Visi

Menjadi peneraju pusat latihan Pihak Berkuasa Tempatan di Malaysia yang cemerlang dalam menyediakan khidmat latihan dan rujukan dalam bidang perkhidmatan perbandaran

Misi

Beriltizam merancang, mengurus dan melaksana program latihan yang berkualiti, bersistematik dan responsive berteraskan amalan terbaik bagi melahirkan warga kerja yang kompeten dan berintegriti dalam memberi perkhidmatan perbandaran yang cemerlang

Profil Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB)

Latar Belakang Jabatan

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mula melaksanakan kursus dan latihan untuk kakitangan DBKL sejak tahun 1979 di bawah Bahagian Latihan Jabatan Personel. Kursus- kursus yang dilaksanakan di peringkat awal adalah berkaitan dengan bidang penguatkuasaan dan sistem kerja jabatan-jabatan di DBKL. Pada 1 Jun 1982, sebuah bangunan Institut Latihan Kakitangan DBKL telah dibina dan beroperasi di Jalan Kepong, Jinjang. Pada 1 Julai 2011 IDB kemudiannya telah berpindah di Jalan Yaacob Latif (Jalan Tenteram), Bandar Tun Razak Cheras.

Selaras dengan hasrat untuk mengukuhkan peranan Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) sebagai sebuah pusat kecemerlangan yang bukan sahaja menawarkan latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran modal insan warga DBKL, pentadbiran DBKL telah memutuskan agar IDB akan melapor terus kepada Pengarah Eksekutif (Pengurusan) bagi memperkasa peranan IDB dalam bidang pembangunan dan penyelidikan berkuatkuasa pada 2 Januari 2020.
03-9195 5555
03-9131 4005 / 4006
idb[at]dbkl[dot]gov[dot]my
No. 19, Jalan Yaacob Latif
Bandar Tun Razak, Cheras,
56000 Kuala Lumpur

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

3687281
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

16-06-2024
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB)

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB)
Skip to content