Jangan Ambil Ringan Soal Kebersihan Makanan Yang Dijual

DBKL melalui Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar  telah melakukan pemantauan tahap kebersihan dan keselamatan makanan di Bazar Ramadhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Ini merangkumi pemeriksaan kehendak-kehendak kesihatan kepada peniaga bazar dan keselamatan makanan yang dijual melalui pengambilan sampel makanan.

Sehingga 29 Mac 2024, Unit Kualiti Makanan JKAS telah mengambil 1060 jenis sampel makanan dari pelbagai bazar untuk dihantar ke Makmal Pusat Analisis dan sekuriti Makanan (FOSAC) JKAS, DBKL yang terletak di Pasar Borong Kuala Lumpur. 3 strain bakteria utama di lakukan pemeriksaan iaitu E.Coli, Coliform dan Staphylococcus yang merupakan petunjuk terhadap pengendalian sepanjang proses makanan di siapkan. Kehadiran bakteria ini berkait rapat dengan proses penyediaan makanan yang tidak bersih, dimasak tidak sempurna atau kebersihan diri pengendali makanan tersebut yang tidak memuaskan.

Hasil analisis tersebut mendapati 126 atau 11.9% sampel makanan bazar Ramadhan telah dicemari oleh kuman. DBKL telah mengeluarkan sebanyak 82  kompaun dan notis kepada peniaga bazar yang didapati telah melanggar undang-undang di bawah UUK 6(1) Undang-Undang Pengendali Makanan WPKL (1979) iaitu 6(1) : Tiada seorang boleh menjual apa-apa benda makanan yang kotor atau mengandungi apa-apa jirim asing.

Seramai 2404 peniaga juga telah diperiksa. Kompaun dan notis turut dikeluarkan atas kesalahan UUK Pengendalian Makanan 1979 dan UUK Pelesenan Penjaja WPKL (2016 ) di mana kebanyakan peniaga bazar ini didapati tidak mengambil suntikan vaksin typhoid untuk pengendali makanan.

Selain itu teguran dan amaran juga diberikan kepada peniaga agar menjaga kebersihan dan keselamatan makanan antaranya dengan memastikan makanan tidak terdedah lama dan ketulan air batu tidak diletak di atas lantai atau jalan. Peniaga turut diingatkan mengenai “zero single use plastic” dan menggunakan bahan yang mudah terurai. Para pembeli dinasihatkan agar memilih makanan yang bersih, sihat dan selamat serta pada masa yang sama turut digalakkan membawa bekas makanan sendiri .

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Jangan Ambil Ringan Soal Kebersihan Makanan Yang Dijual

Previous Temu DBKL @ Lembah Pantai Dan Program Nur Ramadan Peringkat Parlimen Lembah Pantai

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

2400577
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

14-05-2024

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Jangan Ambil Ringan Soal Kebersihan Makanan Yang Dijual
Skip to content