jabatan Pelaksanaan Projek & Penyelenggaraan Bangunan
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Mengadakan pemantauan projek sebulan sekali di peringkat Jabatan.
2. Menganalisa Laporan Prestasi Kontraktor dua (2) kali setahun pada Januari – Jun dan Julai – Disember.
3. Memastikan semua aduan kerosakan kecemasan yang melibatkan nyawa dan harta benda diambil tindakan dalam tempoh 24 jam selepas aduan diterima.
4. Memastikan semua kerosakan selain daripada kecemasan diambil tindakan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.
5. Memastikan bil, invois dan Sijil Bayaran Kemajuan yang lengkap dihantar ke Jabatan Kewangan dalam tempoh sepuluh (10) hari bekerja dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap dan tertakluk kepada peruntukan yang mencukupi.
Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Membaiki kerosakan jalan berlubang berskala kecil (berkeluasan < 100 meter persegi) di dalam Pusat Bandar dalam tempoh 24 jam dari tarikh aduan diterima atau penemuan kerosakan oleh tenaga Jabatan (kecuali kerosakan jalan yang disebabkan oleh paip air / pembentungan yang bocor / rosak).
2. Membaiki kerosakan jalan berskala besar (berkeluasan > 100 meter persegi) dalam tempoh 1 bulan dari tarikh kontraktor dilantik.
3. Membaiki kerosakan longkang berskala kecil (panjang < 5 meter) dalam tempoh 3 hari bekerja dari penemuan kerosakan oleh tenaga Jabatan. (Kecuali kerosakan longkang yang disebabkan oleh akar pokok / pembinaan struktur haram / aduan kompleks).
4. Mengambil tindakan awalan (pembersihan runtuhan dan perlindungan) ke atas runtuhan cerun dalam rezab jalan dalam tempoh 24 jam dari masa maklumat diterima.
5. Mensasarkan pengeluaran kelulusan 90% dari jumlah permohonan yang telah diluluskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Task-Force (MJTF) dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
6. Menjalankan kerja-kerja pembersihan sungai secara berkala sebanyak 3 kali seminggu.
7. Menjalankan kerja-kerja pemeriksaan berkala untuk parit induk 4 kali setahun.
8. Membaiki kerosakan papan tanda nama jalan dalam tempoh 1 bulan dari tarikh permit kerja dikeluarkan.
Jabatan Pengangkutan Bandar
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Menghebahkan maklumat perubahan lalulintas, penutupan lorong, penutupan jalan, lencongan jalan mengikut Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (IT IS) – VMS dan laman media sosial (Facebook & Twitter) sekurang – kurangnya 3 hari sebelum sesuatu acara dan aktiviti dijalankan.
2. Mengoperasikan semula lampu isyarat yang terpadam dalam tempoh 2 jam selepas aduan diterima (kecuali lampu isyarat yang terputus bekalan elektrik akibat kerosakan kabel / gangguan bekalan)
3. Memproses permohonan pelan pengurusan lalu lintas bagi perlaksanaan kerja – kerja pembinaan di dalam rizab jalan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima.
4. Mengambil tindakan awal terhadap kerosakan kemudahan awam (perhentian bas dan teksi, jejantas, pejalan kaki berbumbung dan lain-lain aduan) dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan / permohonan lengkap diterima.
5. Memastikan Sistem Operasi Kawalan Lalulintas Berkomputer dikendali 24 jam sehari.
6. Memproses dan mengeluarkan keputusan permohonan penutupan sementara (tidak melebihi 7 hari) sebahagian jalan awam dalam tempoh 30 hari bekerja selepas permohonan yang lengkap diterima bagi tujuan acara/event.
7. Memaklumkan tindakan yang diambil terhadap aduan awam melalui Sistem Aduan DBKL (ADU@KL) dalam tempoh 3 hari dan melaksanakan proses siasatan / tindakan dalam tempoh 14 hari dari tarikh aduan diterima.
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Elektrikal
 
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Memastikan dokumen perolehan (tender/sebutharga) kenderaan/jentera dikemukakan kepada Bhg. Pengurusan Perolehan selewat-lewatnya bulan April pada tahun tersebut.
2. Melaksanakan penyenggaraan kenderaan, jentera berat dan motorsikal mengikut kategori kerja seperti berikut :
  • Kerja servis dalam tempoh 24 jam
3. Memastikan pembekalan kenderaan / jentera (pool) harian berpemandu bagi tempahan berkala tidak kurang dari 85% daripada jumlah pemandu.
4. Membekal alat ganti dan barangan pelbagai bagi stok sedia ada dalam tempoh 1 hari bekerja dari tarikh mula terima inden.
5. Membekal alat ganti dan barangan pelbagai yang tiada dalam simpanan dalam tempoh 21 hari dari tarikh terima inden.
6. Mengurus dan melaksanakan penyenggaran peralatan mekanikal dan elektrikal bagi rumah pam kawalan banjir, sistem air pancutan dan mesin bakar mayat.
  • Memastikan setiap peralatan sentiasa berfungsi dengan kadar kerosakan tidak melebihi 10 % daripada bilangan asset
  • Memastikan setiap aduan yang diterima akan disiasat dan diambil tindakan dalam tempoh 3 jam.
  • Memastikan kerosakan minor pada peralatan diatasi dalam tempoh 14 hari.
7. Mengurus dan melaksanakan penyenggaraan lampu jalan.
  • Membaiki kerosakan lampu jalan melibatkan komponen tidak melebihi 3 hari.
  • Memastikan purata bulanan lampu jalan yang padam melebihi 3 hari tidak lebih dari 1% dari keseluruhan lampu jalan.
Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Memastikan kerja-kerja membaikpulih kerosakan kecil di taman permainan kanak-kanak diambil tindakan dalam tempoh 14 hari bekerja (kerja secara dalaman) (TINDAKAN AWAL).
2. Memastikan semua perkhidmatan kerja-kerja perhiasan dilaksanakan dengan baik dan memenuhi kehendak pelanggan.
3. Memastikan semua aduan diambil tindakan dalam tempoh 14 hari bekerja.
4. Memastikan setiap permohonan penyewaan tapak diluluskan dalam tempoh 5 hari ke 14 hari bekerja.
5. Menaiktaraf taman permainan kanak-kanak sebanyak 20 kawasan setahun.
6. Memastikan tandas awam di taman-taman awam mencapai penarafan sekurang-kurangnya 4 bintang.
Jabatan Ukur Bahan
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1. Menyediakan Dokumen Tender dalam tempoh 1 bulan selepas menerima dokumen yang lengkap daripada Jabatan Pelaksana.
2. Menyemak Dokumen Tender Perolehan Kerja, Bekalan dan Perkhidmatan yang dikemukakan oleh jabatan pelaksana serta memberi khidmat nasihat prosidur kontrak dalam tempoh 2 minggu untuk semakan kali pertama dan 1 minggu untuk semakan kali kedua selepas penerimaan dokumen daripada Jabatan Pelaksana.
3. Menyemak Dokumen Kerja Undi yang dikemukakan oleh jabatan pelaksana dalam tempoh 3 hari selepas penerimaan dokumen Kerja Undi yang lengkap daripada Jabatan Pelaksana.
4. Menyediakan Anggaran Kos Projek dalam tempoh 3 minggu selepas menerima dokumen    yang lengkap daripada Jabatan Pelaksana.
5. Menyelaras Kadar Harga dan Pecahan Harga Tender dalam tempoh 6 minggu selepas penerimaan dokumen tender yang lengkap daripada Jabatan Pelaksana.
6. Menyediakan Sijil Bayaran Kemajuan dalam tempoh 4 hari dari mengisi maklumat bayaran yang lengkap di dalam sistem bayaran.
7. Menyediakan Arahan Perubahan (Kelulusan Perubahan Kerja {KPK}, Kelulusan Kuantiti Sementara {KKS} dan Perubahan Wang Peruntukan Sementara {WPS}) bagi setiap kerja-kerja perubahan dalam tempoh 1 bulan selepas penerimaan dokumen yang lengkap daripada Jabatan Pelaksana/pengesyoran Perunding.
8. Menyediakan Penyata Perakuan Muktamad Kontraktor dikeluarkan dalam tempoh :-
  • Projek Konvensional – 3 bulan selepas tamat Tempoh Liabiliti Kecacatan (DLP) atau 3 bulan selepas keluar Perakuan Siap Memperbaiki Kecacatan (CMGD) mengikut mana yang kemudian tertakluk kepada kelulusan perubahan kerja terakhir.
  • Projek Reka dan Bina – 6 bulan selepas keluar Perakuan Siap Memperbaiki  Kecacatan (CMGD) tertakluk kepada kelulusan perubahan kerja terakhir.
9. Menyediakan Penyata Perakuan Muktamad Perunding dalam tempoh 3 bulan selepas Penyata Perakuan Muktamad kontraktor ditandatangani tertakluk kepada kelulusan pelarasan fi terakhir perunding.
10. Mengkaji dan menganalisa Kos Pembangunan Projek bagi projek-projek penswastaan dalam tempoh 3 minggu dari tarikh penerimaan dokumen yang lengkap daripada Jabatan Pelaksana.
Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB)
BIL. PIAGAM PELANGGAN
1 Menyediakan prospektus latihan DBKL yang lengkap sebelum 15 Januari setiap tahun.
2 Memastikan melaksanakan sebanyak 220 program perkongsian ilu berkualiti dalam setahun kepada pegawai dan kakitangan DBKL.
3 Memastikan pencapaian prestasi penceramah / jurulatih mendapat skor purata sekurang-kurangnya skala 4.0 pada skala 1.0 – 5.0 dalam penilaian penceramah.
4 Memberi maklumbalas tawaran kepada pelajar latihan industri yang BERJAYA dalam tempoh 14 hari bekerja.
5 Memastikan fasiliti, makanan dan minuman peserta kursus mendapat skor purata sekurang-kurangnya skala 4.0 pada skala 1.0 – 5.0 berdasarkan penilaian kursus.

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

1309933
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

19-03-2024
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Piagam Pelanggan

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Piagam Pelanggan
Skip to content