Pemantauan Awal Di Bazar Ramadan

Masuk hari ke 2 berpuasa dan petugas dari Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar (JKAS) DBKL, diketuai oleh Timbalan Pengarah Kanan, Dr Nor Halizam Ismail bersama 13 orang petugas telah melakukan pemantauan kesihatan kepada peniaga bazar ramadhan di Tasik Permaisuri Bandar Tun Razak.

Sebanyak 115 sampel makanan telah diambil untuk di hantar ke Pusat Analisis dan Sekuriti Makanan JKAS DBKL. Persampelan bertujuan untuk memantau kebersihan dan keselamatan makanan yang di jual kepada orang ramai. Pemeriksaan mikrobiologi seperti kuman salmonella tyhi, E-Choli dan Coliform yang merupakan indek pengukuran kebersihan makanan yang di jual. Sekiranya berlaku perlanggaran atau pencemaran tindakan denda atau kompaun akan dikenakan kepada peniaga.

Hal ini berkaitan juga dengan kes keracunan makanan yang dilaporkan dari bazar – bazar ramadhan Kuala Lumpur, di mana berdasarkan e- notifikasi oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan, KKM melaporkan sebanyak 43 kes pada 2022 dan 62 kes pada tahun 2023.

Pihak JKAS juga melakukan pemeriksaan berkait kehendak-kehendak kesihatan pada pengendali makanan. Sebagai contoh, teguran dan nasihat diberikan kepada peniaga yang menggunakan stapler pada bungkusan makanan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna.

Hasil pemeriksaan didapati kebanyakan peniaga bazar mempunyai suntikan typhoid , menjaga kebersihan tapak bazar, tidak menggunakan polistrene dan tidak terdapat pembantu warga asing.

Seiring dengan matlamat pembangunan mampan (SDG), para penjaja disarankan untuk tidak menggunakan styroform dan polistrene untuk membungkus makanan, tidak menggunakan penyedut minuman plastik serta mengganti penggunaan beg plastik kepada bahan yang mudah terurai. Wargakota juga digalakkan membawa beg atau bekas makanan sendiri serta elakkan dari melakukan pembaziran di bulan penuh keberkatan ini.

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pemantauan Awal Di Bazar Ramadan

Previous Star Metro Watch – The Star

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

2534560
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

18-05-2024

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pemantauan Awal Di Bazar Ramadan
Skip to content