UNDANG-UNDANG KECIL PELESENAN ANJING DAN RUMAH PEMBIAKAN ANJING ( WPKL ) 1991 ( PINDAAN ) 2011

 

Di bawah UUK 3 (2) – suatu permohonan bagi suatu lesen:
(c) dalam hal anjing terkawal, hendakah dibuat selepas –

1. pemohon telah mengikuti dan lulus kursus pengendalian anjing dan
2. anjing itu telah mengikuti dan lulus kursus “Canine Good Citizen” yang dianjurkan oleh mana-mana badan yang ddiluluskan oleh Datuk Bandar

 

Di bawah UUK 8C, seseorang yang diberikan lesen untuk mempunyai, memelihara, melindungi atau menyenggara anjing terkawal hendaklah :

1. Memelihara anjing itu di bawah pengawasan yang sepatutnya pada setiap masa.
2. Memastikan bahawa anjing itu diikat dan ditutup mulutnya dan berada di bawah kawalan yang sepatutnya pada setiap masa bila mana ia dbawa keluar dari premis.
3. Memastikan bahawa anjing itu tidak berkeliaran keluar dari tempat ia dipelihara.
4. Memastikan bahawa premisnya dipagar dengan selamat dan pagar itu disenggarakan dengan sepatutnya pada setiap masa.
5. Mempamerkan pada setiap masa tanda ” AWAS ANJING ” di suatu tempat yang ketara dan mudah dilihat di bahagian hadapan dan belakang premisnya.

 

Dibawah UUK 2 ( c ) – anjing terkawal ertinya mana-mana anjing sebagaimana yang dinyatakan dalam JADUAL IV

1. Rottweiller
2. Doberman
3. German Shepard / Alsatian termasuk Belgian Shepard dan East European Shepard
4. Bull Mastiff
5. Bull Terrier
6. Perro de Presa Canario ( juga dikenali sebagai Canary Dog )

 

GAMBAR ANJING TERKAWAL
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen AnjingPortal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen AnjingPortal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen Anjing
GERMAN SHEPARD
ROTWEILLER
BULL MASTIFF
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen AnjingPortal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen AnjingPortal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen Anjing
BULL TERRIER
PERRO DE PRESA CANARIO (CANARY DOG)
DOBERMAN

UNDANG-UNDANG KECIL PELESENAN ANJING DAN RUMAH PEMBIAKAN ANJING ( WPKL ) 1991 ( PINDAAN ) 2011

 

Dibawah UUK 8B ( 1 ), tiada seorang pun boleh mempunyai, memelihara, melindungi atau menyenggara mana-mana anjing terlarang.

 

Undang – Undang kecil 2 ( d ) – anjing terlarang ertinya mana-mana anjing sebagaimana yang dinyatakan dalam JADUAL III

 

Pit Bull Terrier / Pit Bull ( juga dikenali sebagai American Pit Bull, American Pit Bull Terrier, American Staffordshire Terrier dan Stafford Bull Terrier )
1. American Bulldog
2. Neapolitan Mastiff
3. Japanese Tosa
4. Akita
5. Dogo Argentino
6. Fila Braziliero

 

Dibawah UUK 8B ( 2 ), Datuk Bandar hendaklah menyita dan melupuskan mana-mana anjing terlarang yang dijumpai dimana-mana premis atau dijumpai berkeliaran di tempat awam.

 

Dibawah UUK 8B ( 3 ), tiada pampasan boleh kena dibayar oleh Datuk Bandar bagi pelupusan anjing itu.

 

GAMBAR ANJING TERLARANG
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen AnjingPortal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen AnjingPortal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen Anjing
AMERICAN BULLDOG
DOGO ARGENTINO
STAFFORD BULL TERRIER
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen AnjingPortal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen AnjingPortal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen Anjing
JAPANESE TOSA
AKITA
FILA BRAZILIERO
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen AnjingPortal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen Anjing 
NEAPOLITAN MASTIFF
AMERICAN PITT BULL TERRIER
 
BILPERKARA
1.Dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing Dan Rumah Pembiakan Anjing (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) (Pindaan) 2011 UUK 8A ” Anjing kecil di flat” Datuk Bandar boleh membenarkan seekor anjing kecil dipelihara, dilindungi atau disenggara di suatu flat.
2.Dibawah UUK 2 ( b ) – anjing kecil ertinya mana-mana anjing sebagaimana yang dinyatakan dalam JADUAL II :
i. Minature Pinscher
ii. Bichon Frise
iii. Pekingese
iv. Papilon
v. Poodle (Toy)
vi.Japanese Chin
vii. Maltese
viii. Pomeranian
ix. Chihuahua
3.Dibawah UUK 3 ( 1 ) – Tiada seorang pun boleh mempunyai, memelihara, melindungi atau menyenggara mana-mana anjing melainkan jika anjing itu dilesenkan menurut Undang-Undang Kecil ini.
4.Dibawah UUK 3 ( 2 ) – sesuatu permohonan bagi suatu lesen :
( a ) hendaklah dibuat kepada Datuk Bandar mengikut apa-apa bentuk sebagaimana yang ditentukan oleh Datuk Bandar.
( b ) hendaklah disertakan dengan fi sebanyak sepuluh ringgit
5.Permohonan untuk lesen anjing kecil hendaklah disertakan bersama surat persetujuan daripada Joint Management Body (JMC) atau Management Corporation (MC) semasa memohon lesen.
6.Anjing yang dipelihara tidak boleh menimbulkan suatu masalah / kacau ganggu atau mewujudkan sebarang gangguan yang tidak munasabah kepada penghuni lain. Contoh kacau-ganggu adalah seperti :-
1. Anjing yang dipelihara melakukan / menyebabkan kerosakan harta benda awam atau kecerderaan kepada penduduk di bangunan kediaman tersebut.
ii. Anjing yang dipelihara membuat bising secara berterusan (siang atau malam) dan menimbulkan masalah kacau ganggu bunyi bising kepada penduduk setempat .
iii.Anjing yang dipelihara dibiarkan berkeliaran bebas tanpa pengawasan. Anjing yang dipelihara mempamerkan tingkah laku yang agresif atau berbahaya atau mungkin merbahaya.
7.Anjing yang dipelihara mesti terhad kepada unit pemilik dan tidak dibenarkan berkeliaran bebas.
8.Pemilik boleh mengambil anjing yang dipelihara keluar dari bangunan tersebut hanya melalui perkhidmatan lif dan anjing yang dipelihara perlu berada dibawah pengawasan / kawalan pemilik setiap masa.
9.Anjing yang dipelihara tidak dibenarkan untuk kencing atau membuang air besar di kawasan umum. Sekiranya ini berlaku, pemilik perlu bertanggungjawab untuk segera membersihkan selepas haiwan peliharaannya melakukan kesalahan tersebut.

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Pengurusan Lesen Anjing

 

AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976

 

UNDANG-UNDANG KECIL PELESENAN ANJING DAN RUMAH PEMBIAKAN ANJING ( WPKL ) 1991 ( PINDAAN ) 2011
AKTA HAKMILIK STRATA 1985 (AKTA 318)

 

Berdasarkan perkara 6 (d) di dalam Jadual Ketiga Akta Hakmilik Strata 1985 ( Akta 318 ) menyatakan bahawa seseorang pemilik petak tidak boleh memelihara apa-apa binatang dalam petaknya atau harta bersama yang boleh menyebabkan kegusaran kepada mana-mana pemilik lain.

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

2258605
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

09-05-2024
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Pengurusan Lesen Anjing

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Pengurusan Lesen Anjing
Skip to content