Taman Datuk Keramat

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Taman Datuk Keramat
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Taman Datuk Keramat

Taman Tasik Datuk Keramat dibina berlandaskan konsep pembangunan seperti menyediakan kemudahan rekreasi dan riadah untuk penduduk dan orang ramai di kawasan Datuk Keramat, Wangsa Maju dan sekitarnya. Selain itu, taman ini sangat bersesuaian serta memenuhi keperluan bagi semua golongan samaada warga tua, muda dan kanak-kanak termasuklah golongan orang kelainan upaya ’OKU’.

Taman seluas 14.82 ekar ini menjadi tumpuan bagi aktiviti ‘jogging’ mengelilingi tasik diwaktu pagi dan petang. Terdapat banyak kemudahan yang disediakan antaranya ‘outdoor gym’, taman permainan kanak-kanak ‘intergrated playstructure’ ‘open plaza’, wakaf, ‘jogging track’, tandas awam, gelanggang futsal, refleksologi, kawasan lapang dan lain – lain. Lokasi tempat letak keretanya sangat strategik kerana ianya hampir dengan kawasan riadah untuk kemudahan pengunjung taman.

Selain daripada aktiviti riadah dan rekreasi, Taman Tasik Datuk Keramat juga menjadi pilihan lokasi bagi jurugambar untuk ‘outdoor shooting’ kerana pemandangannya sangat tenang dan cantik dengan berlatar belakangkan bangunan pencakar langit.

Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi di talian 03-26176396 /6402.

Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 8.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

2188134
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

08-05-2024

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Taman Datuk Keramat
Skip to content