Operasi Bersepadu Mengambil Orang Papa Di Sekitar Hotspot Kuala Lumpur

YBhg. Dato’ Parang Abai @ Thomas, Timbalan Ketua Pengarah (PSE) Jabatan Wilayah Persekutuan turut serta dalam operasi bersepadu bersama agensi-agensi sahabat untuk mengambil gelandangan di sekitar hotspot di Kuala Lumpur.

Antara kawasan hotspot yang menjadi tumpuan operasi adalah sekitar Chow Kit, Jalan TAR, Jalan Raja Laut, Brickfields, Bangkok Bank dan lain-lain. Seramai 85 orang gelandangan telah diambil untuk pemeriksaan selanjutnya oleh pelbagai agensi yang berkaitan.

Operasi ini diadakan bertujuan bagi membendung kebanjiran golongan gelandangan demi meningkatkan imej eksklusif bandaraya Kuala Lumpur khususnya menjelang Sidang Kemuncak ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026. Operasi yang bersifat sebagai serampang dua mata ini adalah bagi memberikan peluang kehidupan lebih baik kepada mereka di samping memastikan imej Kuala Lumpur adalah bersih dan sejahtera.

Turut serta, Encik Zulkifli Bin Muhammad, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Bandar DBKL, Encik Mohd Sharif Bin Mohamad Yaakob, Pengarah Bahagian Sosio Ekonomi JWP serta seramai lebih kurang 100 anggota daripada pelbagai agensi iaitu JWP, DBKL, PDRM, MKN, JIM, JPN, AADK, YKN & SWCorp.

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Operasi Bersepadu Mengambil Orang Papa Di Sekitar Hotspot Kuala Lumpur

Previous Kenyataan Tender Bil. 18/2024

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

6297492
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

25-10-2024
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Operasi Bersepadu Mengambil Orang Papa Di Sekitar Hotspot Kuala Lumpur

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Operasi Bersepadu Mengambil Orang Papa Di Sekitar Hotspot Kuala Lumpur
Skip to content