Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Kuala Lumpur 2024

Sekitar Majlis Sambutan Tahun baru Cina Kuala Lumpur 2024 yang telah dihadiri oleh YBhg Datuk Sr Hj Kamarulzaman bin Mat Salleh, Datuk Bandar Kuala Lumpur bertempat di Jalan Raja Kuala Lumpur.

Majlis sambutan ini diadakan sekali bersama-sama dengan Program Temu DBKL @ Bukit Bintang yang merupakan signature programme DBKL dalam usaha DBKL mendekatkan diri bersama warga kota selain daripada Program Teh Hijau Kuala Lumpur.

Sambutan ini diadakan adalah untuk memperkenalkan dan mempromosikan budaya tradisi masyarakat pelbagai kaum dalam menyambut perayaan utama di Malaysia dengan pelbagai hidangan juadah tradisional serta persembahan kebudayaan terutamanya kepada pelancong asing.

Antara yang menjadi tarikan utama sepanjang majlis tersebut berlangsung adalah seperti tarian naga, persembahan muzik, persembahan yoyo cina, persembahan Cantonese Opera yang menggunakan Bahasa Melayu, persembahan tarian kipas dan juga persembahan cultural Vietnam. Pengunjung yang hadir turut akan disajikan dengan pelbagai makanan tradisi.

Dalam majlis yang sama, YBhg Datuk Bandar Kuala Lumpur turut menyempurnakan sesi flag off Prosperity Walk Prade yang merupakan penganjurannya buat kali ke-3 pada tahun ini. Prosperity Walk Prade ini diadakan bersempena dengan sambutan Chap Goh Mei 2024.

Hadir bersama pada majlis ini ialah YB Ts. Zahir Bin Hassan, Ahli Parlimen Wangsa Maju, YBhg Datuk Seri Nor Hisham Ahmad Dahlan, Mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur, pengurusan tertinggi DBKL, Ahli Lembaga Penasihat Bandaraya Kuala Lumpur, Pengarah Jabatan Dalaman DBKL, ketua penggiat industri pelancongan dan wakil NGO.

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Kuala Lumpur 2024

Previous Kenyataan Request For Proposal (RFP) (Notis Pelawaan Cadangan) Bil. 2/2024

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

2561570
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

19-05-2024

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Kuala Lumpur 2024
Skip to content