YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak pada hari ini telah merasmikan Taman Kejiranan Ikhlas, Bandar Tun Razak.
Taman Kejiranan Ikhlas, Bandar Tun Razak yang berkeluasan 2.5 ekar dan bersebelahan dengan Kelab Warga Emas Bandar Tun Razak merupakan sebuah taman kejiranan yang pada asalnya merupakan kawasan belukar dan tapak pembuangan sampah.
Pelbagai kemudahan telah disediakan seperti laluan pejalan kaki, mini balapan, plaza, interactive seating, lampu taman, set alat permainan kanak-kanak, bangku, set meja, alat senaman, decoractive wall, tempat letak kereta dan penanaman pokok teduhan dan renek. Taman ini dibuka 24 jam bagi membolehkan penduduk sekitar memanfaatkan taman ini pada bila-bila masa.
Diharapkan dengan tersedianya taman kejiranan ini, ianya dapat memberi nilai tambah kepada kawasan tersebut serta membolehkan penduduk setempat menjalani gaya hidup sihat, bukan sahaja memfokuskan kepada komuniti di Parlimen Bandar Tun Razak bahkan warga Kuala Lumpur amnya.
Hadir sama pada majlis tersebut adalah YBhg Datuk Sr Hj Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala dan YBhg Datuk Azman bin Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.