Objektif Umum
Untuk mengawasi dan meningkatkan taraf kesihatan warga kota Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Objektif Khusus
- Untuk meningkatkan taraf kesihatan individu.
- Untuk melindungi dan meningkatkan mutu alam sekitar dalam kawasan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
- Untuk mengawal dan meningkatkan mutu makanan yang disediakan untuk makanan orang ramai.
- Untuk mencegah dan mengawal penyakit-penyakit berjangkit.
- Untuk meningkatkan taraf kesihatan orang awam melalui promosi dan pendidikan kesihatan.
-
Fungsi
- Mengawas dan mengawal sanitasi dan hygiene premis makanan serta tempat awam.
- Memantau dan mengawal kualiti makanan dan minuman melalui pemeriksaan makanan.
- Mengawas dan kawalan industri, tred dan aktiviti domestik yang mempunyai kesan kepada alam sekitar.
- Mengawal penyakit-penyakit berjangkit.
- Mengawas dan mengawal penyakit bawaan vektor dan pest (melalui kawalan denggi dan malaria) serta aktiviti kawalan pest.
- Pemeriksaan mayat untuk tujuan pengeluaran permit pengkebumian dan sijil kematian.
- Menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan untuk orang awam.
- Menyediakan perkhidmatan imunisasi untuk pengendali makanan dan pengembara antarabangsa.
- Menyediakan rawatan pesakit luar untuk kakitangan DBKL serta keluarga.
- Bekerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) dalam memastikan bandar raya Kuala Lumpur bersih dan indah.
- Memproses permohonan perkhidmatan kutipan sampah dan pembersihan awam seperti sapuan jalan, cucian longkang dan pemotongan rumput untuk diserahkan kepada pihak PPSPPA.
- Bantuan kecemasan yang beroperasi 24 jam setiap hari seperti menangkap ular, memusnahkan sarang tebuan/lebah, mengalihkan pokok tumbang yang menghalang jalanraya, membersihkan tumpahan minyak di atas jalanraya dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
- Menguruskan Tanah Perkuburan Islam di Jalan Ampang dan Cheras Baru.
- Menguruskan Krematorium (pembakaran mayat) dan Tanah Perkuburan Kristian di Cheras Baru.
Melaksanakan inisiatif berkaitan kelestarian alam sekitar dan kawalan pencemaran alam sekitar.