Taman Rimba Kiara

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Taman Rimba Kiara
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Taman Rimba Kiara
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Taman Rimba Kiara
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur | Taman Rimba Kiara

Taman Awam Bukit Kiara mempunyai keluasan iaitu sebanyak 14.515 ekar (termasuk kawasan Rumah Panjang). Pada asalnya taman ini diberi nama Taman Rimba Bukit Kiara dan telah ditukar kepada Taman Awam Bukit Kiara.

Keseluruhan topografi adalah rata manakala pokok-pokok matang adalah diambil daripada nurseri di FRIM pada suatu ketika dahulu. Tapak taman ini pada asalnya menempatkan kawasan Nurseri FRIM (Forest Research Institute of Malaysia) yang telah diambil alih oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pada bulan Februari 1995. Terdapat tiga buah kolam di kawasan ini yang dulunya menjadi sumber siraman pokok dan juga sebagai hiasan.

Konsep dan ciri-ciri taman yang berkonsepkan hutan dalam bandar, dimana ciri-ciri flora yang dirancang dan ditanam adalah dari spesis-spesis yang sesuai kehidupannya di Hutan Tropika seperti pokok kayu keras, paku-pakis dan tanaman menjalar. Taman ini juga ditanam dengan pokok buah-buahan dan tanaman-tanaman yang tidak beracun demi keselamatan haiwan-haiwan liar yang terdapat di situ contohnya beburung, serangga dan jenis-jenis tupai.

Kemudahan-kemudahan asas telah disediakan adalah seperti taman permainan kanak-kanak, siarkaki, wakaf, tandas, tempat letak kenderaan dan sebagainya turut disediakan untuk kegunaan bersama. Untuk makluman para pengunjung, tempat letak kenderaan dibina berasingan dengan taman kerana kenderaan tidak dibenarkan memasuki kawasan taman ini. Ini adalah untuk mengelakkan pencemaran bunyi dari kenderaan-kenderaan agar suasana semulajadi taman ini tidak tercemar.

Taman Awam Bukit Kiara merupakan sebuah taman yang mempunyai satu ekosistem yang lengkap dimana terdapat kombinasi atau gabungan Flora, Fauna dan Manusia. Ia mengandungi satu set keadaan yang boleh menampung ketiga-tiga elemen tersebut secara semulajadi. Taman ini juga mempamerkan pertalian atau hubungkait manusia dengan kehidupan flora dan fauna yang saling memerlukan diantara satu sama lain bagi keperluan kehidupannya.

Konsep dan ciri-ciri taman yang berkonsepkan hutan dalam bandar, dimana ciri-ciri flora yang dirancang dan ditanam adalah dari spesis-spesis yang sesuai kehidupannya di Hutan Tropika seperti pokok kayu keras, paku-pakis dan tanaman menjalar. Taman ini juga ditanam dengan pokok buah-buahan dan tanaman-tanaman yang tidak beracun demi keselamatan haiwan-haiwan liar yang terdapat di situ contohnya burung-burung, pelbagai jenis serangga dan tupai.

Kemudahan-kemudahan asas yang disediakan adalah seperti taman permainan kanak-kanak, siarkaki, wakaf, tandas, tempat letak kenderaan dan sebagainya. Untuk makluman para pengunjung, tempat letak kenderaan dibina berasingan dengan taman kerana kenderaan tidak dibenarkan memasuki kawasan taman ini. Ini adalah untuk mengelakkan pencemaran bunyi dari kenderaan-kenderaan agar suasana semulajadi taman ini tidak tercemar.

Bagi mereka yang berminat untuk menganjurkan aktiviti secara ’outdoor’ seperti aktiviti Hari Keluarga, Penggambaran dan lain-lain, bolehlah membuat tempahan melalui Jabatan Pembangunan Landskap dan Rekreasi (En. Fairuz di talian 011-28133769).

Waktu taman dibuka adalah bermula dari jam 6.00 pagi hingga 7.00 malam setiap hari. Para pengunjung diharap dapat mematuhi Undang-Undang Kecil Taman 2012 untuk memastikan keselesaan semua.

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Your browser doesn't support the HTML5 CANVAS tag.

5825261
Jumlah Pelawat
Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Kemaskini terakhir: 

04-10-2024
Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Taman Rimba Kiara

Hubungi Kami

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut 50350 Kuala Lumpur, Malaysia

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome, Internet Explorer 11 ke atas

Hak Cipta Terpelihara © 2023- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)

Portal Rasmi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur|Taman Rimba Kiara
Skip to content